Followers

Monday, August 29, 2011

Menjelang Hari Raya.....

Salam semua... Hari ni Fik diberi kesempatan utk berblog. hehehe (pinjam broadband cousin). Sedar x sedar hari ni hari ke-29 kt berpuasa dan hari terakhir ramadhan tahun ni. Mesti skrg semua org tgh sibuk wat persediaan utk hari raya esok. Begitu juga dgn family Fik. Fik tlg sikit2 je. Raya thn ni 1st time wat rendang ayam.. hehehe.. Fik tlg kacau je. hehehe...ni kat bawah fik tlg sikit2 hehehe... Selamat Hari Raya semua... Tunggukan cite Fik seterusnya nanti. Semoga bergumbira di hari raya.





Nota kaki : Pada yg masih muda esok masanya kt kumpul duit raya.....


Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya....

Saya amier fekhry @ Fik ingin mengucapkan:

Selamat hari raya Aidilfitri...
Mohon maaf jika ada keterlanjuran bahasa,
kelantangan suara dan segala kesalahan
yang telah saya lakukan
Semoga berbahagia di hari lebaran.
Berhati-hati dlm perjalanan balik ke kampung.




Nota Kaki : Jap lagi nak blk kg. Mungkin lps raya br blh berblog.

Salam Ramadhan ke-26, hari ni Fik dapat kat hari raya dari ank murid, semuanya 100 % hasil buatan murid2 kesygn Fik. Sangat cantik dan bermakna kepada Fik. Terima Kasih anak2 ku. Jap lagi Fik akan blk kg. Doakan Fik selamat sampai k.



Nota Kaki: Ada juga yg sudi bg kad hari raya kat Fik. Sangat bermakna.




Duit Raya.....

Alhamdulilah hari ni hari terakhir bertugas di bulan puasa bg tahun ni. Dan ni tahun ke-3 aku diberi kesempatan utk memberi duit raya kepada anak murid yg aku ajar. Jumlahnya x seberapa pun. Tahun ni aku mengajar 3 kelas. Jadi semua jumlah anak murid yg aku ajar 17 orang. Aku bg duit raya jumlah yg sama tapi sampul raya ikut kelas. hehehe


4 Kasih (6 Orang)



4 Sayang (7 orang)


2 Sayang (4 Orang)


Nota Kaki : Rasa2 Tahun Ni aku dapat duit raya ke x ya?


Wednesday, August 24, 2011

Shopping Sakan.....

Hari ni kami bershopping sakan di Mydin Subang Jaya... Shopping waktu sekolah lagi. hehe... Shopping raya utk anak2 murid yg di kategorikan susah. Seramai 25 org murid + 2 org yg x dtg menerima sumbgn ini. Apa yg diorg dapat ya? Setiap orang bolaeh berbelanja RM 100. Apa yg diorg beli ya? Murid Lelaki apa lagi sepasang baju melayu,sampin,songkok, butang baju melayu dan sepasang kasut. Manakala murid perempuan pula, sepasang baju kurung, tudung, keronsang dan sepasang kasut. Masa membeli belah di Mydin kami di layan baik oleh staf2 mereka serta kami mendapat diskaun lagi. Thank U so much......



antara yang menerima sumbangan


model baru mydin


hasil shopping murid perempuan



hasil shopping murid lelaki


bergambar kenangan

Nota kaki : Thanks kepada yg memberi sumbangan.



Tuesday, August 23, 2011

Ole-Ole Orang Sabah.......

Hari ni dapat ole-ole dari org yg mengajar di perantauan.... Thanks bnyak2 coz msh igt kat Fik. Apa ya yg Fik dapat... hehehe... Butang baju melayu. Cantik sangat butang baju melayu mutiara. Jgn jeles ya siapa yg tgk. Fik akan bergaya ngan butang baju melayu ni di hari raya nanti. Kredit to Mr Mirza Amiro. Thanks alot.....



Nota kaki : Tahun ni dapat butang baju melayu, tahun depan mungkin baju melayu lak kot... hehehe...


Geng Buke Pose........

Salam ramadhan ke 23...... Sekejap je waktu berjalan. Tinggal seminggu je lagi bulan ramadhan akan sampai ke penghujungnya.. Fik nak cite sikit pasal geng2 masa Fik berbuka. Ni dah tahun ke-3 kami berbuka sama. Siapa lagi klau bukan Buk, Wan dan Kak Ma. Tahun ni kami diberi kesempatan lagi untuk berbuka bersama2. Lps berbuka siap je solat kami sama2 pi shopping untuk raya. Susah kan nak cari kawan2 yg sanggup teman kita berbuka pose hampir setiap hari kecuali hari minggulah.




