Followers

Monday, December 31, 2012

Entry Terakhir 2012 & Tugasan Tahun 2013



Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2012... Banyak kenangan manis yang Fik dapat rasai di tahun 2012. Sangat happy.... Antaranya BFF Fik dah kawin, Fik happy bila tgk dia happy. Tengoklah wajah2 happy Fik di Tahun 2012. Sangat seronok kan.... Pagi tadi Fik attend meeting sekolah bagi mengetahui senarai tugasan Fik bagi tahun 2013. Jeng3....


Ni lah tugasan Fik bagi tahun 2013. Makin bertambah kan tapi still seronok dan harap dapat wat yang terbaik.


Ni pulak Jadual Mengajar Fik... Nampak macam sikit kan.. Tapi yang kosong lepas rehat tu Fik kena uruskan data sekolah. Namapun guru data kan.


Akhirnya dapat gak wat entry terakhir di tahun 2012. Alhamdulilah tahun 2012 di tinggal dengan senyuman dan tahun 2013 di sambut dengan penuh semangat... 

P/S : Esok Pendaftaran Murid...



Sunday, December 30, 2012

Kepuasan Diri



Hari ni dah 30hb.12.2012, esok hari terakhir kita berada di tahun 2012. Maka tutuplah buku tahun 2012 bagi diri Fik. So, Fik nak minta maaf klau de wat salah kat sesiapa. Harap kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Untuk karier Fik sebagai seorang guru, Fik sangat happy pada tahun 2012 ni. Banyak kejayaan yang Fik perolehi pada tahun ini dan memberi kepuasan bagi diri Fik. Tengok senyuman Fik yg penuh ikhlas tu.. hihihihi.. Fik nak senaraikan kepuasan Fik bagi karier untuk tahun 2012.

  • Tiada Cuti Rehat Khas Yang Fik Ambil (cuti rehat khas untuk guru 7 hari)
  • 1 Hari Cuti Sakit 
  • Menghadiri semua kursus yang Fik kena pergi. (selalunya ada yang Fik tolak)
  • Menjadi Johan Koir Kod Tangan Peringkat Sekolah (Kelab Kemahiran Hidup)
  • Mendapat Anugerah Khas SK Pendidikan Khas Selangor bagi tahun 2012.
  • 2 orang murid yg Fik ajar BM berjaya lulus bagi kertas penulisan. (selalunya murid2 pekak susah nak lulus BM penulisan)
Alhamdulilah kejayaan ini hasil usaha sendiri dan juga pertolongan dari pihak sekolah serta rakan sekerja dan juga anak murid Fik. Bagi tahun 2013, Fik akan berusaha lebih lagi untuk memajukan diri dan membantu anak2 murid Fik mencapai kejayaan.. Doakan ya kawan2...

P/S : Esok meeting guru, x sabar nak tahu tugas apa menanti tahun 2013.



Tuesday, December 25, 2012

Pengalaman di Hospital....



Salam semua... Dah lama Fik x update, sbb Fik blk kg. Mesti ramai yang pergi bercuti kan masa cuti sekolah ni. Fik pun pi bercuti gak tapi kad hospital di Wad Paliatif Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang di Kuantan. Korang mesti x tahu kan apa fungsi wad ni. Kebanyakan pesakit yang masuk wad ni antara mereka yang mempunyai penyakit kritikal dan tidak berpeluang untuk pulih lagi. Fik ada kat wad ni bukannya sbb Fik yang sakit tapi atuk Fik yang sakit. Dah hampir sebulan dia dimasukkan ke wad itu dan keadaannya semakin lama semakin lemah. Dia dah x blh nak jalan sbb kansernya telah melarat ke hati, buah pinggang dan saraf. 

