Followers

Monday, April 30, 2012

WHY?


Salam Ukhwah buat semua.... Hampir setiap hari Fik melawat blog DIA... WHY? KENAPA ya Fik wat macam tu? Setiap kali Fik menjenguk pasti air mata nak mengalir. Ya Allah berilah aku peluang untuk menikmati kehidupan seperti insan lain. Kau pertemukanlah aku dengan insan2 yang baik. Mungkin sukar utk melupakannya tapi hidup Fik mesti diteruskan.. Semoga Allah sentiasa bersama Fik... Fik harap DIA bahagia bersama org yg DIA sayang... 

Sunday, April 29, 2012

Happy Birthday & Sayonara


Salam Hujung Minggu buat semua... Hujung minggu korang wat per? Fik teman best friend cari brg keperluan untuk perkahwinannya x lama lagi. Tapi bukan nak cite pasal best friend, Fik nak citer apa yg jadi pada hari jumaat baru ni. Hari jumaat baru2 ni sekolah Fik ada wat sambutan hari jadi bagi murid yang lahir dari bulan januari hingga mac dan juga majlis perpisahan guru pelatih dari IPGIK. 


Ni Ahmad Izzul Iman @ Iman yang lahir pada 10 Januari 2001 merupakan salah sorang anak angkat yg Fik dapat dan Fik diamanahkan menjaga dan membantu jika terdapat apa2 masalah pada Iman. Fik x pernah ajar Iman tapi kenallah ngan perangai Iman ni.


Fik ada bagi sesuatu utk Iman iaitu sesuatu yang berguna dalam proses P&P.... Harap Iman hargai hadiah yang cikgu bagi ya. Belajar rajin2 ya Iman.


Ni pulak gambar guru-guru pelatih yang membuat praktikal selama 3 bulan di sekolah ni. Fik doakan diorang akan jadi guru yang baik, sedia hadapi apa2 rintangan dan sentiasa bersemangat mendidik anak bangsa. Fik juga nak minta maaf ngan korang semua mana tahu terlepas cakap ke, terkutuk, terpaksa dan sebagainya. Teruskan Perjuangan... 

P/S : Esok kembali menjalankan tugas setelah 3 bulan bersenang lenang. hihihi

Tuesday, April 24, 2012

Lawatan Oh Lawatan...


Jangan duk jeling lama tgk gambar kat atas tu.. hihihi.. Ni lah antara cikgu2 SKPKS yg sempat bergambar sebelum bertolak ke Muzium Negeri.. Akak yg duk cekak pinggang tu lah perancang utama lawatan ini dan Fik terpilih utk turut serta... Tepat kul 10.00 pagi kami semua menaiki bas dan sampai lbh kurang pukul 10.10 minit pagi. Fik dan seorang pembantu pengurusan murid adalah 2 jejaka idaman melaya yg turut mengiringi murid.. *perasan lak.. hahahaha.


Dah sampai muzium mereka diberikan tugas untuk menjawab beberapa soklan. bukan duk tengok2 saja ya... 


1 Malaysia....


Fik bersama murid2 lelaki...


Ni lak bersama puteri2 hatiku... cewah..


Pandai diorang wat barisan nak tangkap gambar..


Ni lak dua orang murid yg sangat rapat dengan Fik, Fadzli Naim dan Naim...


Excited diorang nak bergambar kat sini... sampai yg gambar perempuan pun diorang sapu...


Kat lukisan pun diorang excited....

  
Masa untuk balik... Banyak info yang diorang dapat tadi dari melawat muzium.. Meh lah ramai2 pakat2 pi muzium negeri Selangor. Seronok walaupun penat berjalan..

P/S: Next lawatan jangan lupa bawa Fik lagi... hihihi

Sunday, April 22, 2012

Weekend saya.. Weekend anda macamana?

