Followers

Tuesday, May 29, 2012

Bertukar Status....


Selamat bercutu buat semua pendidik dan juga anak murid.... Masa cuti sekolah ni lah juga Fik banyak mendapat undangan Majlis Perkahwinan. Tapi tahun ni agak special bagi Fik sebab 2 orang best friend Fik akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh yang sama iaitu 30 Mei 2012 (tinggal sehari je lagi).. Kedua2 best friend Fik ni akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka di kelantan. Esok Fik akan bertolak ke sana.. Nak tahu sapa best friend yg Fik maksudkan tu... 


Faizul akan melangungkan perkahwinan dengan gadis idaman yg dikenalinya di Universiti dulu Ana yang juga orang kelantan. Faizul ni selalu teman Fik bila hujung minggu sbb dia kerja jauh sikit dari Shah Alam. Dia juga merupakan bekas housemate Fik. Fik byk gak teman dia pi cari barang hantaran, buat kad kawin n macam2 lagi. Fik ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia..


Ni sorang lagi best friend Fik yang akan bertukar status dari Cik kepada Puan iaitu Wan.. Dia bakal menjadi isteri kepada Iwan yang berasal dari Johor. Wan ni posting sama dengan Fik. Klau korang nak tahu tinggal Fik sorang je yg tak kawin lagi dari geng sama posting.. Wan ni banyak gak tolong Fik. Harap2 lps dah kawin ni boleh minta tlg lagi. Hihihi.. Selamat menempuh alam rumah tangga ya Wan..

P/S : Doakan perjalanan Fik esok ya.. (Nanti Fik update gambar kawan kedua2 best friend Fik ni).

Saturday, May 26, 2012

Belajar Snap Gambar.......

Salam semua... Dah lama x update. Alhamdulilah kesihatan Fik dah beransur pulih.. Fik nak citer psl minggu lps sbb x smpat nk post kt korang.. Mungkin dah basi tapi sj nk share ngan korang semua. Minggu lepas Fik pi bljr snap gambar menggunakan DSLR fik. Selalunya Fik snap gambar guna auto jer. Tapi buat pertama kalinya Fik guna manual dgn bantuan mereka ber3... Nak tahu sapa tgk pic kat bwh ni bersama beberapa gambar terbaik yg Fik snap.. (syok sndiri mengaku).... 



Ni lah mereka2 yg ajar Fik, Mira,Ika dan Najwa...


Terbaik kan gambar2 ni.. Diorang yang snap ni..

Jom Tengok gambar yg Fik snap lak..









Saya budak baru belajar.. Hihihi.. Tu jer Fik nak kongsi. Lps ni kn belajar byk lagi ni.

Sunday, May 20, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 PART 2

Salam hujung minggu buat semua..... Sorry lambat story ttg apa yg jadi masa sambutan hari guru pd 17 Mei yang lalu.... Meh Fik story sikit kat korang... Pagi2 datang duk sibuk cari sarung tangan utk persembahan murid nanti... Fik AJK Persembahan Murid, alah persembahan yang Fik upload dr entry sebelum ni.... Walaupun demam Fik gagahkan juga diri... Pagi2 ktorg ada perhimpunan utk dgr ucapan dr GB dan nyanyi lagu utk hari guru...  


Ni masa guru besar bagi ucapan.......sempat lagi buat peace... hihihi. tema hari itu baju polkadot utk cikgu perempuan dan jalur2 bg cikgu laki.. (jalur baju Fik kecik so bl snap gambar trs x nmpk... hahaha)


Bukti Fik yg conduct persembahan hari itu.... Seronok sbb masa singkat berlatih dan persembahan yg sgt perfect bg Fik...


Tengok punya feeling conduct... hihihihi


Lepas siap persembahan, semua cikgu di arah menukar baju... utk aktiviti sukaneka.. Wajah2 ceria cikgu di hari istimewa mereka. 


Salah 1 game, iaitu belon beracun... ada 3 game kesemuanya.. Lagi 2 game kat dlm dewan iaitu draw something dan bina ayat penyata mengikut kumpulan... Kami kumpulan akhirnya dapat no 6... Ni sebab ketua kumpulan ni demam... kesian2. hihihi

P/S : Hilang stress bila dapat buat aktiviti dengan rakan sekerja....

