Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa......


Selamat Berpuasa...
Semoga Ibadah Puasa Kita di Berkati OlehNYA....

Layan Captain America: The First Avenger


Salam semua... Semalam Fik pi tgk wayang, dah lama x tgk baru smlm berkesempatan. Sebenarnya Fik ni x suka sgt ngan cite omputih ni. Semalam member ajak Fik join je lah. Tapi mmg puas hati lah. Fik bg 5 bintang. Seronok gak lyn cite mcm ni sekali sekala. Dlm cite tu org yg kecik dan x layak jd askar leh bertukar jadi tinggi n bertubuh sasa. mmg x logik, tp nm pun cite kan. Sapa yg x tgk lagi, Fik sarankan korg pi tgk. Smlm mmg penuhlah . Cayalah... Lps ni nak tunggu kemunculan cite Captain Malaysia. Fik jd pelakon utama boleh x? hahahaha...... Pelakon utk anak2 murid ku. hehehe....





Nota kaki : Dapat release bosan....

Sunday, July 24, 2011

Hidupku Kosong..........

Salam semua.... Fik rs sangat kosong hidup ni skrg. Ntahlah. Hari2 dgn aktiviti yg sama. Hujung minggu pun sama. Kawan? Mana lah kawan2 Fik. Semua dah x mcm dulu. Fik sunyi, Fik sepi. Tapi x tahu nak ckp kat sapa. Rasa nak jerit je tp siapa yg nak dengar. Bosan sangat2, kawan rapat dah pergi. Fik msh mcm ni, x happy. Bila tiba hujung minggu, Fik ternanti kelibat kawan2 yg nak ajk Fik kuar. Berangan nak pi tgk wayang, main boling tapi kesudahannya Fik masih sorg gak. Kenapa aku begini ya. Mungkinkah Fik dah ditakdirkan utk tidak mempunyai kawan dari waktu Fik kecik sampailah sekarang.

Pernah masa Fik bersekolah dulu, Fik di pulau oleh rakan2 x tahu apa sebabnya. Ntahlah. Fik pun x tahu. Dah tertulis nasib Fik mcm ni. Tahun ni Fik betul2 sepi, sunyi. Ibarat Fik sorg je kat dunia ni. Ramadhan hampir tiba, Fik knlah sedia bila kena berbuka n bersahur sorg dr. Tabahkanlah diri ku ini. Harap 1 hari nanti kebahagian akan bersama dengan Fik. Amin...........

Nota Kaki: Kawan2 Doakan Fik ya....

Friday, July 22, 2011

Perkhemahan Alam Semulajadi Murid Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan

Salam semua... Selamat berjumpa kembali, dah lm x update blog sorrylah ya. Fik seminggu pi camping dan bila blk camping byk kerja tertangguh perlu di selesaikan. Penat2 tapi tanggungjawab kan. ni Fik nak kongsi sikit cite psl Fik pi camping. Walaupun Fik berat hati nak pi tapi Fik dah pun selamat pergi dan selamat kembali. Selama 5 hari Fik bercamping di Pusat Kepimpinan Pelajar Mara di Lenggong, Perak. Kiranya Fik guru pengiring kpd 2 org anak murid Fik yg cacat pendengaran n kami adalah antara yg mewakili negeri Selangor. Moh jengok antara akt yg ada ms kat camping ni…….


1st Day

Pendaftaran (ni lah 2 org ank murid yg aku bw)


pasang khemah & hasilnya...
.
.
.
.

2nd Day


senamrobik



kayak



berbasikal (aku pun kn naik basikal )


naik basikal sampai ke Muzium Lenggong


Nature Games


Flying Fox


3rd Day (lawatan)


Muzium Taiping


Eco Matang Kuala Sepetang

Zoo Taiping

Nama Kami Sama...... 3 Fikri

Buat kenangan


4th Day

Karya Alam

Pertandingan Sukan Rakyat

Kenangan bersama team Selangor...

Persembahan Kebudayaan


5th Day

Majlis Penutup

Balik.........

Nota Kaki: Enjoy sgt ..... Kenangan Terindah. (kena cerahkan balik kulit lps ni)

Sunday, July 10, 2011

K.E.C.E.W.A

Asssalammualaikum dan Selamat Hujung Minggu pada semua... Fik nak minta maaf sbb dah lama fik x update blog ni. Busy + banyak perkara yg menyedihkan Fik. Fik x leh nak fokus tulis dalam blog ni. Sorry ya semua. Skrg fik dah ok skt. Tapi baru2 ni Fik kecewa sangat, Fik dah rancang nak blk kg tapi last2 x jadi. Fik nak blk kg nak pi kenduri kawin kawan baik Fik. Tp itu bukan yg utama Fik nak jumpa family Fik. Nak jumpa mak, ayah, atuk, dan adik2. Tiba2 Fik rindu sgt kat diorg. Wahai hatiku, ko jgn sedih lagi. Sekarang ko dah tahu kan siapa sbnrnya kawan. Kawan ialah org yg bila kt happy akan sentiasa bersama kt tp bila kt perlukan pertolongan lari dari kita. Sahabat ssh betul mahu di cari.

Wahai hati...cerialah kembali. Mungkin pengorbanan untuk kali ini ada hikmahnya. Itulah kata2 seorg kakak kpd adiknya, walaupun Fik bukan adik kandungnya. Terima kasih byk2 kerana selalu mendengar rintihan fik ini. Terima kasih juga kpd sahabat FB Fik yg juga memberi kata2 yg membuat fik bertambah kuat. Thanks Hawis,,,,,, Thanks Izzah..... Thanks Wani........ dan x lupa juga kepada adik Fik Zam. Terima Kasih byk2. Fik juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 sekerja yg memberi kata2 peransang. Memberi kekuatan kepada ku. So sekarang aku redha. Redha demi pekerjaanku, redha demi tanggungjawab ku. Kepada mereka yg terasa apa yg Fik pos kat FB, Fik minta maaf byk2. Fik bukan nak buat anda terasa tapi Fik betul2 kecewa di saat Fik perlukan pertolongan anda, anda tidak membantu. Doakan Fik selamat ya. Jika ada umur yg pnjang kita berjumpa lagi.....

Nota Kaki: Ahad-Jumaat (10-15/7/2011) Fik pi camping....... See u next week.