Followers

Saturday, December 31, 2011

AKU.....

Tak semua kau rancang akan berlaku

Mungkin nasib tak menyebelahi aku

Entah mengapa engkau yang aku cinta

Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Ini tidak adil tidak adil baginya

Ini tidak adil tidak adil bagiku

Ini tidak adil

Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga

Tidak adil tidak adil baginya




Kau tak pernah cuba memahami aku

Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk

Dan bila tiba saat ku kehilangan

Beban yang tak pernah cuba kau ringankan




Dan aku memang penakut

Mengakui cinta kepadamu

Seribu kali ku cuba ucapkan

Bila bersamamu

Kau bukan milikku

Dan engkau pun tahu

Kau bukan milikku

P/S: Aku thn 2011





Friday, December 30, 2011

SUKA DUKA 2011 (Part 2)

Salam Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini....

Semalam Fik dah cite psl aktiviti Kokurikulum Fik kan.. Hari ni Fik nak cite pasal kehidupan Fik bg tahun 2011. Hujung tahun 2010 housemate Fik kawin jd mulai tahun 2011 Fik knlah duk sorg2 bila hujung minggu. Bosan gila, x tahu nak buat apa. Klau korang boleh x korang tempuhinya? Alhamdulilah bulan Februari 2011, Fik mndapat lg sorg housemate.



Ni lah housemate sorg lagi ni, nmnya Faizul.... hihihi. Jd hujung minggu Fik adalah teman. Bulan berganti bulan, hari berganti hari, pd akhir bulan Mei, Faizul beritahu fik yg dia akan pindah ke tempat kerja baru mungkin pd bulan Julai. Bila dpt je berita tu, sedihlah jg kan dah selalu buat aktiviti hjg minggu ngan dia mcm main bowling, masak memasak n karaoke. Tapi nak buat camnekan dia knlah pergi demi masa depan dia. Tapi alhmdulilah kdg2 sebulan 2 kali dia dtg umah ni sbb dia pun boring gak kat umah dia yg baru tu sbb xde kawan.. So kami msh blh hang out lgi... Thanks ya sbb sudi datang lagi.. hihihi



Kesedihan Fik pd bulan itu juga bertambah kerana Fik khlangan org yg sgt2 Fik sayang. Ntahlah x tahu nak ckp camne, tuhan je yg tahu. Mmg down gila masa tu, tp org x tahu sbb Fik x suka tunjuk pada kawan2 yg Fik tgh bersedih. Kepada org yg Fik sayangi tu, semoga berbahagia ya. InsyaAllah nanti giliran Fik lak utk bahagia. Kita hanya merancang dan Allah yg menentukan segalanya.... Skrg Fik dah blh terima ketentuan ini.



Ni picture masa Fik ngan kawan2 pi buka pose kat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Klau nak tahu dah 3 tahun kami berempat tak miss utk buka pose bersama. Thanks buk, wan ngan kak ma... Diorang nilah yg byk sgt tolong Fik. Kak ma minta tukar, tp x dapat. Suka gak bila tahu dia x dapat, klau x hlglah sorg geng. hihihi... Masa berlalu dgn pantas kan, pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku di bumi Shah Alam...


Penghujung tahun 2011 ni Family mndapat berita yg atok Fik menghidap kanser pundi kencing, mmg terkejut sangat. Sedih sangat bl tahu atuk ksygan mndapat penyakit. Pada 1 Disember yang lalu, atuk Fik menjalani pembedahan membuang pundi kencing. alhamdulilah pembedahan berjaya, n atuk Fik skrg kn buang air kecil menggunakan tiub. Syukur dia mmg kuat....

Tu lah antara suka duka Fik di Tahun 2011 ni... Ni je yg Fik nak kongsikan dgn anda semua.....

P/S: Tak semua yg kita nak kita akan dapat....


