Followers

Sunday, March 31, 2013

Senyum x semestinya gembira....



Selamat malam semua... berteman lagu istikarah cinta ni. Fik nak ceritakan sesuatu yg dah lama ada di benak hati Fik. Fik memang seseorang yg sangat suka senyum. Bila sampai tempat kerja, Fik senyum jumpa kawan2 sekerja, jumpa anak2 murid, bergosip (ooopssss.....). Tapi di sebalik senyuman Fik tu, hanya Allah yang tahu. Sejak berdikari pergi tempat kerja sendiri ni, Fik akan sampai seawal kul 7 pagi. Fik akan termenung menunggu anak2 murid Fik habis makan pagi, diorg akan datang dekat Fik nak tengok apa yg Fik pakai, siap belek2 lagi. Seronok tengok kenakalan mereka bermain bersama kawan walaupun mereka tu ada kekurangan. Ya Allah, sangat gembira dengan anugerah yg kau kurniakan aku dengan menghantarku mendidik kanak2 yg bermasalah pendengaran ni.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya Fik sangat x happy, senyuman Fik itu untuk menghappykan org yg Fik sayang. Bila balik kerja Fik masuk bilik menghadap laptop, mencari bahan bacaan, bahan tontonan, kawan chatting. Itulah rutin harian Fik.Klau tidur pun, x selena dulu, hanya boleh tido 5 jam jer. kul 12 tido kul 5 automatik bangun. Masa Fik kat kg dulu, Fik de kawan yg sangat rapat yg sentiasa bersana Fik tapi sekarang dah x macam dulu. Dah 2 tahun x bersua muka, masa belajar dulu klau cuti mesti jumpa, mesti mesej skrg dah xde semua tu. Sangat rindu padamu wahai sahabatku. 

Banyak benda yg berlaku, awal tahun ni kehilangan atuk yg amat kusayangi. Masih teringat masa jaga dia, Fik x sabar, x layan kerenah arwah, padahal arwah tahu dia nak pergi dia saja buat macam tu supaya Fik ingat dia. Fik minta maaf apak. Fik x kuat apak. Bila jumpa org tua Fik mesti ingat apak, mesti airmata ni nak mengalir jer. Fik rindu apak.....

Masa Fik tahu yg sahabat Fik nak kawin, Fik sangat excited nk pergi tengok dia bersanding. Tapi bila balik dari kenduri kawin dia, Fik terus nangis sbb Fik dah xde kawan. Fik telah menzalimi dr Fik sendiri sebab x redha dengan ketentuan ilahi. Setiap hujung minggu Fik mesti tunggu kehadiran dia sbb Fik rasa sunyi sangat. Fik mesej tanya dia datang sini x, tiap2 minggu tanya sbb mengharap yg dia akan dtg. Maafkan Fik wahai sahabat, Fik tengah berusaha untuk tidak mengharapkan kehadiranmu.Alhamdulilah... sikit2 Fik dah redha. 

Sebagai seorang cikgu, Fik sangat happy bila ada anak murid yg rapat dengan Fik. Dah 4 tahun Fik mengajar mereka BM. Salah seorg daripada mereka sangat rapat dengan Fik, klau naik bas mesti cari tempat duduk untuk Fik tapi sekarang keakraban kami terbatas disebabkan seseorg. Dia nak rapat dengan Fik pun takut. Xpelah Fik redha... Fik sayang semua anak2 murid Fik....

Senyuman itu satu sedekah Fik untuk mereka. Fik sekarang betul2 kosong.. Xde perasaan untuk percaya pada sesiapa. Ntahlah.. Harap ada sinar daripadamu Ya Allah. 

P/S : Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa2ku, kedua ibu bapaku,adik beradikku, sedara maraku, sahabat2ku, teman2ku, anak2 muridku dan semua umat islam di dunia ini...

Saturday, March 30, 2013

SEGMEN LAGU FAVOURITE AKU

klik banner ini untuk ke segmen

Selamat tengahari semua... Fik nak join satu segmen yg dianjurkan oleh EYOY. Walaupun takde hadiah, Fik tetap nak join. Buat masa sekarang lagu FAVOURITE Fik ialah:




PUTIH-PUTIH MELATI
BY
ST12

Lagu ni Fik dengar sebelum dia glamour kat Malaysia lagi, terus Fik jadikan ringtone phone Fik. Dah lama gak lagu ni jadi ringtone. Lagu ni buat Fik rasa ceria, happy n sentiasa berfikiran positif. Harap 1 hari Fik akan buat satu video Bahasa Isyarat untuk lagu ni. Tapi lagu ni agak lajulah pulak. Doakan ya Fik leh buat.

Dengan itu Fik nak tag 3 orang rakan blogger Fik, diorang ni kadang2 timbul kadang2 x. Busy kot.


