Followers

Tuesday, April 9, 2013

3 Bulan...


Hari ni dah genap 3 bulan arwah pergi.... Masih teringat saat menerima panggilan daripada mak yg mengatakan arwah dah xde, terkedu, x tahu nak cakap apa, menangis, x boleh nak tidur, pasang surah yassin... Sangat sedih sebab arwahlah, atuk tempat bermanja sejak kecil. Apa yg cucu dia nak dia pasti akan penuhi. Ingat waktu kecik2 dulu, dia habiskan byak duit dia utk cucu2 dia, belikan makanan ringan, air kotak, coklat, buah dan banyaklah. Arwah x pernah mengungkit apa yg dia buat untuk anak2 dia, cucu2 dia, dia rela habiskan duit dia utk melihat cucu2 dia cukup makan, cukup pelajaran. Klau cucu2 dia balik, dialah org paling excited tanya. 

Teringat masa lepas SPM, Fik kerja di stesen minyak bersama arwah. Sampai hari ni Fik masih ingat,macam benda tu baru sangat berlaku. Dia tolong belikan makanan klau kami kerja shif pagi, dia datang umah ambik Fik utk pergi kerja. Cakap apa saja mesti dia akan lakukan utk kami semua, anak beranaknya. Kenangan ini sangat sukar untuk dilupakan. Tahun ni dah xde atuk untuk kami raikan hari raya. Mesti sangat x happy, dah xde sampul duit raya untuk arwah lagi. Dulu masa arwah nenek x sempat pun nak bagi duit hasil kerja untuk arwah nenek. Rindu sangat dengan nasihat mereka berdua yg x jemu2 menasihatkan cucu2nya berjaya dalam pelajaran. Mereka berdualah tempat Fik menumpang manja, meluahkan masalah yg ada dan segala2nya dengan mereka.

Apak, amier @ Fik doakan apak ditempatkan bersama orang2 soleh. Saat melihat apak sebelum dikebumikan, sangat sayup hati Fik. Wajah apak bersinar2, Fik nangis x henti2 sebab Fik x sanggup kehilangan apak. Kesian apak menanggung kesakitan, tapi Fik x tahu macamana nak buat. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 arwah atukku, tempatkanlah dia di syurgamu Ya Allah.. Alfatihah buat arwah atukku.. Mohamad bin Din.. 

2 comments:

  1. takziah ...
    jgn bersedih ya.... :)

    ReplyDelete
  2. takziah.. be strong fik. life must go on. kita pon akan ke sana, cuma tak tahu bila

    ReplyDelete

Orang yang Comel