Followers

Tuesday, December 25, 2012

Pengalaman di Hospital....



Salam semua... Dah lama Fik x update, sbb Fik blk kg. Mesti ramai yang pergi bercuti kan masa cuti sekolah ni. Fik pun pi bercuti gak tapi kad hospital di Wad Paliatif Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang di Kuantan. Korang mesti x tahu kan apa fungsi wad ni. Kebanyakan pesakit yang masuk wad ni antara mereka yang mempunyai penyakit kritikal dan tidak berpeluang untuk pulih lagi. Fik ada kat wad ni bukannya sbb Fik yang sakit tapi atuk Fik yang sakit. Dah hampir sebulan dia dimasukkan ke wad itu dan keadaannya semakin lama semakin lemah. Dia dah x blh nak jalan sbb kansernya telah melarat ke hati, buah pinggang dan saraf. 

Alhamdulilah..... Kami sekeluarga (keluarga belah mak) bergilir2 menjaga atuk. Fik sempatlah menjaga atuk selama seminggu. Masa Fik jaga atuk hari itu, ada 6 org pesakit kat dalam wad hari tu. Kebanyakkan sakit kanser tapi pada hari ketiga Fik ada kat sana salah seorang pesakit SLE yang berumur 24 tahun telah meninggal dunia. Arwah bekerja di TUDM dan memegang jawatan pegawai kanan. Sangat sedih melihat semasa arwah sedang nazak. Sedekahkanlah al-fatihah buat arwah ya kawan2...

Apa Fik yg nampak masa kat wad tu, kita macam 1 keluarga. Boleh borak2 dan tolong antara satu sama lain. Banyak benda yg menyedarkan Fik masa Fik ada kat wad tu.. Duit bukan segalanya... Bila tengok pesakit2 yg terlantar kat sana tersenyum, Fik pun turut happy. Kalau korang nak tahu jaga orang sakit ni kena banyak bersabar dengan kerenah mereka lagi2 yg dah tua. Mereka kembali menjadi kanak2. 

Ya Allah... Kurangkanlah kesakitan atukku Ya Allah..

P/S: Kita x tahu bila kita akan mati. So, kalau ada wat salah sesama manusia cepat2lah minta maaf. Berdosa dengan Allah, cepat2lah bertaubat..


3 comments:

  1. kadang2 bila berada di hospital or kwsn perkuburan mmbuat kita sedar tntg the meaning of life..
    smoga kesakitan atok Fiq dikurangkan.. Amin...

    ReplyDelete
  2. moga atuk chekgu cepat sembuh ye.. amin..

    ReplyDelete
  3. sama-sama doakan yang terbaik untuk atuk fik.InsyaAllah

    ReplyDelete

Orang yang Comel