Pada korang bertiga, jomlah join segmen ni. Ingat kenangan2 bersama lagu korang.

P/S: Siapa yg baik hati pasti ku terima jadi isteriku... opsss melalut lak. hihihi

Friday, March 29, 2013

Menang Kali ke-4



Salam jumaat buat semua... Alhamdulilah rezeki di hari yg baik ni Fik dapat no 2 untuk contest header 2013 anjuran fan page XIAO XANDRIA... Header Fik yang kat atas tu lah yg membolehkan Fik memenangi contest ni. dgn seramai 145 org yg like header tu. Alhamdulilah.. Ni kali ke-4 Fik menang contest anjuran blogger, kali ni menang top up RM10 dan hadiah misteri. Top Up tu Fik nak hadiahkan pada mak Fik sbb Fik pkai line x leh nak guna top up tu. Hati bnyak gumbiralah hari ni... 

P/S : Bukan sbb hadiah Fik menang tapi sebab USAHA.

Wednesday, March 13, 2013

PEMENANG SEGMEN: DIRIKU ISTIMEWA



Setelah dinilai dan disenarai pendek, Fik telah memilih hanya lima orang yang join segmen ini layak untuk diberi hadiah.

SEORANG PEMENANG SHAWL



2 ORANG PEMENANG ION WATCH


&




2 ORANG PEMENANG NOVEL



&





KEPADA MEREKA YANG TERPILIH SILA SEND BUTIRAN DIRI KE EMAIL FIK amier_fekhry@yahoo.com.my dengan menyatakan nama, alamat, blog url dan no tel. (e-mail sebelum atau pada 17 MAC 2013). Thanks pada yg sponsor hadiah iaitu SYIRAH dan HAFFIZ.

TAHNIAH PADA YANG TERPILIH SEBAGAI PEMENANG. FIK MINTA MAAF JIKA TERDAPAT SALAH KATA PADA SEGMEN YANG FIK BUAT NI. HADIAH YANG LEBIH FIK AKAN BAWA KE CONTEST FIK YANG SETERUSNYA BERMULA HUJUNG MINGGU NI. TERIMA KASIH PADA YG JOIN. 

Monday, March 11, 2013

TAMAT AKHIRNYA SEGMEN: DIRIKU ISTIMEWA



Tepat jam 11.59 malam tadi (10 MAC 2013) maka tamatlah SEGMEN : DIRIKU ISTIMEWA. Walaupun x ramai yg join tapi Fik seronok sebab de juga yg join segmen Fik ni. Kat bawah ni adalah link2 mereka yg join segmen Fik: 


JIKA ADA LINK KORANG YANG TAK TERSENARAI SILA BERITAHU FIK YA...

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA HARI RABU PAGI.

SABAR YA.. (FIK BUSY SIKIT SEJAK AKHIR2 NI)

IN SHA ALLAH NEXT CONTEST AKAN MUNCUL PULA. 
SIAPA NAK JADI SPONSOR BOLEH PM FIK..

Thursday, March 7, 2013

SEGMEN: DIRIKU ISTIMEWA




Salam ahad buat semua... Sejak 2009 Fik berblog x sempat nak buat segmen yang bagi hadiah kat sesiapa. So, hari ni Fik nak buat satu SEGMEN iaitu SEGMEN : "DIRIKU ISTIMEWA".

SYARAT PENYERTAAN :

1. Tulis satu entry yang bertajuk "SEGMEN : DIRIKU ISTIMEWA"
3. Ceritakan apa keistimewaan tentang diri anda berbanding orang lain. Contohnya : Fik pandai berbahasa Isyarat. Tulislah dengan penulisan dan ayat yang menarik supaya dapat memikat hati hakim... hihihihi. 
4. Letak link entry korang kat bahagian komen entry ni.
4. Follow blog ni : Fik, Syirah & Haffiz
5. Like Fan Page ni : Fik, Syirah & Haffiz.
6. Follow twitter : Syirah.
7. Add Fb : Fik & Syirah.

(semua syarat perlu dipatuhi ok dan pada yg xde akaun twitter still blh join dan anda x akan di potong markah)

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA :

2 x Shawl  (sponsor by SYIRAH)
2 x ION Watch (sponsor by HAFFIZ)
3 x Novel (sponsor by Fik)
1 set sudu
Tuala
Kerongsang 
dan mungkin ada lagi yg lain sebab Fik tengah cari sponsor.

TARIKH PENYERTAAN :

Mula 24 FEB dan akan Tamat pada 7 MAC (pukul 11.59 p.m)
Oppss... SEGMEN ini dilanjutkan sehingga 10 MAC 2013 (last 11.59p.m)

P/S : Pemenang akan dipilih berdasarkan penulisan yg menarik dan keistimewaan diri.