Followers

Friday, July 20, 2012

SAYONARA.....



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.... Satu pepatah yang biasa kita dengar tapi kadang kala x sanggup untuk kita menghadapinya. Semalam, merupakan hari terakhir buat salah sorang anak murid (gambar di atas), mulai isnin ni dia akan memulakan persekolahan di sekolah yang baru kerana mengikut keluarga berpindah. Nama anak murid Fik ni Rushdun Kamil n klau korang nak tahu dah hampir 3 tahun Fik mengajar dia bahasa melayu dan banyak perubahan juga yang Fik lihat daripada Rushdun. Dulu dia x pernah hormat guru,selalu bergaduh ngan kekawan, tapi sekarang dia sangat menghormati guru2 dan juga rakannya.


Klau korang nak tahu, hampir setiap pagi Rushdun akan jumpa Fik dan dia akan cuit dan bersalam ngan Fik dan memberitahu Fik yang dia dtg sekolah pada hari tersebut. Lepas ni dah xde lagi cuitan dan salaman dari dia. Masa mula2 Fik ajar dia, dia sangat malas dan menulis dengan tulisan yg sangat teruk. tapi setelah Fik mendekati dia baru Fik tahu macamn nak handle Rushdun ni. Nak tahu x apa Fik buat? Biarlah Rahsia.... hihihihi... 


Ni lah rakan baik Rushdun ni, almaklumlah satu kelas. Lepas ni dah tinggal berdua je lelaki dalam kls ni. Klau korang nak tahu juga, Fik lah guru kesayangan Rushdun ni. (perasan...). X caya tanya dia sendiri.


Tinggal kenangan.... Bersama rakan2 sekelas. Cikgu doakan Rushdun sentiasa berjaya walaupun di mana Rushdun berada dan sentiasa membuatkan diri semua cikgu bangga dengan Rushdun. Cikgu akan sentiasa ingat Rushdun sebab cikgu kenal Rushdun dari murid yang nakal menjadi murid yang baik. Semoga Rushdun sentiasa gembira dan berjaya walaupun berada di mana2.. Sayonara buat anak muridku, Rushdun Kamil..

1 comment:

  1. Setiap pertemuan ada perpisahan, itu lumrah dlm hidup... apa yg penting harapan ilmu yg abg berikan kpdnya dpt dia amalkan sampai bila2, insyallah mnjd bekalan abg di akhirat kelak..
    abg u ar a good teacher... :) Rushdun dan murid2 yg lain juga akn selalu mengingati abg n mz yakin mereka akan selalu mendoakan abg.. teruskan perjuangan abg ya.. :)

    ReplyDelete

Orang yang Comel