Thursday, December 29, 2011

SUKA DUKA 2011 (Part 1)

Assalammulaikum dan Salam Akhir Tahun 2011......

Hari ni Fik nak wat coretan sikit iaitu rangkuman peristiwa yg berlaku pd tahun 2011 ni... Dalam hidup kita pasti ada suka dan duka kan, pasti ada yg buat kita happy n ada yg buat kita menangis... Untuk Part 1 ni , Fik nak cerita ttg yg suka2 dulu berkaitan kerja Fik. Tentang penglibatan Fik dalam aktiviti Kokurikulum sekolah yg Fik x pnh pun terlibat masa Fik sekolah dulu. Mana xnya wakil sek pun itupun sampai situ je...



Ni gambar masa Fik jd guru pengiring untuk Perkhemahan Luar Sek Rendah dan Pend. Khas Peringkat Negeri Selangor di Kem Sri Gambut, Tanjong Karang. Actually ni tahun ke-2 Fik pergi perkhemahan ni dan sangat seronok walaupun kn tido dlm khemah bersama murid tapi mmg sgt happy...



Gambar ni pulak masa Fik jadi Guru Pengiring ke Perkhemahan Alam Semulajadi Peringkat Kebangsaan di Lenggong, Perak... Selama 5 hari berkhemah kat sana dgn aktiviti yg sgt menyeronokkan. Berbasikal, berkayak, lawatan ke Zoo, Sukan rakyat, persembahan n byklah lagi. Memang sangat seronok, wakil SELANGOR tu... walaupun terpaksa tidur dalam khemah tapi ia pengalaman yg sangat berharga.. *klau nak tahu masa sek dulu Fik x pernah pun pi camping.



Tahun 2011 ni gak Fik diamanahkan utk menjadi Ketua Guru Rumah Sukan Merah... Banyak sgt bnda yg kn fikir bila jd ketua ni tapi nsb baik ada rakan2 yg lain yg dtg membantu. Alhamdulilah syukur sebab semua persiapan siap tepat pd masanya. Rumah Merah telah menjadi Johan Keseluruhan pada Kejohanan Sukan Sekolah tahun ni, tp yg plg x disangka kami juga mng perbarisan. X rs pun blh mng, mungkin rezeki dan berkat kerjasama kami semua. Syukran2. Tapi yg x bestnya kaki fik sakit ms acara penutupan tu, so mnahan sakit sambil happy... hahahaha.. mcmn tu? fikir2. hihihi...



Penutup sekolah iaitu minggu akhir sekolah Fik dikehendaki melatih murid2 untuk Pertandingan Koir Kod Tangan peringkat Kebangsaan di Lumut, Perak. Mmg penat sgt, sbb masa x cukup utk melatih mereka dan mencari pakaian n prop utk persembahan tu. Alhamdulilah ada rakan2 yg sudi membantu. Sebenarnya Fik mmg takut lagi2 kn conduct 2 lagu, lagu melayu tu ok lah ni yg bahasa inggeris, mmg lemah sikit. Tapi semua tu dah berlalu walaupun x mng tapi Fik happy sbb dapat pengalaman yg sgt berharga di sana. Fik juga jd salah sorang yg conduct utk persembahan Malaysia Book Of Record iaitu Koir kod tangan teramai...Pengalaman yg sangat berharga bagi Tahun 2011...

Jumpa lagi untuk SUKA DUKA 2011 (Part 2) lak... Komen jgn x komen...

P/S: Pengalaman lebih berharga dari harta benda....

Monday, December 26, 2011

SEGMEN: SIAPA KAWAN FB FIK?#IZZAH SOBKI

Salam pertemuan kembali ke segmen Fik... Seperti yang Fik janjikan Fik akan perkenalkan lagi kawan FB fik. Kali ni giliran wanita lak...  Nama di beri IZZAH SOBKI...... Dia ni sebenarnya pelajar Uitm Shah Alam n dia pernah datang sekolah utk satu program. x igt apa nm program tu. Masa tu, Fik jadi AJK sampingan iaitu jurugambar utk diselitkan dlm program sekolah. Yang kelakarnya, diorang ingat Fik ni Juruteknik, bukannya cikgu. hahaha. xde tokoh cikgu kot.