Fik baru selesai menjamu mata dan halwa telinga dengan nyayian dari program MENTOR di TV3. Not bad.... Walaupun Fik x mempunyai kesedapan menyanyikan lagu tapi Fik confiden jer bl nyanyi...  Korang wat pe je hari ni? Fik hari ni layan sebuah movie yg dah tak ditayangkan di pawagam iaitu 7 Petala Cinta... Cinta ni buat Fik menangis, x th knp? Sebab ada part2 tu yg buat Fik tersentuh.. Kadang2 best gak layan cite2 mcm ni sorg2... Petang tadi guru2 pelatih yg tinggal seminggu jer lagi praktikal di sekolah ajak Fik kuar berkayak.. Fik x pernah pun berkayak n niat Fik ikut bkn nak berkayak tetapi nak snap gambar jer.... Meh tgk apa yg jadi ...

Haha... kami bukan berkayak tapi berBOT.. hihihi... Kayak ramai sgt org so semua wat keputusan naik bot jer...  

Muka ceria bila berBOT.. Merosakkan bahasa btul lah... Menaiki bot ok... walaupun yg depan n yang belakang sekali frust giler.. yg tgh2 tu cool jer.....

Ni lah muka orang paling kecewa sebab x dapat berkayak.. xpe2 lain kali datang lagi ya tuan puteri...

Lepas menaiki bot apa lagi terjah makanan lak... lapar giler... kami pi restoran ADAM LAI di Seksyen 15 Shah Alam... Chinese Muslim Food....




Boleh tahanlah makanan kat sini sbb harganya pun leh tahan.. seronok2. Jrg buat aktiviti di petang hari...

Tu lah aktiviti Fik utk hari ni... Seronok bila kuar ramai2. Boleh meriuhkan suasana... 

P/S : Lepas ni bilik guru dah x ramai penghuni....

Wednesday, April 18, 2012

Selamat Ulang Tahun Ole-ole Super Bowl Shah Alam



Happy Wednesday Buat Semua....Hari ni merupakan Ulang Tahun Ole-ole Super Bowl Shah Alam yang ke-4 tahun... Happy Birthday!!... hihihi Klau korang nak tahu kat sinilah tempat Fik selalu main bowling, hampir setiap minggu n dah x terkira dah berapa ringgit menghabiskan duit utk permainan yg Fik sukai ini. Hari ni Ole-ole Super Bowl ada wat offer RM3 utk 1 game sepanjang hari ni. Sempat lagi pada sesiapa yg nak pi main ni sbb Ole-ole super bowl ni tutup kul 1 pg.. td Fik dah pi main 6 game.. Puas hati... anda bila lagi? cepat2.. hihi

P/S : Daripada 6 game Fik mng 4 game. yahoo.... purata 1 game 148 mata... 

Tuesday, April 17, 2012

SIAPA CAKAP CIKGU X BOLEH JADI ARTIS?


Salam 1 Malaysia buat semua.... Semalam sebelum habis waktu bekerja PK1 beritahu Fik yang esok ada org datang dan Fik salah sorang yg terpilih untuk dilihat P&P... Terkejut gila sebab klau korang nak tahu org yg nak datang tu sebenarnya nak buat rakaman sempena Sambutan Hari Guru x lama lagi.. So, pg tadi adalah sesi shooting sikit n mmg ternyata Fik kena. Nasib dah buat persiapan sikit di bantu oleh 2 orang protegeku.. Terima kasih byk2. Ada yg jeles x? hihihi.. Bukan senang nak dapat peluang ni..


Bukannya nak giler glamour tapi mengikut arahan dari pihak pentadbir sekolah. So, x yah nak berangan klau muka Fik ni nak masuk TV. Klau masuk itu bonus supaya ramai yg mengenali dunia pendidikan murid2 cacat pendengaran ni. 


Wah semangat sungguh Fik mengajar. hihihi. Sebenarnya mengajar murid2 istimewa ni perlukan ekspresi muka selaras dengan isyarat tangan supaya murid lebih faham.

