Followers

Tuesday, January 31, 2012

ROAD RUN 2012


Hari ni sekolah Fik buat kejohanan ROAD RUN  n kami memilih TAMAN TASIK MBSA di SEKSYEN 7 SHAH ALAM. First time buat kat sini, tempat yg selamat n jauh dr jln raya... N thn byk sangat pembaharuan lagi2 dr peserta yg bertanding. Sebelum ni murid yg akan bertanding hanyalah yg berumur 10-14 tahun tapi tahun ni murid yg 7 tahun pun kami libatkan. Kejohanan ni terbhagi 3 kategori. Kategori A (14 tahun ke bawah), kategori B (12 tahun ke bawah) dan Kategori C (10 tahun ke bawah).


ZAMIR (PESERTA TERBAIK KATEGORI C)
Baru tahun 1 ni dah berjaya mengalahkan murid Tahun 2 dan Tahun 3.


FAUZAN (PESERTA TERBAIK KATEGORI B)
Dia ni anak murid Fik dr kls 5K1 dan dia umah sukan Fik Rumah BIRU.

AAMEYRA(PESERTA TERBAIK KATEGORI A)
Berjaya mengalahkan peserta lelaki kategori A, cayalah...


Sekali lagi FAUZAN dinobatkan sebagai PESERTA TERBAIK LELAKI KESELURUHAN..


Begitu juga AAMEYRA dinobatkan sebagai PESERTA TERBAIK KESELURUHAN PEREMPUAN


Bergambar kenangan...


Sebelum balik Fik smpat berposing sbb hari ni Fik ditugaskan menjaga disiplin,kebersihan dan keselamatan murid dan juga menjadi jurukamera.. Gambar Fik sikit jelah...


Banner yg sangat cantik tahun ni.. i like...


Tumpang bergambar dengan hadiah anak murid...


hahaha... teringin buat aksi ni.. akhirnya berjaya. 


P/S : Terasa macam ketua guru rumah sukan lagi tahun ni.. hahha gila pangkat betul... 

Monday, January 30, 2012

SENIOR KE AKU?



Tepat pukul 9.45 pagi semasa Fik tengah mengajar di kelas 5 Kasih 1, terdengan satu pengumuman dari GPK 1 memanggil 4 orang guru termasulah Fik ke bilik mesyuarat. Kebetulan hari ni ada guru pelatih yang datang untuk menjalani praktikum selama 3 bulan. Fik pun bergegas ke bilik mesyuarat, ingatkan di panggil kerana ingin diperkenalkan kepada guru pelatih yg mengambil kelas Fik tetapi lebih dari itu rupanya. Fik dipilih untuk menjadi GURU PEMBIMBING bagi dua orang guru pelatih.... Ohh tidakkkkk...... Fik x LAYAK. Rasa cemas dan takut sebab rasa x cukup ilmu lagi nak bimbing orang. 

Fik nak gelak pun ada, kepala dah mula terbayang mcmnlah keadaannya nanti.. Ni pertama kali Fik di amanahkan menjadi guru pembimbing. Terasa macam SENIOR lah pulak... Harap2 boleh bimbing diorg dengan sebaiknya. Fik ni kira Mentor lah... dan PROTEGE Fik kedua2nya lelaki (x de can lah nak ngorat ni) aduh2... Mungkin ini pengalaman yg berguna untuk Fik.. Harapan Fik agar dapat wat yg terbaik walaupun bertambah lagi 1 kerja... hihihi...

P/S : Terasa tua lak... hahahahaa

Sunday, January 29, 2012

Nasib Guru Data

Data yg perlu di update....


Selamat berhujung minggu.... Cepat betul masa berlalu, hari ni dah hari ahad. Genap seminggu bercuti. Cutikah Fik? Mungkin semua org anggap bestnya jadi cikgu, cuti banyak. kerja sampai tengahari je. Tapi orang x tahu mcmn jadi cikgu yg sebenarnya, lagi2 klau pegang jawatan guru data. Apa ek guru data? Guru data ni adalah di mana seorang diamanahkan utk menjaga data, mengupdate data cikgu2, staf2, murid2 dan yg seangkatan dengannya. Besar tanggungjawab ni, kena jaga rahsia orang. x blh nak sesuka dedahkan data kat orang lain...

