Followers

Sunday, December 30, 2012

Kepuasan Diri



Hari ni dah 30hb.12.2012, esok hari terakhir kita berada di tahun 2012. Maka tutuplah buku tahun 2012 bagi diri Fik. So, Fik nak minta maaf klau de wat salah kat sesiapa. Harap kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Untuk karier Fik sebagai seorang guru, Fik sangat happy pada tahun 2012 ni. Banyak kejayaan yang Fik perolehi pada tahun ini dan memberi kepuasan bagi diri Fik. Tengok senyuman Fik yg penuh ikhlas tu.. hihihihi.. Fik nak senaraikan kepuasan Fik bagi karier untuk tahun 2012.

  • Tiada Cuti Rehat Khas Yang Fik Ambil (cuti rehat khas untuk guru 7 hari)
  • 1 Hari Cuti Sakit 
  • Menghadiri semua kursus yang Fik kena pergi. (selalunya ada yang Fik tolak)
  • Menjadi Johan Koir Kod Tangan Peringkat Sekolah (Kelab Kemahiran Hidup)
  • Mendapat Anugerah Khas SK Pendidikan Khas Selangor bagi tahun 2012.
  • 2 orang murid yg Fik ajar BM berjaya lulus bagi kertas penulisan. (selalunya murid2 pekak susah nak lulus BM penulisan)
Alhamdulilah kejayaan ini hasil usaha sendiri dan juga pertolongan dari pihak sekolah serta rakan sekerja dan juga anak murid Fik. Bagi tahun 2013, Fik akan berusaha lebih lagi untuk memajukan diri dan membantu anak2 murid Fik mencapai kejayaan.. Doakan ya kawan2...

P/S : Esok meeting guru, x sabar nak tahu tugas apa menanti tahun 2013.



5 comments:

  1. selamat tahun baru fiq, moga azam dan impian yang didambakan dalam tahun 2012 telahpun tercapai . jalani 2013 dengan senyuman .

    ReplyDelete

Orang yang Comel