Teka yg mana 1 Izzah ni? Izzah yg x pkai spec tu.. yg sebelah tu kawan baik dia.. menurut dialah... wlaupun kami pnh berjumpa ms program tu tp x pnh ckp ngan dia pun. selalu lah duk chat kat FB ni. Dia ni oklah tp kadang2 Fik suka kcau dia, selalu nk cr gaduh ngan dia. hahahah.... Klau nk tau dia ni mmg sgt berdikari. bgs2. sifat yg plg sweet dia ni suka bdk2, lps program tu dia excited sgt nak dtg sekolah jumpa adik angkat dia... walaupun perlukan org tgh utk dia berkomunikasi tp dia krnya bgslah. nk tahu dunia kanak2 deaf ni.



Ni lah gambar dia masa datang kat sekolah pada tahun lepas... tgk anak2 murid Fik tu, gila beraksi kan.. Dulu kami selalu gak chat tp skrg dah jrg, dia busy tgh duk wat thesis... Fik pun sibuk dgn hal Fik... hihi..



ni ngan budak perempuan lak... apa lg ya nk cerita ya? klau cite lbh2 nanti, dia kembang hidung lak. asyik puji jer... hihi.. Untuk izzah, klau dia bc blog ni, Fik ucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran anda dan caiyok2 utk menyiapkan tesis n jangan mudah putus asa. sapa yg nk knl dgn dia leh mlwat blog dia di http://izzahsobki.blogspot.com/ or fb dia search je izzah sobki... sekian dulu utk minggu ni. kt jmpa minggu hadapan lk utk segmen ni...

p/s: berkawan biar seribu...

Wednesday, December 21, 2011

Berapa lah dia dapat?

Assalammualaikum...... & Salam Rabu....


Ni gambar sapa ek? Ni adik Fik yg no 5, nm dia syafiqah. hari ni dah hari rabu kan.... esok result PMR kuar. Adik Fik ni salah sorg yg tgh nervous tggu result PMR. Masa percubaan dia dapat 4B 4C. Harap2 yg B tu bertukar jd A n yg C bertukar jadi B. So harap2 korg doakan adik Fik ni dapat result yg cemerlang ok. Fik dulu xde A pun...hihihi 

P/S: Fik dah OTW blk kg ni.. Singgah SOGO dl ya. kt shopping2.

Tuesday, December 20, 2011

Saya Dah Pilih......

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Hari ni Fik dan rakan2 guru yg lain dikehendaki hadir ke sekolah utk menghadiri mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2012. Biasalah sblum sekolah buka, guru2 akan di beritahu tugas2 yg mereka akan diamanahkan bagi sesi 2012. Nak tahu tgs Fik apa... Jom tgk pic kat bwh ni....

klik pada pic utk tgk lbh jelas...

Dapat baca x? hahaha.... byk x tugas fik? sebelah nama fik tu bg column ke-2 tu, tugas  Fik utk Unit Kurikulum, column ke-3 lak bagi Unit Hal Ehwal Murid dan column ke-4 tu lak bagi Unit Kokurikulum...Ada 1 lagi tugas bagi Unit Kurikulum yang tertinggal iaitu jawatan AJK Blog Sekolah... Fik akan mengupdate segala info terbaru untuk Blog Sekolah... InsyaAllah segala amanah yang di beri akan dilaksanakan sebaik mungkin.