Mungkinkah peluang ini akan ada lagi pada tahun hadapan? InsyaALLAH.. harap2 masih ada. Hari ni kami akan berbuka bersama2 lagi. hehehe...

Nota kaki: Rindu nak berbuka ngan kak ain gak.


Monday, August 22, 2011

Mood Hari Raya........

Salam Ramadhan ke-22..... Fik dah bermood raya skrg ni. Tgk Kat blog Fik, Fik dah pasang pelita, siang2 hari pun pelita tu masih x padam2 lagi. Fik juga dah psg lagu raya kat blog Fik ni. Bestnya kan.... Raya... Raya.... Raya..... teringat ms zaman kanak2 dulu ms raya lah seronok nak dapat duit raya, baju raya n makan kuih raya. Sekarang zaman tu dah berlalu, skrg giliran Fik lak kn bagi duit raya.

Dulu2 gak selalu dapat kad raya dr kawan2 , x kiralah ada yg pos, ada yg selik kat dlm meja kat sekolah ataupun dalam beg. Sekarang ni dah jarang dapat kad raya, dah 5 tahun rsnya, x dapat kad raya yang dapat cumalah msj ucapan raya. Xpelah, zaman dah canggih kan. Kt knlah ikut peredaran zaman. Hehe....... Apa2 pun, Fik skrg dalam mood raya. semoga semua terhibur dgn lagu raya yg Fik selitkan.



Nota Kaki : Korang pun psg lah lagu raya ya kat blog korang.....


Sunday, August 21, 2011

Apa Harus Kita Buat Klau Orang X Suka Kite?

Salam semua.... Fik nak tnya korang klau ada member or sedara or sesiapalah yg x suka kat korang. apa korang akan buat? Buat bodoh walaupun anda cerdik? Masih bercakap n berkawan ngan mereka ? Buang mereka dari hidup anda termasuk no tel,gambar diorang @ apa2lah? @ terus bersabar n buat macam tiada apa yg berlaku? Kadang2 kita tahu mcmn perasaan bila org x suka kita sbb kita pun ada juga perasaan x suka kat seseorg kan. btul X? jgn tipu ek. Fik tahu.... Bglah sikit komen korg kat topik ni. Klau ada yg sudi lah. hehehe...


Nota Kaki : Bulan pose kt kn byakkan amal. Tinggal 9 hr je lagi....





Saturday, August 20, 2011

Nostalgia Baju Raya........

Salam semua.... Kat bawah ni antara koleksi baju raya Fik.... x byk pun....


2007


2009


2010

Nota kaki: Baju raya 2011 ada x? tungguuuuuuuu........



Friday, August 19, 2011

Baju Raya....


Salam semua...... hari ni dah hari ke-19 kt berpuasa tinggal 11 hari je lagi kt akan merayakan hari raya aidil fitri. Korang semua dah bl baju raya ke? Tema tahun ni warna apa? Mesti korang ada tema keluarga masing2 kan. kalau tahun lps Fik bertemakan warna merah, tahun ni lak Fik punya baju melayu warna kelabu. Alhamdulilah Fik dah jumpa dah baju melayu yg warna kelabu tu. Nanti nak tangkap gambar byk2 dengan baju melayu tu. hehehe... Korang pun leh cerita, korang punya baju raya tahun ni warna apa.... just send kat komen ya...


gambar sekadar hiasan


Nota Kaki : Tahun ni kena cari baju melayu utk adik2 juga. hehehehe


Thursday, August 11, 2011

Afnan.........

Salam Ramadhan......Nak cite pasal berbuka pose lg... Ni cite smlm, sbb smlm Fik x sempat nak upload cite ni kat blog. Afnan? hehehe salah satu Restoran Thai yg famous kat Klang. Ni tempat wajib ktorg berbuka pose tiap tahun. Ktorg pi ber5, dpt gak Fik melepaskan rindu pada ikan siakap 3 rasa. tgk pakej berbuka pose bg tahun ni.


ada no tel tu. (silalah klau mahu try)



kak ma n wan bersama teh ais 1 jug... best2.



fik ngan kak intan



buk..


siakap 3 rasa ( my favourite)


daging masak merah

tom yam

ayam goreng kunyit

kailan ikan masin


Nota Kaki : Kami makan hingga menjilat jari

Monday, August 8, 2011

Alhamdulilah... Rezeki.