Cuti seminggu ni Fik x blk kampung pun, sebab nak siapkan amanah yg dipertanggungjawabkan kepada Fik. Ada x orang tahu or nak amik tahu apa yg guru data buat masa cuti sekolah? x kiralah guru data tu bujang ke, dah kawin ke? Tapi Fik mmg respect pada cikgu2 data yang perempuan, mcmn diorg bahagikan masa nak masak, jaga anak, sediakan keperluan suami dan nak buat kerja data. Memamg powerlah diorang ni. 

Korang nak tahu bila data salah or mungkin kesalahan bukan dari cikgu data tu mesti Ketua Jabatan cakap awak x buat kerja ke? Ada gak yg serang guru data kenapa data dia salah? Tapi bila data betul or tepat ada x yg ucap terima kasih? ada x datang bagi pujian? bukan itu yg kami mahu tapi hargailah apa yg kami telah buat. Itulah nasib menjadi GURU DATA..... Terima Kasih pada Ketua Jabatan (GB) kerana melantik Fik menjadi GURU DATA... 

P/S: Tengah Pulun Wat Data, Malam Ni Nak Tengok AJL lak....

Saturday, January 28, 2012

Penenang Hati...





Salam semua....Tiba2 hati Fik rasa x berapa tenang hari ni... Harap2 x ada apa yang berlaku. Bila korang risau apa korang buat? Layan perasaan, menceritakan kepada kawan korang or buat x tahu je? Fik akan ceritakan pd kawan Fik yg Fik percaya dan lepas tu Fik Solat dan Baca Al-Quran. Alhamdulilah Fik dah bertambah tenang. Harap2 tiada apa yg berlaku pada sahabat Fik... Semoga Allah sentiasa melindungi diri mu wahai Sahabatku.... Klau korang rasa x tenang marilah kita berzikir...


Pause pd MP3 di sebelah untuk mendengar Zikir ni.

P/S : Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaanya... amin...


Friday, January 27, 2012

RETIS LAH SANGAT.....


Salam jumaat semua.... JANGAN TERKEJUT!!!.. Fik bukan kutuk mana2 artis k. hanya kutuk dr sendiri jer.. hahaha... sebenarnya Fik telah diinterview oleh seorg sahabat blog Fik iaitu Encik EDDY SYROL dalam salah satu segmen dalam blog. Meh tgk banner segmen EDDY ni...


Fik selalu jer jenguk segmen EDDY ni, sbb nak knl blogger2 yg digeklar RETIS, x sangka Fik pun terlibat gak. RETIS lah sangat kan Fik ni... hahahaha... Masa EDDY nak interview Fik tu masa mmg teruja gile.. hihi tp xde lah sampai jd gila ya.. Thanks to EDDY SYROL sbb sudi interview Fik.. Sebagai tanda penghargaan terima lah hadiah yg x seberapa ni... hihihi...

Pada sesiapa yg nak baca interview antara Fik ngan EDDY leh lah lawat blog EDDY di

Thanks sekali lagi EDDY..

P/S : Jadi RETIS blog pun jadilah...

Thursday, January 26, 2012

SEGMEN:SIAPA KAWAN FB FIK?#NONIE NASRON


Berjumpa lagi untuk Segmen Fik bagi minggu ini, ok hari ni Fik akan perkenalkan lagi sorang kawan FB Fik ni. Tapi yang specialnya sbb kawan FB fik kali ni Fik pernah jumpa dengannya... Dengan ini Fik memperkenalkan.......


NONIE NASRON

Sebenarnya kak Nonie sama bidang dengan Fik, dia seorg cikgu Pendidikan Khas juga tapi dia mengajar di SK Pendidikan Khas Ipoh, Perak. Kak Nonie kiranya cikgu senior yang dah otai. hihihi... Kak Nonie ni orang Lenggong,Perak kiranya The Perak Women, apa yg Fik melalut ni. Hahahaha...... Best sangat bl time chatting ngan Kak Nonie di FB. Jangan nak ngorat kak Nonie ok sebab dia dah berpunya.. x pasal2 kena parang kat suami dia.hahaha... Kak Nonie ni peramah, walaupun Fik ni malu2 kucing. (pemalu lah sangat).


Ni gambar Kak Nonie sekeluarga.... Nak tahu x kak Nonie ni suruh Fik panggil dia Auntie. Fik cakap x naklah..hahaha... Klau anak dia sebaya Fik ke bolehlah nak panggil Auntie,bukan setakat Auntie nak panggil Ibu pun boleh. Mana tahu boleh jadi Menantu. Ops terlebih sudah... Kitaorang selalu chat pasal sekolah masing2 n kerja2 yang berkaitan lah. X ngumpat ok....(sikit2 ada lah )....