Alhamdulilah..... Kami sekeluarga (keluarga belah mak) bergilir2 menjaga atuk. Fik sempatlah menjaga atuk selama seminggu. Masa Fik jaga atuk hari itu, ada 6 org pesakit kat dalam wad hari tu. Kebanyakkan sakit kanser tapi pada hari ketiga Fik ada kat sana salah seorang pesakit SLE yang berumur 24 tahun telah meninggal dunia. Arwah bekerja di TUDM dan memegang jawatan pegawai kanan. Sangat sedih melihat semasa arwah sedang nazak. Sedekahkanlah al-fatihah buat arwah ya kawan2...

Apa Fik yg nampak masa kat wad tu, kita macam 1 keluarga. Boleh borak2 dan tolong antara satu sama lain. Banyak benda yg menyedarkan Fik masa Fik ada kat wad tu.. Duit bukan segalanya... Bila tengok pesakit2 yg terlantar kat sana tersenyum, Fik pun turut happy. Kalau korang nak tahu jaga orang sakit ni kena banyak bersabar dengan kerenah mereka lagi2 yg dah tua. Mereka kembali menjadi kanak2. 

Ya Allah... Kurangkanlah kesakitan atukku Ya Allah..

P/S: Kita x tahu bila kita akan mati. So, kalau ada wat salah sesama manusia cepat2lah minta maaf. Berdosa dengan Allah, cepat2lah bertaubat..


Saturday, November 24, 2012

Hi Tea 2012



Hari Khamis yang lalu, jam 3.00 petang berlangsung Jamuan Hi Tea Kelab Kebajikan Guru dan Staf (KKGS) di Hotel Holiday Villa di Subang Jaya. Fik salah sorang AJK yang terlibat dalam Jamuan ini. Tema untuk tahun ni adalah Purple, so kebanyakan yang datang memakai baju berwarna purple. Antara aktiviti yang ada dalam program ni adalah cabutan no bertuah tapi semua dapat dan kemuncaknya ada penyampaian beberapa anugerah dan hadiah GRAND PRIZE.


Pemenang Anugerah Guru Paling Spoting 
Cikgu Faiz


Pemenang Anugerah Staf Paling Spoting
En. M. Syujairi


Queen of The Hi Tea
Cikgu Norhasnizah


King of The Hi Tea
Cikgu Fekhry @ Fik...


Pemenang Grand Prize
Cikgu Haryanti


Anugerah Khas SKPK SELANGOR
Cikgu Fekhry @ Fik

Fik speechless masa diumumkan sebagai pemenang bagi kategori2 tu. Mmg terkejutlah, x sangka leh dapat anugerah paling besar di sekolah. Bak kata seorang senior ni, pihak pengurusan tahu Fik wat kerja. Alhamdulilah rezeki Fik kan. Memamg terkejut dan terharu.. 


K. Nadiah n K.Masetah

Diorang berdua akan berpindah ke sekolah baru tahun depan, sedih suasana majlis masa diorg bg ucapan hampir semua cikgu2 nangis. Fik pun sama, dah lama knl diorang, diorang sangat baik dan senang nak minta bantuan. Harap2 lepas ni kt masih berhubung lagi. Hilang di mata x bererti hilang di hati. Selamat Bertugas Di Sekolah Baru..


Friday, November 23, 2012

Tamat Sudah...



Tamat sudah empat hari kami semua guru dan PPM SKPKS berkampung di Dewan Serbaguna sekolah mengikuti Program Maxis Cyberkids. Banyak sungguh yang kami pelajari, kami x kenal apa itu COURSELAB? WEBNODE? JOOMLA? WEBINAR? dan hari kami dah tau apa fungsi setiap perisian itu. Kami juga belajar tentang cara2mengedit video, bagi Fik sangat menyeronokkan. Fik letak video kumpulan Fik. Mai tengok ya.....




Selain itu juga kami dapat menghasilkan laman web sekolah.Walaupun bukan 100% siap tapi tetap nampak hasilnya. Boleh klik kat pic kat bawah ni terus akan ke laman web sekolah.