Thursday, May 17, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 PART 1


Hari ni Sekolah Fik mengadakan Sambutan Hari Guru... Video kat atas ni adalah persembahan murid khas untuk guru2 di bawah bimbingan Fik, Cikgu Mas n Cikgu Arissha.... Hayati makna di sebalik lagu ni.. Fik yg conduct diorg... Latih 2,3 hari jer... Nsb baik meletoppp... hihihi...

P/S :  Walaupun demam Fik tetap bersemangat...

Monday, May 14, 2012

PROMO HARI GURU...



Salam semua... Meh tgk... meh tgk..... Hihihihi... Sempena hari guru 16 Mei ni  Filem Malaysia ada wat promo untuk event tersebut.. x sangka muka Fik pun leh nmpk walaupun kecik... Yang specialnya ada video Fik tgh mengajar.. Korang tgk pd durasi 1:34 - 1:42 kat sebelah kiri atas.. walaupun kecik ada Fik kat situ... Yang paling seronok anak2 koir Fik pun masuk dlam video utk mengisyaratkan lagu Oh Cikgu Wan... Tu jer Fik nak kongsi dgn korang..

P/S: SEMANGAT UNTUK SAMBUT HARI GURU TAHUN NI...

Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI IBU....


Fik nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat Mak Fik, SHARIAH BT. MUHAMAD.... Hari2 hari ibu bagi Fik... Fik (amier) nak minta maaf sbb jrg call... busy memanjang.. Segala pengorbanan mak x dapat amier balas. Halalkan segala makan n minum amier dan segala tenaga, susah payah mendidik amier supaya menjadi anak yang berguna. Semoga Mak sentiasa sihat dan gembira selalu... Maafkan segala kesalahan yang amier buat ya mak... Doa mak sentiasa diberkati Allah... Maklah idola amier... Terima kasih melahirkan amier dia dunia ni... i love u mak..


P/S : Tiap hari sayang..

Wednesday, May 2, 2012

First Time......


Assalammualaikum.... dan Salam Hari Rabu buat Semua....  "Cikgu Fekhry, U look so Cute Today"... Hahaha... Tu lah antara ungkapan seorang muridku yang boleh bercakap walaupun kurang daya pendengaran. So Fik pun terfikir nak post gambar ni kat Blog Fik... Dia cakap macam tu sebab ni FIRST TIME Fik pakai baju pengakap... Biasalah cikgu2 kat sek setiap hari rabu kena pkai pakaian unit beruniform so Fik pilih pengakap... hihihihi... 


Fik amik gambar ni pakai phone, so yg tukang amik mestilah Fik sendiri..


Buat muka comel lak...

P/S: Orang cakap murid2 or kanak2 cakap ni memang betul... (hahahaha... Fik perasan cute)

Tuesday, May 1, 2012

Happy Labour Day

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja2 seluruh Malaysia termasuklah Fik.. Korang pi mn hari cuti macam ni? Fik pi mana ek? Bertemankan 9 org murid lelaki, 10 orang murid perempuan dan 7 orang guru kami pergi main bowling... Seronok tgk anak2 didik ni main, ada yg sgt  berbakat...


Fik bersama beberapa orang murid perempuan yang bersemangat main bowling walaupun first time diorg main dan ada yg sampai tercampak bola bowling. Nak gelak ada kesian pun ada... Memang mereka teruja.

Bergaya x si Aiman Amzar ni main.. Ada bakat n perlu diasah lagi. Tahun depan nak request kat PK KOKU masukkan bowling sebagai aktiviti Kokurikulum.


Ni lah 3 orang cikgu laki yang Join aktiviti ni. Kedua2 yg duk sebelah Fik ni warden asrama merangkak cikgulah. Fik lak guru undangan khas diorang sebab diorang tahu Fik gila bowling... hahahaha


Ni lah peserta terbaik dikalangan murid dengan balingan strike sebanyak 4 kali di game yg ke-2. hbt2. Ada bakat. Cikgu yang dapat skor tertinggi mestilah Fik... Seronok bersama mereka... Happy jer kan jd budak2 ni.. Ni je lah cite tentang cuti hari pekerja Fik. Sekian....

P/S : Seronok+Pengalaman yang baik...