Ni pulak hadiah yg kami dapat setiap tahun... yg buku tgh2 tu, tulah yg terkandungnya tugas2 guru bg sesi 2012. Tadi bukan meeting guru saja tapi juga taklimat SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam). Fik dah tandatangan pun, untuk pengetahuan semua Fik pilih opsyen bersara 60 Tahun... Harap2 masa tu x lah nyanyuk lagi ya. hahahaha.... Meeting td dr kul 8.30 pagi hingga 5.00 ptg. hbt x? hihihihi k.lah tu je yg fik nak citekan hari ni...

P/S: Saya dah pilih anda bila lg?



Monday, December 19, 2011

SEGMEN : SIAPA KAWAN FB FIK? # WAN GRUSSHUPER

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia......



Segmen FIK dah mula hari ni, so hari ni org pertama yg Fik nak perkenalkan ialah WAN GRASSHUPER....


WAN GRASSHUPER.....

Macam mana ya FIK leh knl dia ni? FIK yg add dia dl sbb tgk profile picture  dia yg cantik. Wan ni orang Alor Setar tapi kerja kat Taiping. Yang blh Fik rapat ngan dia kat FB ni sbb FIK beli camera DSLR dr dia. Masa dia wat iklan kat FB tu Fik trs tnya sbb Fik mmg dah lama cari. Harga yg dia tawarkan lak mmg murah. Alhamdulilah Fik bl juga camera tu dr dia... Dia pos je ms tu,sbb jauh nak pi amik kat Taiping tu. Dia ni rupa2nya byk camera DSLR ni sbb dia photographer part time. Fik suka tgk hasil editing diat mmg cantik. Fik x mampu pun nak buat.. Gambar yang paling Fik suka ialah gambar ni :


Cantik Kan???



Wan ni selalu dapat JOB tangkap gambar orang kawin... gambar2 model pun dia ada tangkap. cantik2 sangat gambar yang dia amik.*dah bodek ni bagilah sikit share ya... hihihi (grau je) Serius Fik mmg suka tgk Picture2 dlm album kat FB dia... Nak tengok antara koleksi gambar kawin yang Wan ni tangkap? Ni dia......

cantik kan....

Romantiknya.....

Sangat cantik hasil editingnya...

Selain gambar kawin ada gambar lain juga yang dia ambil. Ni salah satunya..... 



wah ayunya....


Sapa rasa yang berminat blhlah menghubungi beliau jika mahu menempah beliau untuk menjadi photographer. Harga blh dirunding kan Wan.... hihihi pandai2 je Fik ni klau mahu knl or tempah dia leh add FB dia just klik kat nama dia kat picture yang atas sekali yang ada picture wan grasshuper ni. Wan aku x minta pun share ya.. saja wat promosi utk ko... hihihi..... So ni lah Segmen Fik yang baru anjurkan, dan WAN GRASSHUPER adalah org pertama yg FIK perkenalkan... hihihi... saja promosi kawan2. Wlaupun x pernah jumpa tp dia ni mmg baik. Aku tanya je pndapat dia psl camera or editing n dia x kedekut ilmu tau. Oklah selesai orang pertama, next post Fik akan perkenalkan perempuan lak. Hihihihi... kt gilir2 ya. Oklah sampai setakat ini dulu. Sekian.....

P/S: Kawan biar Ikhlas.....

Sunday, December 18, 2011

Result CANDID CONTEST.....

Assalammualaikum dan Selamat Berhujung minggu.....

Seperti tajuk yg Fik coretkan kat atas ni, Fik ada masuk 1 CONTEST yang dianjurkan oleh blogger yg bernama MUNA RAHIMAH baru2 ni. Ni CONTEST Fik yang ke-5. Fik x pnh mng 1 CONTEST pun lagi, tp Fik ttp x putus asa. Bukan kemenangan yg dicari tapi penyertaan. Fik nak cerita yg FIK merupakan antara contestant yang disenarai pendek pada peringkat akhir wlaupun x menang. hihihihi..... dari 1038 penyertaan PIC fik tu dapat TOP 30... happy sgt sbb selalunya peringkat awal dah kalah... hihihi..
Ni pic yg Fik pertaruhkan...


