Followers

Wednesday, December 29, 2010

Tugasku 2011.....

Tahun 2011 semakin hampir... Pd 28 Disember lalu terungkai semua tugas yg akan digalas olehku... Tahun 2011 amat mncabar bagiku. Harap dapat jalankan tugas dengan penuh semangat dan bertanggungjawab... Kat bwh ni senarai tugas aku untuk tahun 2011.

Kurikulum
  • Guru data (setiausaha Pengurusan maklumat sekolah)
  • Setiausaha Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
  • Guru Bahasa Malaysia 4 kasih dan 4 sayang.

Hal Ehwal Murid
  • AJK Kesihatan
  • AJK Pengurusan Aset Sekolah

Kokurikulum
  • Ketua Guru Rumah Sukan Yakin (Merah)
  • Guru Penasihat Renang
  • Guru Penasihat Badminton

Harap2 aku akan dapat buat yg terbaik utk tahun 2011.
Doakan ya kawan2......

Friday, December 24, 2010

Journey to Penang.....

Hari ni sampai 26hb aku akan berada di penang. Buat apa ek? aku n kawan2 lain nak pergi holiday n tujuan utamanya ialah pergi makan kenduri my housemate a.k.a En. Muhd Bukhori. Sebenarnya dia dah lama sah menjadi suami, kenduri belah pempuan dah diadakan pada 5 Dis lps, ni giliran belah laki lah pulak. Sebenarnya wife dia ni kawan aku, masa sek men dulu 1 kelas masa form 6. Sebelah perempuan aku dah pi, sebelah laki pun aku nak pi. hehehe.... Kat bawah ni ada beberapa keping gambar, saksikanlah......



kad kawin





masa majlis sebelah perempuan

Thursday, December 23, 2010

Aku dah maafkan...

Aku dah maafkan dia...
Sorry aku x balas mesej dia.
Aku masih sedih...
Bagilah sedikit ruang untuk diriku...
Aku harap dia faham...
Aku mahu bercuti...
mahu mengubati hati ini...
Hati ini amat pedih...
Pedih kerana mengharap...
Aku mahu seperti sediakala..
Ya Allah makbulkan doaku...

Wednesday, December 22, 2010

Esok.......

Esok DIA akan datang, sudah sebulan lebih aku x berjumpa dengan dia. Hari jumaat ni kami akan ke penang untuk bercuti sambil pi kenduri kawin housemate ku. Bukan aku ngan DIA sahaja yg akan pergi tapi ada lg member2 ku. Aku ni menumpang je. xde knderaan lagi kan. Berbalik semula pada DIA. Sapa ek DIA? Cuba teka? DIA ialah anak angkatku (walaupun x layak jd anak angkat aku, macam adik je). Mungkin pertemuan pi penang ni adalah pertemuan yang akhir (sedihnya) pdhal boleh jumpa lg. DIA sangat SPECIAL sbb DIA di antara anak2 SYURGA. DIA anak murid aku. Jangan fikir lain. Sunggah akrab kami macam anak dan ayah (ramai2 kwn2 kat sek ckp macam tu). Aku nak sangat tengok dia berjaya. Cita2 dia nak jadi cikgu macam aku. Nak belajar kat mana? UPSI sama ngan aku. Tu cita2 DIA. Aku support je. Aku sentiasa doakan DIA berjaya. Rasa sedih gak sbb tahun depan dah tak jumpa DIA. DIA akan melngkah ke alam sekolah menengah. Aku boleh doakan DIA berjaya je kat sek baru DIA tu. Asyik cakap DIA je kan... Korang semua nak tahu x? INILAH DIA :



nama dia DANIAL IKHWAN
umur dia 14 tahun


macam anak ngan bapak x?



izzat amier danial
(nama aku di FB pinjam nama diorg)


itulah DIA ...
sekian..
x sabar nak jumpa DIA esok.

Bercinta Sampai Ke Syurga


Di sini ku berjanji disaksi rembulan

Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.

Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa

Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?

Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

"الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين" - الزخرف 43

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]

Itulah realitinya.

Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.

Mengapa cinta menjadi permusuhan?

Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?

Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.

Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.

Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.

Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.

Kecuali manusia bertaqwa.

Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.