Ni gambar kak Nonie bersama kawan2 dia. X salah ni cikgu2 kat sekolah tempat dia mengajar. Nak tahu x Kak Nonie ni selalu ajak Fik pi umah dia klau Fik pi perak, dia srh singgah umah dia. Dia nak bawa Fik pi makan kat tempat2 best kat Perak. Yang paling best tentang Kak Nonie ni, dia nak kenen2kan Fik dengan aweks supaya dia dapat merasa nasi minyak Fik ni. Hahahah... Thanks ya kak.. 


Ni lah BUKTI yang Fik pernah jumpa Kak Nonie ni... Kitaorang terjumpa tahun lepas, masa Fik bawa murid2 pi Pertandingan Koir Kod Tangan Peringkat Kebangsaan di Lumut Perak. Memang peramah kak Nonie. Tapi x sempat nak berbual lama. Terima Kasih ya Kak Nonie sbb kadang2 bagi nasihat kat Fik. InsyaALLAH ada masa kt berjumpa lagi. Pada sesiapa yang nak add Kak Nonie kat FB carilah NONIE NASRON.. Ok. Sekian utk minggu ni... Berjumpa lagi pada minggu depan.. WHO NEXT?

P/S: X sangka leh berkawan dengan yg sama Bidang...

Wednesday, January 25, 2012

Hasil Berjimba Ria....


Apa khabar semua? Smlm Fik dh bgtau yg Fik pi berjimba ria kan... Nak tahu x Fik pi mn smlm? Hihihi.. Ada ke org yg nak tau ya? Smlm Fik pi Shopping kat Jusco Bukit Raja, Klang dan Sunway Pyramid. Hahaha... Smlm ada mood utk bershopping... lgpun sale smpena Chinese New Year x habis lagi. Jom kt tengok apa hasil  Fik bershopping smlm. hahaha... Bukan nak RIAK ok? Just nk kongsi jer....


1. Jam Tangan... Ni Fik dapat diskaun 20%.. Mula2 teman kawan, dia nak beli jam untuk hantaran tp Fik tgk jam ni terus tergoda. TERGODA ok...hihihi Jam ni sbb patent dia empat segi n simple. X suka yg serabut2. Nilah jam plg mahal yg Fik pnh beli. 


Smart x bila ia di pakai di pergelangan tangan Fik?


2. Kasut.. tetiba lalu kat 1 kedai tetgk kasut ni, mcm best jer. kbtulan kasut berjalan dah 2 thn x berganti. So apa lagi test n terus sambar. hihihi... 



3. Selipar.. Hahaha.. sbnrnya xde niat pun nk beli. Kbtulan member dapat voucher sbb voucher tu smggu je tarikhnya, So Fik apa lagi bllah, tmbh sikit je duit Fik.. hihi. Untung2. 


4. Baju.. Mula tgk baju yg di pkaikan kat patung yg warna merah tetiba selak punya selak terjmpa baju ni. kain dia sejuk n mmg dah lma fik cari design ni...


Ni lah rupa baju ni... Cantik x? hihihi... 

Tu lah 4 barang yang menyebabkan Fik mnghabiskan duit smlm. Alah klau x bl brg abis gak duit tu. Penat2 kerja, apa lagi bl lah kan. hahaha... tu je yg Fik nak kongsi ngan korang. Sapa leh teka brp duit Fik hbs smlm? tapi yg pntg semuanya di beli ada diskaun. Berbelanja berhemah...

P/S; Tak sabar nak bergaya dengan semua brg yg Fik bl ni. hihihi

Tuesday, January 24, 2012

Jom Berjimba Ria


Minggu ni Fik cuti seminggu tapi Fik x balik kampung sbb ada kerja DATA yg Fik kena buat. Takkan tiap2 hari nak buat kerja data je kan. Dah berpinar mata ni asyik duk tgk. Hari ni pi jalan2 kot, ada kot lak. hihihi. tgh tgu kawan ni datang jemput. Sambil2 tunggu sempat Fik berposing jap dgn Cik Camera Fik.. hihi... 


Haha ni fik tangkap sendr tau... hahah x crop pun gambar ni, hihihi.. 


tembamnya pipi Fik. Fik dah berjaya mengurangkan 1 kg... Nak kn usaha lbh lagi ni. 


X tahu lagi nak pi Berjimba di mana ni. Fik ikut je, org dah ajak jgn nak byk komen. hahaha... Hari ni bgn2 terus dengar lagu sedetik lebih.. like this song tp kecewa lah sbb bukan anuar zain yg nyanyi masa AJL nanti. Tp suara Jac pun best gak. Sapa sokong? hahaha... K.lah Fik msh menunggu ni.. 