Salam Ramadhan semua.... Mesti rmai dah tahu psl title yg aku post ni. Rezeki di bulan Ramadhan yg mulia ni. Hari ni kerajaan umumkan bahawa Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Boleh lah bantu family utk buat persediaan hari raya ni. Syukran2...

Nota kaki : Pada mereka yg blum berkhidmat dgn kerajaan lg, nanti giliran anda akan tiba juga.

Sunday, August 7, 2011

Puasa ke-7

Salam ramadhan semua..... Hari ni dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Hari ni penuh cabaran bg aku berpuasa. Lps sahur makan ubat rasa demam dah kebah tapi sampai je lps zohor, badan aku kembali lemah. Makin teruk rupanya, 1st time buka pose makan megi je, itupun aku mengigil2 sblm tunggu waktu berbuka td. Lps je berbuka, meggi yg aku makan td keluar blk. aku muntah, dugan2. Rs nak nangis pun ada. Ya Allah, Kau Maha Besar, semoga ada hikmah di sebalik semua ini. ni lega sikit sbb mkn ubat. Harap2 esok sihat, esok dah kena kerja blk. Kawan2 doakan aku cpt sihat ya.

Nota kaki : Sorry, terguna perkataan aku hr ni.

Berbuka Puasa Di Kelab Golf

Salam Ramadhan semua.... Kejap je ms berlalu dah 6 hari kt berpuasa, hari ni Fik n geng sekolah berbuka pose kat Saujana Impian Golf Club area kajang. Seronok bl berbuka beramai2 tapi Fik kurang sihat,demam... jadi mood makan Fik pun terbatas lah. Xpe janji seronok bl tgk geng2 lain makan. Ktorg lbh kurang 30 org yg dtg berbuka kat sini. Ramai yg bw family lah. tapi 1 meja tu je yg pnh dgn geng2 bujang, mestilah meja Fik kan hehe... Menu special kat situ ialah kambing bakar. mmg berbaloilh buka pose kt situ. Fik pun xde mood sgt nak tngkap gambar. Kat bawah ni ada sikit pic utk tatapan korg.



meja bujang yg penuh dgn makanan...


penganjur program buka pose ni.. (kak ma n abg ija)
darin pun ada...


kak laila bersama 2 org anknya...



king....

jamil n din.... (kat dslr diorg byk pic)
fik with apek yg kuat makan. hahaha
(jgn marah ya azam)

Nota Kaki : Klau nak berbuka pose kat sini kn sihat br sedap makan.

Friday, August 5, 2011

Saya Segak Berbaju Melayu

sila klik klau mahu ke contest ini.

Salam ramadhan semua...Tiba2 terasa nak join contest, mcm menarik je kan.. Klau korang pun nak join just klik kat gambar atas ni. Syarat2 pertandingan dan hadiah yg menanti pemenang ada kat situ. Siapa ya yg buat contest ni? ownernya ialah mr.kucing's . seperti tajuk di atas mestilah aku ni seorg lelaki kan. hehehe.... nak tgk pic aku berbaju melayu?


Pic ni disnap pd thn lps, kat dlm bilik pemulihan di sekolah tempat aku mencari rezeki. sorry aku xde pic full berbaju melayu aku sorg2. So aku amik pic ni. Yg sebelah aku tu kak laila, cikgu sek tmpat aku ajar. Dia ni dah kawin ok, jgn nak sibuk tnya no phone kat aku ya. Nanti suami dia marah kat aku. Sebenarnya gambar ni di ambil selepas majlis sambutan hari kanak-kanak dan hari raya aidilfitri. Kiranya baju melayu ni baju raya aku thn lps. Baru brp kali je aku pkai baju melayu ni. Sebenarnya aku x lah suka sgt pkai baju yg berwarna merah, tapi bila beli baju ni nampak cantik dan selesa. Tu yg sayang nak pkai selalu. hehehe... Tu je lah cerita aku psl baju melayu ni. Segak x aku? heheh Jgn perasaan lah en fekhry..So apa lagi undilah aku. oppss igt AF ke. AF dah hbs lah. K.lah sekian cerita aku psl baju melayu ni. bye.....


Nota Kaki : Ptg ni aku akan pkai baju ni utk majlis berbuka puasa kat sekolah.