Followers

Thursday, March 29, 2012

KERJA MESTI IKHLAS...



Salam Khamis semua..... Rasa2 korang senyuman Fik kat atas tu senyuman ikhlas ke senyuman terpaksa? Hihihi.. Sebenarnya tu senyuman yg sangat ikhlas walaupun terpksa control sebab nak nampak hensem. hihihi hensem ke? Gambar tu Fik snap sendiri n masa ni Fik tengah tgu BFF Fik datang. Siapa x happy klau BFF dia datang kan. K.lah kita lupakan pasal gambar ni. 

Sebenarnya Fik nak cerita ttg IKHLAS. Klau kita ikhlas terhadap sesuatu kerja kita tanpa mngharapkan apa2 balasan pasti kita dapat hasil yg sangat baik dan menceriakan hidup kita. Sebagai contoh team bola sepak sekolah Fik. Cikgu2 yg ikhlas melatih walaupun saiz anak2 murid kecil tapi ttp akan membuahkan hasil. Dah lama sek kami kemarau untuk menang perlawanan tapi berkat usaha cikgu2 dan murid akhirnya mereka telah menang 3 daripada 4 perlawanan. Klau korang nak tahu mereka walaupun cacat pendengaran dan perlu bertanding dengan murid2 yang normal, mereka dah buktikan yang mereka pun boleh buat. Mereka x boleh menjerit untuk meminta bola dari kawan mereka tapi penglihatan mereka sangat tajam. Syukur dan Tahniah buat mereka. Esok pagi mereka akan bertanding untuk separuh akhir. Fik doakan mereka berjaya. (Gambar diorg ada dalam entry hari semalam).

Cerita pasal IKHLAS lagi, kita mesti sentiasa buat sesuatu tu bukan untuk nama. Cakap IKHLAS, tapi jumpa semua orang cerita yg dia IKHLAS. Orang yg IKHLAS xkan beritahu apa yg telah dia buat pada orang lain. Fik sangat seronok berada di SK PENDIDIKAN KHAS SELANGOR sebab cikgu2 yg sangat senang untuk memberi kerjasama dan dapat membantu jika rakan setugas mengalami sebarang masalah. Seronok sangat, sbb susah nak dapat di tempat kerja yang lain. 

K.lah Fik dah x nak membebel panjang, untuk semua kawan2 yg baca entry ni kita kena IKHLAS ya. Jangan nakkan nama sangat. Buat kerja perlukan keikhlasan dan juga kejujuran. Sekian.....

P/S: Malam Esok Murid2 Fik buat persembahan KOIR KOD TANGAN dan TARIAN di Palace of the Golden Horses.

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY 2012 # 4


P/S : Mereka sedang bertanding dalam Perlawan Bola Sepak MSSD. Semoga Berjaya....

Friday, March 16, 2012

HAPPY BIRTHDAY ISHA.....

Salam Jumaat semua..... sorry dah lama Fik x update blog sebab Fik balik kg. Cuti sek kan... So Fik pun cutilah sama. Best x kek kat atas tu? Sebenarnya masa balik kg kami adik beradik adalah wat makan2 sempena birthday adik bongsuku... Mesti dah tahu kan siapa adik bongsu Fik? Mestilah ISHA... Dah 8 tahun dah umur dia... Terasa tua lak Fik sbb beza umur Fik ngan dia 20 tahun..... Jom nak tengok BIRTHDAY GIRL ni berposing.... Ni mak Fik yg srh Fik snap PICTURE dia.....



SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-8 

Semoga adik jadi anak yg baik, adik yang baik, murid yang berdisiplin,berjaya dalam hidup, dan yang paling penting jangan nangis2 dah ya. Adik dah besar... Nanti dah besar leh tolong mak ayah n abg ya dik... hihihi...

Friday, March 9, 2012

TAHNIAH !!!


*gambar sekadar hiasan


Salam Jumaat buat semua..... Cuti sekolah tiba lagi, cuti seminggu jer ni. Mesti ada yg ambil peluang untuk mengadakan majlis pertunangan mahupun majlis perkahwinan. Jangan salah faham ya semua, Fik xde kena mengena dengan apa yg Fik ckp tu. Sebenarnya, ada dua org kawan Fik yg akan melangsungkan majlis pertunangan pada cuti sekolah kali ni. Fik xde calon macamana nak bertunang. hihihi.... Tahniah ya kawan2 ku. Tahniah pada sahabat baikku. Fik doakan jodoh kalian sampai ke jinjang pelamin. Maaf Fik x berkesempatan untuk hadir ke majlis kalian... SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU2 DAN ANAK2 MURIDKU....