"WE ARE STRONGER
WHEN
WE ARE CONNECTED"


Thanks kepada pihak MAXIS CYBERKIDS, lepas ni kami akan teruskan our next project... Tunggu....

Monday, November 19, 2012

Maxis Cyberkid Camp Day 1



Mungkin hari ni cikgu2 lain sudah pun berada di kampung tapi kami guru2 di SKPK Selangor masih diberi tanggungjawab untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak MAXIS. Kami adalah sekolah pendidikan khas pertama yang menjadi rintis bagi program ini. Kami belajar macamana untuk membuat laman web sendiri menggunakan webnode. Sangat seronok walaupun, kami kena jadi pelajar pada hari ini dan mendapat tenaga pengajar yang agak tegas. hihihihi.

Gambar kat atas tu kami sekumpulan memenangi beg setelah menjadi juara dalam aktiviti team building pagi tadi. X sangka leh menang lagi2 bila kata sorakan kami tu dicipta last minute. Cayalah kumpulan THE SHAKERS... Sangat seronok dan x sabar nak sambung belajar lagi hari esok....


Sunday, November 18, 2012

Rindu Mereka.


Salam hujung minggu buat semua... Hari ni genap seminggu cuti sekolah bermula. Tapi Fik dah mula merindui telatah mereka. Perasaan ini datang setelah 2 tahun Fik cuba untuk tidak rapat dengan anak2 murid Fik. Ianya kembali menghantui diri Fik dengan telatah mereka yang comel2 itu. Perasaan ini adalah anugerah tuhan, nak menelefon mereka x boleh sebab mereka x boleh bertutur, nak 3G pun bukan semua ada telefon 3G. Hanya kenangan je lah yang dapat Fik ingati mereka. Tengok rakaman video bersama mereka jadilah. Nak tahu x siapa? 



Si Cantik namanya Aisyah, dah 3 tahun Fik ajar dia dan tahun depan tahun ke4 Fik akan ajar dia. Rindu dengan telatah dia yg cute lagi2 bila bercerita dengan kawan2nya, penuh dengan mimik muka. Sangat rajin dan pandai dalam kelas. Dia cakap dia suka belajar bahasa malaysia lagi2 cikgu Fik yang ajar kan... hahaha perasan.. Cita2nya nak jadi cikgu BM bila besar nanti. InsyaALLAH.


Yang comel ni pula, Daniel abang kepada dua orang adiknya yang kembar. Bila lalu je kelas dia ni, budak2 dia mesti panggil dia untuk beritahu yang Fik baru lalu. Dia ni cute gila, bila jumpa Fik cubit2 pipi dia. Gelagat dia yang kelakar tapi pemalu ni buat Fik mendekati dia dan bila jumpa Fik mesti minta phone nak main game. Kalaulah dia ni anak Fik, mesti hari2 leh cubit pipi dia. hihihihi...



Yang manja ni Naim, dia pun dah 3 tahun Fik ajar BM. Dia ni peminat JB (Justin Bieber), selalu nak pinjam phone nak dengar lagu baby. Dia leh dengar sikit, dia ni klau jumpa Fik mesti nak terkejutkan Fik. Bila besar nanti dia nak kerja kat F1 untuk jadi apa ntah nama pekerjaan tu yang tukar2 tayar pemandu F1 tu. Dia suka tgk cite2 lawak n ngeri2 macam cite SAW.  Fik x mampu nak tengok cite tu. Tapi apa yg Fik tahu ni manja sangat orangnya..


Ramai orang panggil dia ni SAKA Fik, selalu je ada ngan Fik. Ada je benda yang nak dia kacau. Esok dia nak amik result UPSR. Harap2 result dia oklah kan. Dia ni ok cuma kadang2 over sikit, tapi yang bestnya bila minta tolong mesti tolong punya, klau makan berselera je, x padan dengan badan kecik. Lepas ni x jumpa dah dia, sebab tahun depan dia dah masuk sekolah menengah. Fik doakan dia berjaya menjadi manusia yang berguna satu hari nanti.. 