Klau korang x caya KLIK kat sini MUNA RAHIMAHRasa happy sangat wlaupun x menang. Nak tahu x siapa yg menang just klik ni RESULT CANDID CONTEST. Lps ni Fik nak join lagi contest2 lain. Nak blogwalking bnyak2 blog...

P/S: JANGAN MUDAH PUTUS ASA...

Friday, December 16, 2011

Sayangi Apa Yang Kita Miliki....

Assalammualaikum semua...

Pg Td Fik Buka FB n terjumpa satu artikel yg kawan Fik kongsi kat FB. Sangat menarik artikel ni. Sekarang Fik nak kongsi ngan korang kat blog pulak...Sila lah baca....



~~ SAYANGGILAH APA YG SUDAH KITA MILIKI ~~

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian.... dia datangkan pula guruh dan kilat.... Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH Akan hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusuf, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas mencintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai Sahabat Fillah.. yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, Ayunkan langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, Semoga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terobati jua dan hidupmu kembali ceria...


P/S: Jodoh kita hanya ALLAH S.WT yg Tahu...

Jom Buat Segmen.....

Salam semua...

Hari ni Fik nak umumkan yg Fik buat segmen...

Nama segmen Fik SIAPA KAWAN FB FIK?

Hahahaha...saja nk promosi kwn2 FB.

Kawan2 yg Fik akan knlkan ni adalah mereka yg selalu chat , keep n touch ngan fik n yg plg penting Fik x pnh jumpa dan mungkin pnh jmpa tp x pernah bertegur sapa. hihihi

InsyaALLAH dalam seminggu Fik akan perkenalkan sorg. x kisahlah hari apa ya. Nantikan ya....



P/S: Siapa rasa dia nak terpilih masuk dlm ini segmen kena bodek ok... * budget hot je segmen ni...

Thursday, December 15, 2011

Hiburan Untuk Orang Deaf




Salam semua....



Fik postkan 1 video dr Fik. Ni lah bahasa isyarat, bahasa untuk orang deaf. Fik syukur sangat dapat kenal golongan ini. Mmg sgt seronok, seronok tahu bahasa diorg,rupanya tangan pun blh berbicara kan. Sorry video ni x berkualiti sangat sbb rakam guna phone murah. Klau nak dgr dgn lbh kuat gunalah speaker mahal ya... Tu je yg Fik nak kongsi ngan korang.






P/S : Sapa yg nak srh Fik ajar blh tp knlah bayar..... hihihi (just kidding)





Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday*5


P/S: Zaman Muda Remaja.... tahun pertama kerja....

Resepi Fik.....

Assalammualaikum & Salam Persahabatan semua.......

Cuba teka apa nm makanan kat bawah ni?




Bubur?

Salah2....

Ni Desert ciptaan Fik. xde di jual di mn kedai or pasaraya. hihihi.... Fik bg nama resepi Fik ni Yogurt Epi..... hihi

Nak tahu apa bahan yg Fik guna? Fik guna yogurt yg Fik bl kat Pasaraya, buah epal hijau dan buah pisang. (EPI tu gabungan Epal n PIsang). hihihi. Fik mmg suka makan buah-buahan n yogurt. Klau pi pasaraya mesti fik bl kedua2nya. Ntah lah resepi ni sht ke x? yg pntg Fik suka. Cara nk buat just campur ketiga-tiga bahan dan lepas tu hidang trs mkan. hihihi.....



Tgk dah licin Fik makan. hahahaha.... selamat mencuba resepi org bujang.


P/S: makanan utk org yg sedang berdiet.


Friday, December 9, 2011

Syukur........

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.....