Sekali sekala macam terasa tengah shooting slot akasia... Nantikan ya di TV3 x lama lagi.. Berangan lah ko Fik.. hihihi

Siapa cakap cikgu x boleh artis. Artis ke arah kebaikan, bukan nak glamour ok. InsyaALLAH klau xde muka Fik msk TV biarlah muka anak2 murid Fik yang masuk. Apapun pengalaman hari ni Fik xkan lupakan sampai bila2. Thanks....

P/S : Rasa2 ada x yg nak mintak autograf ni.. Poyolah Fik ni.....

Sunday, April 15, 2012

DOODLE COMEL



Salam hujung minggu buat semua... Sorrylah Fik on off on off update blog.. Kadang2 kebuntuan idea n kadang2 malas. hihihi... Jangan ikut tabiat yg x baik ni k.. Oklah hari ni Fik nak kongsikan korang dengan satu blog yang menghasilkan doodle yang menari, tertarik comel dan daboom... hihihi terover lak. Klau nk pi tgk doodle yg banyak tu just klik kat banner atas ni..Tukang buat doodle yg comel ni lebih dikenali dengan nama APIT... mmg comel hasil doodle dia n orangnya masih muda.. Meh Fik kongsikan sikit doodle buatan APIT ni...


Doodle Remaja Lelaki

Doodle Lelaki Korea


Doodle Lelaki Berbaju Melayu


Doodle Muslimah Comel


Doodle Perempuan Berskirt


Doodle Couple Main Tarik Tali


Doodle Couple Comel


Tu lah antara doodle hasil ciptaan APIT ni. Sangat COMEL... betul x? Klau korang nak tau setiap ciptaan doodle ni byk pilihan warna yg korang blh pilih. N korang gak leh wat tempahan doodle. Kadang2 APIT ada wat contest dan yg join dapat doodle ciptaan APIT. So awesom.... APIT, Fik dah promosi ni. Leh lah bg satu doodle free utk Fik... hihihi... K.lah ni je yg Fik nak kongsi ngan korang... Klau nk tgk doodle yg cantik2 terjahlah blog APIT ni.. Selamat BLOGWALKING....


P/S : Assalamualaikum kat atas tu pun hasil air tangan APIT....

Wednesday, April 11, 2012

CUTI OH CUTI.....


Alhamdulilah hari ni rakyat Malaysia bercuti.. dapatlah berehat dan tido lebih lama.... Hari ni GENG GURU PELATIH ajak pi berkayak tapi akhirnya terpaksa dibatalkan kerana hujan. Plan B ialah bermain bowling... Gambar kat atas tu ialah anak murid Fik.. Fik ajak diorang join sama main bowling.... kedua2nya x pernah main bowling n mereka teruja lah juga bila main. Seronok bila tengok diorang main. Kebetulan kedua2nya Fik ajar diorang BM. Yang sebelah Fik tu namanya Fauzan dan sorang lagi Naim. 


Ni lah antara GURU PELATIH yang join main bowling tadi. Kitaorg main start kul 3.15  dan habis kul 5... Sebenarnya hampir sejam duk tunggu turn. Akhirnya turn kami pun tiba. Ingatkan bila hari cuti orang ramai duk berehat kat umah. Rupanya orang ramai spend time pi main bowling n jalan2 ngan Family masing2. Ok meh nak kenalkan diorang yg tudung hitam tu cikgu Fatimah, sebelahnya cikgu Amirah n yg pakai spec tu cikgu Iryana. Diorg ni sporting giler, happy dapat kuar ngan diorang td. Kitaorang main ber8 tadi plus 1 orang lagi jadi penonton. Gambar yang 3 orang lagi x sempat nak snap sbb bila main dah lupa nak tangkap gambar.