P/S : Doakan Fik lak lepas ni ya....


Thursday, March 8, 2012

HARINYA SUDAH TIBA.....


Salam Khamis buat semua... Dah lama Fik x update n blogwalking blog. Bukan sibuk tapi xde mood. Mood letih yg banyak. Balik sekolah terus tido. Bangun pi makan, n balik tido lagi. Cerita korea pun Fik x smpat nak tengok. Mungkin cerita Fik ni dah basi, tapi Fik tetap nak cite juga. Harinya dah tiba pada hari ahad yang lalu iaitu persembahan sempena mesyuarat PIBG. Fik nak kongsi gambar2 bersama anak2 comel Fik ni. Jom tengok.....



Kumpulan koir tercomel....


Bersama kumpulan koir tahap 2


Bersama cikgu comel mereka (perasan...)


Cover Album


Cikgu pun nak....

Sorry ya Fik x leh nak upload Video masa diorg buat persembahan. Nanti Fik akan usahakan. Comel2 kan diorang. Begitu juga cikgu mereka kan. Hahhaha.... Perasan. Mesti ramai yang nak termuntah ni.

P/S: SBPA di batalkan... Yang pntg gaji naik. hihihi


Saturday, March 3, 2012

I'M SO TIRED



Salam Sabtu semua... Minggu ni adalah minggu plg lth buat Fik, byk sgt aktiviti yg Fik buat dalam minggu ni. Dalam masa yg sama Fik kena siapkan soalan Ujian Prestasi 1, data dan juga melatih persembahan koir utk mesyuarat PIBG esok... Jom tgk apa aktiviti yang Fik lakukan pd minggu ini dari hari isnin hinggalah esok hari ahad.


ISNIN

7.30-1.30 : Mengajar + Buat Data
1.30- 2.30 : Bengkel RPT Bahasa Melayu
5.30 - 7.30 : Main Badminton

SELASA

7.30-1.30 : Mengajar + Buat Data
1.30 - 2.45 : Taklimat Gotong Royong
3.00-5.00 : Kokurikulum (Badminton)
5.00 - 6.30 : Perlawanan Bola Sepak Murid VS Cikgu

RABU 

7.30-1.30 : Mengajar + Buat Data + Latihan Koir
3.00- 5.00 : Gotong Royong

KHAMIS

7.30-1.30 : Mengajar + Buat Data + Latihan Koir
1.40 -2.00 : Kelas Bahasa Isyarat
2.00-3.15 : Laporan Persiapan Mesyuarat PIBG
4.00-6.30 : Renang (Guru Pengiring murid)
8.00-10.00 : Main Badminton

JUMAAT

7.30-12.00 : Latihan Koir + Raptai  Mesyuarat PIBG
9.00-12.00 : Perlawanan Persahabat Badminton 

SABTU

7.30-12.00 : Sekolah Ganti

AHAD 

7.30 - 12.00 : Mesyuarat PIBG kali ke 21.



Tu lah antara jadual yg menyebabkan Fik penat sangat pada minggu ni. Nasib baik hari Isnin dapat cuti peristiwa klau x pengsan lah Fik... Petang esopk, sesuadah mesyuarat PIBG, Fik bersama beberapa orang rakan guru akan pergi mereleasekan tension kami ke tempat yg kami pernah pergi pada hujung tahun 2010 dahulu. Nak tahu kat mana? Jom tgk gambar kat bawah ni..............




Esok kami akan pergi ke sini untuk memancing n melepaskan tekanan kerja... X sabarnya nak tunggu esok....


P/S : Menikmati alam ciptaan Allah S.W.T

Thursday, March 1, 2012

Saya Mahu Belajar Renang



Salam Khamis semua..... Comel x gambar Fik kat atas tu? hihihi... Klau korang nak tahu setiap hari khamis sejak tahun lepas lagi Fik kn bw murid2 utk latihan renang. Latihan mula dari pukul 4.30 ptg hingga 5.30 petang. Klau korang nak tahu hari ni lah kali pertama Fik turun ke dalam kolam utk try renang. Manalah th lps ni boleh jd PERENANG KEBANGSAAN ke? hihihi... Seronok gak duk dlm air tp lps naik perut mula rs lapar... apa lg membeli belah la Fik.. Tu je yg Fik nk citer happy sgt bl duk berendam dlm air kolam.. Next session Fik nk turun lg... hihihi.. 

P/S : Malam ni main badminton lak.