Followers

Tuesday, July 31, 2012

Muhasabah Diri...


Salam Ramadhan 11 buat rakan-rakan blog dan juga FB.. Di bulan yang mulia ini kita hendaklah sentiasa melakukan perkara2 yang baik agar kita mendapat keberkatan. Alhamdulilah, Fik rasa sangat tenang mengharungi bulan ramadhan ini dengan sifat kesabaran yang sangat mendalam. Bagi Fik, tahun ni adalah tahun yang sangat bermakna buat Fik sebabnya......... x yah lah tahu ya sebab ianya rahsia terbesar dalam hidup Fik. Fik ingin mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini ingin memuhasabah diri ini agar setiap amalan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. 

Fik harap rakan-rakan semua juga boleh memuhasabah diri rakan2 dengan menyenaraikan perbezaan amalan kita pada Ramadhan yang lalu dengan Ramadhan pada kali ini. Sifat sabar itu sangat penting pada bulan yang mulia ini. Semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Di kesempatan ini Fik nak minta maaf jika Fik ada melukakan mana-mana pihak secara sengaja ataupun tanpa yang disedari. Harap Ramadhan pada tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari yang terbaik.... Semoga ALLAH menerima amalan yang kita buat. Amin......

Friday, July 20, 2012

SAYONARA.....



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.... Satu pepatah yang biasa kita dengar tapi kadang kala x sanggup untuk kita menghadapinya. Semalam, merupakan hari terakhir buat salah sorang anak murid (gambar di atas), mulai isnin ni dia akan memulakan persekolahan di sekolah yang baru kerana mengikut keluarga berpindah. Nama anak murid Fik ni Rushdun Kamil n klau korang nak tahu dah hampir 3 tahun Fik mengajar dia bahasa melayu dan banyak perubahan juga yang Fik lihat daripada Rushdun. Dulu dia x pernah hormat guru,selalu bergaduh ngan kekawan, tapi sekarang dia sangat menghormati guru2 dan juga rakannya.


Klau korang nak tahu, hampir setiap pagi Rushdun akan jumpa Fik dan dia akan cuit dan bersalam ngan Fik dan memberitahu Fik yang dia dtg sekolah pada hari tersebut. Lepas ni dah xde lagi cuitan dan salaman dari dia. Masa mula2 Fik ajar dia, dia sangat malas dan menulis dengan tulisan yg sangat teruk. tapi setelah Fik mendekati dia baru Fik tahu macamn nak handle Rushdun ni. Nak tahu x apa Fik buat? Biarlah Rahsia.... hihihihi... 


Ni lah rakan baik Rushdun ni, almaklumlah satu kelas. Lepas ni dah tinggal berdua je lelaki dalam kls ni. Klau korang nak tahu juga, Fik lah guru kesayangan Rushdun ni. (perasan...). X caya tanya dia sendiri.


Tinggal kenangan.... Bersama rakan2 sekelas. Cikgu doakan Rushdun sentiasa berjaya walaupun di mana Rushdun berada dan sentiasa membuatkan diri semua cikgu bangga dengan Rushdun. Cikgu akan sentiasa ingat Rushdun sebab cikgu kenal Rushdun dari murid yang nakal menjadi murid yang baik. Semoga Rushdun sentiasa gembira dan berjaya walaupun berada di mana2.. Sayonara buat anak muridku, Rushdun Kamil..

Friday, July 6, 2012

BANTU KAMI MEMBANTU MEREKA....



Salam jumaat buat semua... Fik nak minta tolong kawan2 semua yang membaca blog Fik menyebarkan ini kepada kawan2 anda. Mana tahu ada yang dapat membantu. Sekolah tempat Fik mengajar akan menjalankan Majlis Amal Makan Malam pada hari sabtu depan. Oleh yang demikian semua kakitangan sekolah termasuk Fik berusaha untuk mencari dana bagi menjayakan program tersebut. Objektif utamanya adalah bagi menampung tabung PIBG yang sangat kurang di sekolah ini disebabkan murid hanya 108 orang sahaja dan mereka merupakan murid bermasalah pendengaran. Selain itu, sumbangan ini juga adalah untuk membolehkan pihak sekolah membina tapak perhimpunan berbumbung bagi menjalankan apa2 program. Sehubungan itu, kepada yang sudi menderma bolehlah berhubung dengan Fik di email amier_fekhry@yahoo.com.my. Bantu Kami Membantu Mereka....


Wednesday, July 4, 2012

BIRTHDAY BOI......



Yummy2... Kek birthday sapalah ni... Kek yogurt pilihan birthday boi.. Boi ke Man x tahu nak cakap. Sebab dah kawin yang sambut birthday ni.... Nak tahu sapa? Dia adalah my BFF.


Petang semalam dia datang mengejutkan Fik, datang x bagitau. Tetiba call bagitau ajak kuar. hihihi. Nilah birthday boi yang Fik maksudkan ni merangkap BFF Fik, Mr Faizul. Sebenarnya baca cite dah Fik cite psl dia dalam blog Fik ni. Klau ada yg baca mesti tahu. Sebenarnya ni belated birthday dia, dia datang bersama isteri yang sangat dicintainya... X sangka diorg ajak Fik sekali. TQ ya Mr Faizul n Mrs. Ana sebab ajak Fik join korang. Kitaorg sambut kat Pizza Hut AEON Bukit Tinggi, Klang.


Bersama isteri tercintanya, Mrs Ana.


Senyum manis....


Masa untuk potong kek.


Tumpang bergambar dgn kek suami.....


Fik pun x ketinggalan......

P/S : Tahun ke-2 sambut bersama my BFF.. Tq...