P/S : Gunakan Cuti sebaik mungkin......

Monday, January 23, 2012

Happy......



Fik nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kawan2 Fik yg berbangsa cina. GONG XI FA CAI.

P/S: Menunggu angpau dan buah limau.

Sunday, January 22, 2012

SEGMEN: SIAPA KAWAN FB FIK? #MASRI


Abang MUDA ! Abang MUDA!... Tu lah panggilan dr seorg rakan FB Fik. Seperti yg Fik janjikan hari ni Fik akan perkenalkan lagi sorang kawan FB Fik dari Sabah iaitu MASRI..... 


Hensem x orangnya? MASRI ni juga dipanggil ACIK oleh rakan2nya. Nak tahu kenapa dia panggil Fik Abang Muda sbb Fik ckp Fik nmpk lagi muda dari dia.. hihihi. Jangan marah ya Masri.Masri ni suka tangkap gambar sendiri macam Fik juga. Tapi Fik xdelah sebanyak dia. hahaha. Seronok berkawan ngan dia ni, byk jg persamaan antara kami lagi2 bab AYAH ni. hihi. Masri ni cepat sensitif tp dia cpt sejuk, byk gak dia minta pendapat Fik. Dah mcm kaunselor dah ni. hihihi. 
Masri ni dah ada anak tau. 3 orang lagi. Haha Fik Tipu jer.... Masri suka budak2, sbb dia xde adik kot. Nak tau x Masri ni kerja apa? Dia pengurus salah satu cafe kat Kota Kinabalu. Mcm bos lah juga, hebat2. Seronok baca status dia kat FB, merungut ttg pekerjalah, tentang customerlah. Ingat ya Masri, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. ada gak kena cepuk ngan MASRI kang. hihi

Ni lak gambar MASRI bersama kawan2nya. Klau korang nak tau birthday MASRI satu hari je berbeza ngan Fik tapi dia still muda lagi dr Fik. Terpaksa mengaku tua... hahaha. Masa birthday fik thn lps Masri pnh pos hadiah kat Fik. korang crlah dlm blog ni Fik ada cerita. Thank u very much. Fik ada satu bnda nak bgtau Masri sbnrnya Fik x brp faham bila berbual ngan Masri kat tepon so Fik ssh nk ckp or balas pertanyaan Masri. Minta maaf ya dik... hihihi.. k.lah pd yg nak add masri leh search kat FB Masri SKN (Acik) or leh lawat blog dia www.masrilatarrang.blogspot.com. tp Masri ni jrg update. K.sekian utk minggu ni. Kt jumpa minggu depan lak.. (oopss esok dah kira minggu depan dah, siapa yg seterusnya, nantikan ok...)

P/S: Siapa nak belanja Fik pi Sabah sila angkat tangan...

Saturday, January 21, 2012

SEGMEN:SIAPA KAWAN FB FIK? #NURJIMAH

Assalammualaikum dan selamat bercuti semua..

Minggu ni Fik busy sgt2 dan klau korang perasan minggu lepas segmen Fik ni xde Fik update kan? Ada ke perasan ek @ hanya Fik yg berperasaan ya. Hihihi.. Fik minta maaf banyak2, dalam 2 minggu ni Fik banyak sangat kerja. Harap korang semua Faham ya. Untuk minggu ni Fik akan memperkenalkan seorang lagi kawan FB iaitu ..................


NURJIMAH HASSAN

Nurjimah ni berasal dari Sandakan, Sabah n sekarang menetap di Labuan. Fik x berapa ingat macam mana kenal Nurjimah ni tapi dia yang add Fik dulu. Dia ni muda lagi, jauh gak beza umur dengan Fik. Pangkat adik je dengan Fik. Klau korang nak tahu Nurjimah ni dah ada buah hati ya. AWAS kepada lelaki yg berniat nak mengorat ya, nanti BF dia belasah korang. 


Ni gambar dia ngan kawan2 dia, Nurjimah ni bila on9 Fb, klau Fik x tegur mesti ayat pertama dia "sombong ek". Hihihi... Selalu kami chat malam2 hari je. Sebab siang hari masing2 busy kerja. Ingat lagi dia pernah cakap yg Fik ni serius orangnya, takut dia nak tegur. Buat pe nak takut kan bukan ada kat depan pun, cuma chat kat depan laptop je. hihihi.

