Followers

Monday, September 26, 2011

Berkoir bersama murid2 cute......

Dah hampir seminggu x update blog. Hari ni Fik nak cite pasal MURID CUTE. Sapa ya mereka tu? Mereka ialah murid prasekolah tempat Fik mengajar lah. Mereka sangat2 cute, walaupun mereka kurang 1 deria iaitu deria pendengaran. Kenapa ya tetiba Fik nak cite pasal mereka ni. Macam ni, minggu lps hari Isnin (17 Sept) guru prasekolah kak Nadiah minta tolong Fik ajar KOIR utk murid2 cute ni sebab kak Nadiah dah nak bercuti bersalin. Hari Selasa dan hari Rabu Fik ajarlah diorg ni. Diorg sgt comel n senyuman mereka buat Fik bersemangat nak ajar mereka. Hari Khamis adalah hari pertandingan dan its the SHOW TIME. Murid2 cute ni membuat persembahan KOIR utk dua buah lagu iaitu lagu "BAPAKU PULANG DARI KOTA" dan "BURUNG KAKAK TUA".



Nilah MURID2 CUTE tu........



Di luar dewan sebelum persembahan.
(yg kat 3 org tu PPM yang turut sama menolong Fik - TQ)



Semasa Persembahan (cute x diorang)




Wajah comel Fik ketika CONDUCT diorang
(comel ke???)


X percaya FIK yang CONDUCT. (ni buktinya)


Kami menang tempat pertama untuk kategori tahap 1
HOORAYYYYYYYYY!!!!!!!!!!



Wednesday, September 21, 2011

Sunday, September 18, 2011

Blog Sekolah

Hello semua..... Fik nak bgtau korang semua, skrg Fik kn handle 2 blog, yang pertama blog ni, dan yang kedua blog sekolah, tempat Fik mengajar. Fik diberikan amanah oleh pihak sekolah untuk mengupdate segala apa yang berlaku di sekolah. Sebenarnya blog ni dah lama Fik buat tapi x de masa utk dikemaskini. Masa bulan puasa baru2 ni ada guru pelatih dari IPG ilmu khas diamanahkan utk mengemaskini blog ni. Tapi lps diorg dah hbs Fik pulak yg sambung dan menukar semuanya. Dan ada juga hasil dr mereka, terima kasih banyak2. Jom kita tgk bhgian yang terdapat dlam blog sekolah ni....

Ni bahagian atas blog, headernya Fik yang buat. Ni header yg ke-2, yg pertama x cantik Fik buat. Kat situ tertera nama sekolah, alamat, no tel, no faks dan e-mail sekolah.

Ni pulak bahagian seterusnya, tgk kat atas tu ada 6 tajuk yg boleh diklik utk korang semua tahu ttg info berkaitan sekolah. Kat tepi sebelah kiri lak Fik ada ltk info semasa yang akan diubah dari semasa ke semasa. Manakala di sebelah kanan adalah cerita berkaitan program2 yang diadakan di sekolah.

Bahagian seterusnya yang Fik nak cerita di sebelah kiri terdapat slide show gambar warga SKPK Selangor. Dari guru besar hinggalah staf sekolah. Nanti Fik akan tambah apa yg patut utk semua dapat info berkaitan sekolah ni. Enjoy ya...

Nota Kaki : Lawatilah laman blog SKPK SELANGOR (www.skpendkhasselangor.blogspot.com)

Saturday, September 17, 2011

Amier Fekhry Dalam Majalah Mingguan Wanita

Wah entry kali ni macam saja nak bgtahu semua orang yang Fik masuk majalah. hehehe. X de lah bangga sangat pun . Saja nak simpan wat kenangan, mungkin sekali seumur hidup je Fik dapat masuk majalah. Ada x yang beli majalah Mingguan Wanita yang cover depan muka Elyana dan Bienda. Kalau blum beli dapatkan di pasaran sekarang. hehehe...