Rindu sangat2 kat bebudak ni.. esok Fik kena pi Sekolah sampai khamis ada kursus. 
Oklah Fik nak tido dulu. Good nite!!!

Saturday, November 17, 2012

REKOD TERCIPTA...



Tanggal 16 November 2012 di Pusat Bowling Ole2 Seksyen 18 Shah Alam, Fik dengan ini telah mencipta rekod peribadi tertinggi Fik iaitu sebanyak 256 jatuhan pin bagi satu game berbanding rekod sebelum ini 217. Hihihihi... Fik n kawan serumah Fik main 6 game dari 6 game kawan Fik tu menang 5 game berturut dan Fik hanya menang di game yang ke-6 dengan jumlah ni dah sekali gus mengumpul markah keseluruhan tertinggi... Mmg happy sbb hampir setahun br blh pecah rekod sendiri. Happy sesangat.. 4 tahun dah dengan hobi Fik ni. tiap minggu mesti main... Korang ada x wat rekod tertinggi bagi diri korang, mesti ada kan... Fik nak kongsi je kegembiraan Fik ngan korang.

P/S : Ada x yang nak ajak Fik lawan main bowling...

Salah Sendiri



Atas kesalahan diri sendiri banyak gambar dalam blog Fik hilang....

SORRY.... Fik xkan delete entry2 Fik sebelum ni tapi x cantik sikit sbb gambar dah xde.

SORRY semua....

Tq to PCB sbb bagi nasihat kat Fik agar x delete entry2 sebelum ni.. 

4 Tahun kot....



Wednesday, November 14, 2012

Sabar kan Separuh Dari Iman



Alhamdulilah...... Allah memberi sifat sabar kepada setiap umatnya. Fik pun x terkecuali, banyak sifat sabar yang Allah beri pada Fik dan menjadikan Fik sekuat ini dan berjaya melalui liku2 kehidupan yang penuh cabaran. Sabar Fik bermula Fik dari kanak2 lagi, Fik jarang diberi kebenaran untuk keluar bermain seperti kanak2 lain sbb Fik kn jaga adik2 Fik pd masa tu. Mak ayah Fik orang susah. Fik juga bersabar bila ada kawan2 yang memulau Fik sbb ketidaksempurnaan yang ada pada Fik. Fik sangat bersabar bila berada di Menara Gading, hanya mampu melihat apa yang org beli sedangkan Fik kena berjimat cermat. Alhamdulilah Fik dah pun beroleh Ijazah dan pekerjaan yang sangat Fik sukai. Fik juga bersabar bila berhadapan dengan anak2 istimewa Fik yang x sesempurna orang lain. Fik sangat sayang pada mereka. Fik juga bersabar bila diberikan tugasa secara paksa dan kini alhamdulilah Fik redha dengan ketentuan itu. Fik sangat bersabar dengan kerenah kawan2 sedangkan mereka tahu berjanji tapi x menepatinya. Fik setia menunggu tapi mereka telah mempergunakan kesetiaan Fik itu utk kepentingan dr mereka. Hanya Allah saja yang tahu di tahap mana kesabaran Fik. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali2. dengan harapan dia akan berubah. Oleh itu, rakan2 semua sentiasalah bersabar kerana Allah sentiasa bersama kita.

P/S : Luahan Seorang Yang Di Anugerahkan Sifat Penyabar


Tuesday, November 13, 2012

LEGOLAND : Akhirnya sampai juga...