Fik nak bgtahu semua yang atok Fik tlh berjaya mnjalani operation. Hari khamis 1 hb Dis, atuk Fik menjalani operation dr pukul 2 ptg sampai 10.30 mlam * lama kannnn..... Selepas atuk Fik selesai dioperate dia dimasukkan ke wad ICU kerana pembedahan atuk Fik ni berisiko skt. Hampir 1 hr lbh atok Fik x sedarkan dr hinggalah pagi sabtu. Pada tengahari tu kami sekeluarga cemas, sebab atuk nk jumpa semua org, apalg kelam kabut kami bertolak ptg tu. rupa2nya atuk Fik msh x selesa kesan dr pembedahan tu n dia perlukan sokongan ahli keluarga. Malam tu ayah dan emak Fik yg jaga atuk sbb hanya 2 org sahaja yg dibenarkan. Pada ahad pagi kami pn bertolak balik kerana ayah kena kerja ptg tu. So adik Fik yg no 5 kn tgl jaga atuk bersama mak sedara Fik. Hari semalam atuk Fik dah keluar dr Hospital n hr ni bertolak balik... Syukur alhamdulilah...

Thursday, December 1, 2011

Harap semua berjalan lancar....

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.......

Pagi ni Fik akan bertolak ke Kuantan.... Hari ni atok Fik akan menjalani satu pembedahan kerana atok Fik menghidap penyakit Kanser Pundi Kencing. Harap2 pembedahan tu berjalan lancar dan atok akan kembali sihat. Fik akan bertolak dari Shah Alam manakala family akan bertolak dari kampung. Kawan2 semua tolong doakan pembedahan ni berjaya dan atok Fik akan kembali sihat seperti dulu. Fik tahu atuk Fik mmg kuat.



*apak kena kuat ya......


*amier sayang sangat kat apak

P/S : Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.....

Wednesday, November 30, 2011

"CANDID TIME CONTEST"

Salam 1 Malaysia semua...

Hari ni Fik Blogwalking n buka salah 1 blog kawan Fik. Dia ada join 1 Contest. Fik mcm teruja nak join. Ni kali ke-4 Fik join contest tapi x pnh mng pun. Bkn kemenangan yang dicari tapi
penglibatan. X mau bebel banyak... Sapa yang nak tahu sila klik Banner kat bawah ni.....

Ni dia pemilik blog yang anjurkan contest ni,
MUNA RAHIMAH.
Comel x? Comelkan, lagi2 lesung pipit dia tu.
bukan nak raih simpati untung menangg ya.... mmg comel pun.

Ni bukti Fik dah follow blog ni. Jadi Follower ke 1920.


Ok2. Skrg Fik nak pertaruhkan gambar candid Fik untuk Contest ni....

Jeng....


Jeng...


Jeng.....


Picture ni diambil semasa Fik sdg memberi penerangan pada anak murid tentang salah satu aktiviti sukaneka iaitu Meniup Belon Sampai Pecah. Penuh ekspresi kan muka Fik almaklumlah anak murid Fik kan special.... kenalah bg penerangan dgn penuh perasaan. cewah....... wlaupun mcm tu ttp cute. hahahaha *terlebih perasan lak...



Sebelum terlupa Fik nak tagged 2 org kawan blog Fik sapa lagi klau bukan...



P/s : Dah Join.... harap2 yg baca suka...

Tuesday, November 29, 2011

Bila Giliran Aku Pulak........

Sekarang ni musim orang membina masjid @ kawin. Fik byk gak dapat jemputan perkahwinan. Ari ahad baru ni Fik pi ke Majlis Perkahwinan kawan baik housemate Fik dan dia juga dah jd kawan Fik. 3 tahun kot kami knl. Orang lain dah pun kawin bila lah pulak giliran Fik kan.*tungguuuu........... Klau ada jodoh dan sampai seru adalah nanti. Doakan untuk Fik ya.


Tahniah!!! Sama Cantik Sama Padan......




Kami setia menunggu untuk bergambar dengan dua mempelai ni...


P/S: Nanti aku kawin nak wat tema warna apa ya? hihhhi berangan....