Klau ada sesiapa dah beli mai tengok mukasurat 104. Kat situ adalah pic Fik sebesar saiz pasport. hehehe. Kenapa ya Fik blh masuk majalah wanita ni? ada sorang cikgu sekolah merangkap geng 1 kepala, kenal dengan penulis majalah ni. Dia pun pernah masuk, siap 2 muka surat cite pasal dia. Hebat x? Fik sikit je, bg pendapat tentang PENGUKUR KEJAYAAN LELAKI.

Tu ada pic Fik kan, kecik je... hehe. Kat situ pun ada pendapat beberapa org lelaki lagi tentang topik tu. Bacalah ya sendiri, klau x nmpak juga korg klik kat pic tu bagi besar. hehehe. Klau x boleh gak nmpk gayanya korang kn belilah majalah tu. Hehehe..... Meh Fik zoom apa pendapat yang Fik bagi tu. Jom baca.....

Macam best je ayat tu.... padahal hentam je. tu semua tulus ikhlas dr hatiku ini. hehehe. Fik bukan gila glamour ok. Just bg pendapat je. Bukannya orang kenal Fik pun. hehehe. Suka masuk majalah ni sebab perempuan2 yang akan baca. hihihi..... K.lah tu saja yang Fik nak kongsi ngan korang.

Nota Kaki : Jangan jealous.... X glamour mana pun. hehehe...


Thursday, September 15, 2011

Thank U....

Hari ni dapat PoS Laju , tgk2 dr seorang insan yang aku anggap adik. Adik ku ini telah mengeposkan aku hadiah hari lahir. Terima kasih adik. Semalam birthday dia, sehari selepas birthday aku… hehehehe.. Sorry, excited sampai lupa nak take pic hadiah yg berbalut. Aku pun buka,nilah kotak nya. Apa ya kat dalam kotak ni? Jom tengok…… hehehe…




Jeng3.... aku dapat tali leher, dompet dan tali pinggang,. Sangat cantik n aku suka sangat2. Terima kasih adik masri. X sabar nak guna hadiah yg adik bg ni. Hadiah istimewa kan. hehehe...
Thank u...


Nota Kaki: Ni kena bls blk ni.

Wednesday, September 14, 2011

Bertambah Lagi.........

Salam semua.... 13 September setiap tahun umur Fik akan bertambah. Tahun ni bertambah lagi 1 angka. Tahun ni Fik dah berumur 27 tahun rupanya. Dah tua dah Fik rupanya.. Ada banyak lagi benda yg Fik x buat. Harap2 perancangan yg Fik buat berjalan lancar. Alhamdulilah ramai yang bagi ucapan kat Fik baik melalui FB mahupun telefon. Tadi kat sek ramai gak kawan2 wish n ada yg siap nyanyi lagu lagi. Tq. Ucapan plg Fik suka ialah dari adik Fik yg no 3. Ni ucapan dia " Selamat Hari Jadi Abgku,semoga panjang umur dan cepat2 lah nikah x sabar nak ada akak ipar". Nak gelak Fik baca, Fik bgtau Mak n mak gelak je. Fik harap dgn pertambahan usia, kematangan fikiran Fik pun bertambah juga. hehehe. Thanks ya semua. Ucapan kalian amat bermakna bg Fik. TQ.
Nota kaki : Doakan Kejayaan Fik Dunia Akhirat ya.....


Tuesday, September 13, 2011

Selamat Berjaya......

Fik ingin mengucapkan Selamat Menjawab untuk semua murid yang menghadapi UPSR terutama murid2 di SK Pendidikan Khas Selangor. Cikgu doakan kejayaan kalian.





Sunday, September 11, 2011

Terasa tua bila.....

Hi semua... Tengok tajuk mesti byk yg meneka kan. Fik terasa tua bila Fik berjumpa kembali anak murid yang pernah Fik ajar dulu. hehe.. Jumpa kat mana ya? Fik jumpa diorg ni kat FB je. Dah lama mencari tapi baru hari ni jumpa. sempat lah tadi Fik chat ngan diorg dan tukar2 no telefon.