Nurjimah ni duduk kat Labuan bersama ngan family dia, so dia x suka sangat makan kat luar. Kiranya dia ni pandai masak lah kan..hehehe. Klau korang nak tahu Nurjimah ni teringin sangat nak pergi I-City kat Shah Alam ni. InsyaALLAH 1 hari nanti mesti tercapai impian dia ni. Sebelum Fik mengakhiri cerita mengenai Nurjimah ni, klau sapa2 yang nak add Nurjimah leh lah search kat FB dengan nama NURJIMAH HASSAN.

Esok Fik akan perkenalkan sorang lagi rakan FB Fik pastinya seorang lelaki dan juga dari Sabah.Minggu ni Minggu Borneo. Hihihi

P/S: Bila nak pergi Sabah ek?

Thursday, January 19, 2012

Kahwin vs Couple

Assalammualaikum dan Salam Malam Jumaat.....

Tadi terjumpa 1 video kat youtube...klau nk tgk just klik tp pastikan tekan pause kat lagu dlm blog fik ya ada kat sebelah kanan ni. Ada motif video ni... jom2....

PART 1




PART 2




P/S : Jom Kahwin..

Wednesday, January 18, 2012

Bilikku...

Assalammualaikum dan salam rabu semua...

BILIK Fik? Ni bukan bilik Fik kat rumah tapi Bilik Fik kat tmpat kerja. Biasalh bl jd Guru Data, data byk so knlh ada bilik utk disimpan. Cantik x? almaklumlh org lelaki yg mengemas. jom tgk lagi?


Ni pulak papan kenyataan yg ada dalam bilik Fik, tahun ni tahun kedua Fik duk dlm bilik ni. Tahun ni br ltk apa yg patut kat papan kenyataan ni. Tahun lps masih duk belajar lagi. Fik mmg x suka dgn Jawatan ni, tp knlh terima dgn hati yg ikhlas. Doakanlh Fik ek...


Gaya seorang guru data yg tgh berposing di biliknya. hihi. Bilik ni mmg best dah tp satu je yg x best sbb panas giler. InsyaALLAH harap2 dpt aircond lps ni. Sbnrnya bilik ni terltk di dalam bilik guru.


Alhamdulilah adalh perubahan sikit pd bilik ni berbanding tahun lps. wireless pun dh sampai ke bilik. sng sikit nk buat kerja. Semoga mndapat keberkatan... mudah-mudahan... amin...

P/S: Kerja data banyak lagi ni. x dapat nk balik kampung cuti raya cina ni. 

Monday, January 16, 2012

TAMBAH LAGI

Assalammualaikum dan Salam Isnin.....


Nampak x ada nm Fik kat atas tu? nsb baik jd AJK je. wlaupun x brp nak jawatan ni tp knlh terima. klau korang nak tau 1st time perlntikan AJK xde kn undi sbb bila lantik trs cadangan ditutup. nak gelak pun ada. Fik nk jd AJK tgkap gambar je lah. hihihi Klau nak tahu AJK kali ni semua satu kepala, harap dpt buat yg terbaik... best gak kn. hihihi

P/S: Nak wat aktiviti pe ya thn ni?

Sunday, January 15, 2012

TAHNIAH HOUSEMATE....

Assalammualaikum dan Salam Ahad....

Fik nak ucapkan Tahniah pada Housemate n His Wife...En Muhd Bukhori dan Puan Noratikah.


Sebab apa ya Fik nak ucapkan pada diorg? Cuba teka? Mesti ada yg tahu n ada yang tak tahu. Sebenarnya  Housemate Fik baru je bergelar ayah. Tahniah!!.. Nak tengok x gambar anak diorang berdua ni? Jom2..


Ni lah baby housemate Fik, comel kan... Ramai anak buah Fik tahun ni. hihi. Diorang dapat baby BOY... 


Dah buka mata, comelnya. Meh kat Uncle Fik.. Nama baby boy ni Muhammad Aqil Mustaqim bin Muhd Bukhori. Bestnya nama dia... Nak pgl apa ek? Mesti pgl Aqil kan...

Aqil bersama ibunya. Aqil dilahirkan pada 14 Januari 2012 pada pukul 5.30 pagi di Hospitak Besar Kuantan dengan berat 2.65 kg. Bersalin normal ok.. hihi. tu je yg Fik nak kongsi, kongsi kegembiraam housemate. 

P/S: Housemate dapat cuti seminggu + seminggu Cuti Tahun Baru Cina...