Naim VS cikgu Amirah... Sangat happy bila tgk diorang main tadi. Ke longkang? ke belakang ? semua versi ada.... Naim ni boleh dengar n cakap sikit2 n tambah2 lagi dia hensem hihihi.... Klau dia baca ni mesti dah kemabang hidung dia...


Ni pulak cikgu Iryana VS Fauzan... Anak murid tinggi dari cikgu da.... Fauzan ni pemalu sangat budaknya. Lagi2 dengan cikgu perempuan. Tapi dia ni byk peningkatan n cepat belajar. Macam main bowling tadi, nyaris nak mengalahkan cikgu2. So P&P bowling kami tercapai tadi. Hihihi... Next time Fik akan bawa murid2 yang lain lak klau berkesempatan... 

P/S : Seronok dapat main sukan yang diminati.

Tuesday, April 10, 2012

CAYALAH BIRU........



Salam SELASA buat semua..... Petang tadi selesailah sudah KARNIVAL PERMAINAN bagi tahun 2012.. Klau korang nak tahu ni tahun ke-2 Karnival Permainan ini diadakan. Ia terbahagi kepada 3 jenis acara sukan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring dan Badminton. Bagi Bola Sepak dan Bola Jaring guru umah sukan blh terlibat sama iaitu hanya seorang bagi setiap game dan syaratnya guru tidak boleh menjaringkan gol. Fik nak tunjukkan senarai pemenang bagi setiap acara permainan.

BOLA SEPAK

PERTAMA : RUMAH BIRU
KEDUA : RUMAH HIJAU
KETIGA : RUMAH MERAH

BOLA JARING 

PERTAMA : RUMAH BIRU
KEDUA : RUMAH HIJAU
KETIGA: RUMAH MERAH

BADMINTON (PERSEORANGAN LELAKI)

PERTAMA : HAZMAN (RUMAH BIRU)
KEDUA : FADZLI NAIM (RUMAH MERAH)
KETIGA: ARIFUDDIN (RUMAH HIJAU)

BADMINTON (PERSEORANGAN PEREMPUAN)

PERTAMA : AAMEYRA (RUMAH BIRU)
KEDUA : FATIN FARHANA (RUMAH BIRU)
KETIGA : ATIRAH (RUMAH BIRU)

BADMINTON (BERGU LELAKI)

PERTAMA : FADZLI/SUDIRMAN (RUMAH MERAH)
KEDUA : KISHORK/FATIH (RUMAH MERAH)
KETIGA : HAZMAN/FAUZAN (RUMAH BIRU)

BADMINTON (BERGU PEREMPUAN)

PERTAMA : AAMEYRA/FATIN FARHANA (RUMAH BIRU)
KEDUA : ARISYA/ALYA (RUMAH HIJAU)
KETIGA : SYAKIRAH/AMRINA (RUMAH MERAH)

Alhamdulilah, Fik selaku guru umah biru sangat berpuashati dan terima kasih kepada semua guru rumah biru. Cayalah rumah biru. harap2 kita akan meneruskan apabila kejohanan sukan pada bulan 7 nanti... caiyok2..

P/S : Alhamdulilah esok leh berehat kat umah.. esok cutiiiii....

Monday, April 9, 2012

Tak Sangka


Salam Isnin buat semua..... Ada orang jeles x tgk picture kat atas tu? hihihihi.... Ni adalah  sijil ke 2 yang Fik dapat pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Record. Kedua2 sijil yg Fik dapat dari Persembahan Koir Kod Tangan. Alhamdulilah....... Sijil ni sebenarnya hasil persembahan Koir Kod Tangan tahun lepas yang diadakan di Lumut, Perak. Iaitu Persembahan Koir Kod Tangan yang teramai iaitu seramai 241 orang. Fik salah sorang dari 5 cikgu yang conduct persembahan. Memang pengalaman yang manis.... rezeki mengajar kanak-kanak istimewa... Thank U ALLAH....

P/S : Tersenget lah pulak kad tu....