Selamat bercuti sekolah buat semua anak2 murid dan guru2 di seluruh Malaysia.... Dah lama Fik x update blog ni. Sorrylah busy sangat sampai xde masa. Alhamdulilah pada 3 hb 11 hari tu Fik berkesempatan bersama cikgu2 n anak2 murid berkunjung ke legoland. Selalu Fik tgk iklan je tapi akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi dua bas dan dapat masuk dgn pakej sekolah RM75 1 kepala. RM60 bayaran masuk + RM15 Voucher Makanan.


Tiga orang yang comel lote ni anak-anak murid yang dipertanggungjawab untuk Fik jaga sepanjang lawatan. Klau diorang hilang nahaslah Fik.


Zumar, Syakirah dan Arif.


Dalam keretapi melihat suasana LEGOLAND... (1st activity)


Abang kena jaga adik... Naik jet...


Dalam kumpulan kami bergerak... Banyak game tapi satu tempat sejam nak tunggu giliran baru main. Fik nasihatkan klau korang nak pi, pergilah hari bekerja jangan pergi waktu cuti sekolah. Ramai manusia letih beratur ...


Bergambar kenangan sebelum pulang. Sempat main 7 game jer, dari kul 10 pagi hingga 5 petang... Penat beratur. Tapi memang best, rasa nak pi lagi satu hari nanti.


P/S : RM140 satu kepala jika x pergi secara kumpulan.

Saturday, October 20, 2012

Its Complicated......


Assalammualikum dan Selamat Pagi semua.... Sambil dengar lagu sahabat nyanyian Najwa Latif tetiba Fik teringat 1 benda yg buat Fik pening. Mungkin korang pun pernah mengalaminya kan... Fik ada dua orang kawan yang sekarang mengalami salah faham n menyebabkan mereka tidak bertegur sapa.. Dah hampir 4 tahun kami berkawan, disebabkan salah komunikasi menyebabkan salah sorang terasa n sukar nak melupakan apa yang dilakukan oleh yang sorang lagi tu. Macamn ya Fik sebagai sorang yang tengah2 nak settlekan masalah ni. Fik x mau perkara ini dipanjangkan kerana persahabatan yang 4 tahun tu bukannya jangkamasa yang pendek. Fik rasa x selesa dengan keadaan macam ni. Fik xde idea nak settlekan masalah ni. Kalau korang ada idea komen lah ya..... I need ur help... Its very complicated for me. Harap semua ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Sunday, October 14, 2012

Selamanya Kita BFF.....



Salam buat semua.... Lama dah x update blog ni. Dah bersawang... Sorry ek, busy memanjang... Korang semua mesti ada BFF kan? Begitu gak Fik, alhamdulilah Fik di pertemukan dengan seorang insan yg sangat baik menjadi sahabat Fik...Terima kasih sbb byk tolong Fik, menangani kerenah, mendengar luahan dan sentiasa buat Fik happy.Minggu ni Fik skl lagi dapat berjmpa dengannya, dua hari dia dtg sini n hari ni kami pi Putrajaya n kat sana tetiba Fik nmpk keychain ni. Fik trs bl ni meminta jurujual meletakkan nama Fik n BFF Fik. Fik beli dua sbb 1 Fik nak simpa dan 1 lagi Fik hadiahkan pada BFF Fik ni. Mana tahu mungkin ni antara kenangan manis kami bersama. Lepas ni mungkin dia dah jrg akan berjumpa Fik dan berkunjung ke rumah sewa Fik. Kadang2 sedih tapi kt kenalah terima ianya sebagai ketentuan dan Fik percaya kami tetap sahabat n BFF buat selamanya....... Thank U JOE jadi sahabat Fik....

Sunday, September 30, 2012

Fakta Nombor Di Bulan September


Hari ni dah hari terakhir kita berada di bulan September 2012. Dalam post sebelum2 ni Fik ada kata yang bulan ni bulan yang sangat bermakna bagi Fik. Sini Fik rangkumkan peristiwa2 manis ini mengikut no, iatu no haribulan lah...








                                        


P/S: X sempat nak update. Tu buat ringkasan je tu. hihihi