"يا أيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن الا وانتم مسلمون"-ال عمران-102

يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديداً يصلح لكم أعمالكم ويغفر لكم ذنوبكم ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا عظيما"-النساء- 1

"يا أيها الناس اتقوا ربكم الله الذي خلقكم من نفس واحده وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساءً واتقوا الله الذي تسألون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا" -الاحزاب-4

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.

Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.

“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.

“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.

Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.

“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.

“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangka n lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk..

“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.

“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.

Kecuali sebuah penceraian…


SUATU HARI NANTI

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu

Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya

Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa

Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana

Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan

Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi

Lagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.

Itulah yang banyak berlaku hari ini.

Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.

Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.

إلا المتقين" - الزخرف 43

“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.

Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.

Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

CINTA TERAKHIR

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan

Monday, December 20, 2010

2 Minggu Lagi

Apa yg akan berlaku ya 2 minggu lagi.... apa lagi sesi persekolahan tahun 2011 akan bermula.. rs kejap je cuti. cuti kali ni hati aku x tenang sbb kn fikir pasal induksilah... itu ini lah. 2011 apa tugas baru yg aku bakal dapat (walaupun aku dah th aku akan dpt 1 jawatan tu). Aku harap aku dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Sedih ada gak sbb MEREKA telah tiada tahun depan. nak wat camne kan. Adat seorg cikgu anak2 murid akan meninggalkan mereka juga pada 1 hari nanti. So aku kn kuat utk memberi khidmat kpd anak2 murid yg tinggal yg bakal aku ajar.

Minggu depan dah mula kn pi sekolah. Sebelum buka sekolah kt perlulah mesyuarat dulu utk tahu apa jawatan n tugas utk kita sblm sekolah buka. harap dapatlah tugas2 yg senang... hehehe.

Cuti sek kali ni x dpt nak jumpa2 member2 kt kg. Diorg busy, msg2 dah kerja biasalah kan. Ada yg dah kawin pun. So kt kn terimalah. But aku betul2 rindu kat diorg semua. Igt zaman sekolah, rs nak kembali je ke zaman tu tp mmg aku hr2 pun pi sek. hahahaha... 26 hb ni Zura kawin tp aku x dapat pi. Sorry ya Zura, aku mmg nak pi tp aku dah janji ngan kwn2 aku kt tmpat kerja nk pi knduri kawin housemate aku. Aku doakan ko bahagia. kt kan selalu pi knduri kawin kwn2 kt kg kali ni giliran ko lak...Tahniah! Tahniah!

Apa yg aku boleh buat untuk manfaatkan cuti aku 2 minggu ni. opss minggu dpn dah start tugas lah lupa lak. seminggu berkg di sek. maknanya seminggu lagi je lah cuti aku. oh tidakkkkk!. Kn rehat btul2 ni...

Setakat ni jelah aku nk berceloteh utk entry ni. ... bye. ada masa aku post lagi.

aku insan yang ingin di sayangi........

Sayang? mmg sng utk di ucap tp sukar utk dilakukan. Do you love me? Kenapa aku ingin disayangi? ntah sbb kasih syg yg akan menjadikan kita :

- manusia yang baik,
- taat pada Allah,
- x mudah terpesong,
- hormat pada org tua
- berjaya
- rasa dihargai
- dan byk lglah..

klau xde kasih sayang kita akan jadi:

- anak yg derhaka
- manusia yg jahat
- x ikut syariat islam
- x berjaya
- hilang hormat pada org yg lbh tua


Kasih Sayang amat penting, So Mak n Ayah2 Semua Sayangilah anak2 anda sebelum terlambat.....

Friday, December 3, 2010

malasnya.......

AKU MALAS......
SOMEBODY HELP PLEASE.....

malasnya nak wat asgmnt... 13 hb ni aku kn pi induksi tp sblm pi kn wat 2 asgmt n kn hantar hr 1st kursus. dh hampir 3 tahun x buat asgmt. bayangkan? aduh2 br buat skt dh mls. mood RAJIN datanglh... please3....

ada yg nk tolong wat asgmt aku?
mn tau ada yg bosan ke?
yg rajin ke?
aku tgh malas ni....
x bestnya cuti kali ni.

klau ada yg nak tolong contact aku ya. (ada ke)

sekian......