Followers

Tuesday, November 13, 2012

LEGOLAND : Akhirnya sampai juga...


Selamat bercuti sekolah buat semua anak2 murid dan guru2 di seluruh Malaysia.... Dah lama Fik x update blog ni. Sorrylah busy sangat sampai xde masa. Alhamdulilah pada 3 hb 11 hari tu Fik berkesempatan bersama cikgu2 n anak2 murid berkunjung ke legoland. Selalu Fik tgk iklan je tapi akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi dua bas dan dapat masuk dgn pakej sekolah RM75 1 kepala. RM60 bayaran masuk + RM15 Voucher Makanan.


Tiga orang yang comel lote ni anak-anak murid yang dipertanggungjawab untuk Fik jaga sepanjang lawatan. Klau diorang hilang nahaslah Fik.


Zumar, Syakirah dan Arif.


Dalam keretapi melihat suasana LEGOLAND... (1st activity)


Abang kena jaga adik... Naik jet...


Dalam kumpulan kami bergerak... Banyak game tapi satu tempat sejam nak tunggu giliran baru main. Fik nasihatkan klau korang nak pi, pergilah hari bekerja jangan pergi waktu cuti sekolah. Ramai manusia letih beratur ...


Bergambar kenangan sebelum pulang. Sempat main 7 game jer, dari kul 10 pagi hingga 5 petang... Penat beratur. Tapi memang best, rasa nak pi lagi satu hari nanti.


P/S : RM140 satu kepala jika x pergi secara kumpulan.

3 comments:

  1. wahhh...dah pergi...mesti seronok....

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat ke legoland. kalau kanak-kanak pergi lagi seronok

    ReplyDelete

Orang yang Comel