Fik cerita yang sorang ni dulu, nama dia ZARUL DANIAL. Dia ni Fik ajar masa Fik jadi guru ganti masa tunggu nak posting dulu. Masa tu umur dia bari 11 tahun dan Fik ajar dia Kajian Tempatan. Memang sopan santun dia ni. Sekarang dia dah umur 14 tahun dah. Dr kanak2 dah ke remaja. Fik pun ada ajar adik dia dulu, ZARUL DANISH masa tu dia br darjah 1 skrg dah darjah 4. Tu yg Fik rs macam dah tua tu. hehehehe.... Masa last day jadi guru ganti diorg ber2 beradik ni bagi Fik mug. Fik bw mug tu sampai ke Shah Alam. Ada kat sekolah... Happy dapat sembang dengan Zarul Danial ni, 1 hari nanti dia nak bawa Fik naik kereta Ferrari. InsyaAllah... Impianmu akan jadi kenyataan.


Ok. Sekarang yang sorang lagi ni. Nama dia ni RIDZUAN OSMAN. Ni pulak anak murid masa praktikal kat SMK Dr Burhanuddin, Taiping pada tahun 2008. Fik xde lah mengajar dia, cuma ada join geng bola tampar sekolah. Happy tengok dia n the geng. Masa tu dia Form 3, skrg dia dah bljar kat Kolej pun. Tua Fik ni dah kan. Kitaorang dulu selalu hang out juga kat area Taiping tu, pi Taman Tasik naik perahu. Seronok gila, dia pernah gak tido kat umah sewa n main play station sampai pg. Cepat betul masa berlalu tapi diorg masih igt kat Fik. Alhamdulilah. Happy sgt2 hari ni. Walaupun x pi mana2 kan.

Nota Kaki: Terima Kasih kerana masih mengingati cikgu.


Saturday, September 10, 2011

Boring sampai rasa nak terjun....

Salam semua.... Selamat hari minggu. Sesungguhnya hari ni aku sungguh bosan. X tahulah, bila duk sorg2 ni mcm2 fikir. Bila tanya pendapat orang mesti jwapannya cepat2lah kawin. Klaulah kawin tu semua petik jari dah lama kot aku kawin. tp x semudah itu kan. aku ada lah planning utk hari ini tp x dpt ditunaikan sbb aku sorang. aku teringin sgt nak tengok wayang, cite HANTU BONCENG. Tapi terpksalah lupakan niat itu. Betul2 boring sampai rs nak terjun je dr tingkat 4 ni. Baru aku perasan di bumi Shah Alam ni aku xde kawan rupanya, kawan sekerja ramai lah kot. Ada sorang tu, dah kawin, ada sorang lagi dah pindah jauh. Nak buat mcmn kan. Terpaksa terima walaupun x rela. hehehe...

Nota kaki : Rindu sangat pada kawan-kawanku.

Monday, September 5, 2011

Model Hari Raya

Salam semua... meh tengok model2 di hari raya..... ni semua kaum kerabat aku n termasuk aku... leh jd cover majalah tak?


















Nota kaki: Belajar edit2 n tgkap pic guna DSLR..

Sunday, September 4, 2011

Suasana Hari Raya......

Salam Aidil Fitri semua..... Alhamdulilah dah 6 hari kt beraya,
skrg Fik dah ada kat Shah Alam sbb esk dah kembali kerja. Nak cite sikit psl hari raya tahun ni, tahun ni tema keluarga aku kelabu. Tp baju aku ni byk warna lak. hehehe... kejap nmpk kelabu, kejap nmpk biru. Yg pntg dah beraya pun.
ni lah rupa aku di pg raya pertama

aku dgn mak ngan ayah aku...

ni adik beradik aku..

posing2...
take picture lg...

adik beradik perempuan dgn mak ayah

giliran adik beradik lelaki lak....

dah kerja kenalah bg duit raya..

menziarahi kubur nendaku...

al fatihah buat arwah..

Nota Kaki : Kita bergembira di hari raya tapi jgn lupa pd yg telah tiada....