\
Salam 1 April semua... Sehari sebelum cuti sekolah hari tu adalah seorang cikgu bola jaring datang berjumpa dengan Fik dan dia cakap Fik kena tolong dia jadi PENGURUS PASUKAN untuk team bola jaring sekolah yang disertai oleh murid perempuan. Fik cakap BIAR BETUL? Dia cakap memang betul sebab bila tengok2 cikgu2 bola jaring semua pregnant dan yang lain2 cikgu perempuan busy sikit dengan kerja masing2. Fik cakap ok jer...Tapi dalam hati banyak yg Fik fikir... Malu lah pulak sebab mesti ramai cikgu perempuan yg datang esok, harap2 adalah cikgu lelaki...
Sebenarnya Fik ada pengalaman bermain bola jaring untuk team lelaki masa di UPSI dulu, jadi GK di sebabkan ketinggian Fik diorg pilih, atas niat membantu kawan2 Fik joinlah. So pengalaman tu adalah sikit. In Sha Allah esok akan jalankan tugas dengan sebaik mungkin. So esok Fik xde kat sekolah lah. Kebetulan esok pemantau nak datang, so Fik terselamatlah dr pemantauan itu. hihihihi...
Doalah ya Fik x malu esok ya kawan2... susah2 sangat esok Fik xyah cakap just bahasa isyarat jer. hihihi
P/S : SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)
No comments:
Post a Comment
Orang yang Comel