Followers

Sunday, March 31, 2013

Senyum x semestinya gembira....



Selamat malam semua... berteman lagu istikarah cinta ni. Fik nak ceritakan sesuatu yg dah lama ada di benak hati Fik. Fik memang seseorang yg sangat suka senyum. Bila sampai tempat kerja, Fik senyum jumpa kawan2 sekerja, jumpa anak2 murid, bergosip (ooopssss.....). Tapi di sebalik senyuman Fik tu, hanya Allah yang tahu. Sejak berdikari pergi tempat kerja sendiri ni, Fik akan sampai seawal kul 7 pagi. Fik akan termenung menunggu anak2 murid Fik habis makan pagi, diorg akan datang dekat Fik nak tengok apa yg Fik pakai, siap belek2 lagi. Seronok tengok kenakalan mereka bermain bersama kawan walaupun mereka tu ada kekurangan. Ya Allah, sangat gembira dengan anugerah yg kau kurniakan aku dengan menghantarku mendidik kanak2 yg bermasalah pendengaran ni.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya Fik sangat x happy, senyuman Fik itu untuk menghappykan org yg Fik sayang. Bila balik kerja Fik masuk bilik menghadap laptop, mencari bahan bacaan, bahan tontonan, kawan chatting. Itulah rutin harian Fik.Klau tidur pun, x selena dulu, hanya boleh tido 5 jam jer. kul 12 tido kul 5 automatik bangun. Masa Fik kat kg dulu, Fik de kawan yg sangat rapat yg sentiasa bersana Fik tapi sekarang dah x macam dulu. Dah 2 tahun x bersua muka, masa belajar dulu klau cuti mesti jumpa, mesti mesej skrg dah xde semua tu. Sangat rindu padamu wahai sahabatku. 

Banyak benda yg berlaku, awal tahun ni kehilangan atuk yg amat kusayangi. Masih teringat masa jaga dia, Fik x sabar, x layan kerenah arwah, padahal arwah tahu dia nak pergi dia saja buat macam tu supaya Fik ingat dia. Fik minta maaf apak. Fik x kuat apak. Bila jumpa org tua Fik mesti ingat apak, mesti airmata ni nak mengalir jer. Fik rindu apak.....

Masa Fik tahu yg sahabat Fik nak kawin, Fik sangat excited nk pergi tengok dia bersanding. Tapi bila balik dari kenduri kawin dia, Fik terus nangis sbb Fik dah xde kawan. Fik telah menzalimi dr Fik sendiri sebab x redha dengan ketentuan ilahi. Setiap hujung minggu Fik mesti tunggu kehadiran dia sbb Fik rasa sunyi sangat. Fik mesej tanya dia datang sini x, tiap2 minggu tanya sbb mengharap yg dia akan dtg. Maafkan Fik wahai sahabat, Fik tengah berusaha untuk tidak mengharapkan kehadiranmu.Alhamdulilah... sikit2 Fik dah redha. 

Sebagai seorang cikgu, Fik sangat happy bila ada anak murid yg rapat dengan Fik. Dah 4 tahun Fik mengajar mereka BM. Salah seorg daripada mereka sangat rapat dengan Fik, klau naik bas mesti cari tempat duduk untuk Fik tapi sekarang keakraban kami terbatas disebabkan seseorg. Dia nak rapat dengan Fik pun takut. Xpelah Fik redha... Fik sayang semua anak2 murid Fik....

Senyuman itu satu sedekah Fik untuk mereka. Fik sekarang betul2 kosong.. Xde perasaan untuk percaya pada sesiapa. Ntahlah.. Harap ada sinar daripadamu Ya Allah. 

P/S : Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa2ku, kedua ibu bapaku,adik beradikku, sedara maraku, sahabat2ku, teman2ku, anak2 muridku dan semua umat islam di dunia ini...

5 comments:

  1. Bila balik kerja Fik masuk bilik menghadap laptop, mencari bahan bacaan, bahan tontonan, kawan chatting.. i think tu kena ubah sikit kot.. u should have social life a bit..dari situ,Fiq boleh jumpa kwn2 baru...

    ReplyDelete
  2. Erm cikgu Fik, sy kehilangan kedua2 atuk nenek masa kecik.. arwah meninggal sblm sempat sy tatap wajah mereka lg.. doakan yg terbaik utk orang tua kita disana.. :')
    sy pernah rasa kehilangan kwn hampir setiap tahun, dan kwn yg paling kita rapat pulak tu.. sedih mmg tak payah ckp, tapi sy selalu cari jalan utk dapat kawan baru.. mcm skrg, sy ada kwn2 blog.. sy rasa seronok sgt.. sy kena bersedia yg satu hari nanti, saya takkan dapat rasai 'aura' berkawan dgn blogger2 mcm skrg ni lg.. jadi redha itu perlu, maaf panjang bebeno lak taipnya.. :)

    ReplyDelete
  3. kita kena biasakan diri dengan keadaan bila masa kita akan mula rasa kehilangan....kita kena ingat setiap apa yang kita ada ni semua pinjaman Allah...

    Sally pun sokong kak Nina...Fik kena mula cari kawan-kawan yg baru...yg boleh hiburkan Fik :)

    ReplyDelete
  4. too much challenges yang fiq face kan.. sabar fiq. everything has its own reasons. Mungkin ada yang lebih bak untuk fiq nanti

    ReplyDelete

Orang yang Comel