Followers

Monday, November 19, 2012

Maxis Cyberkid Camp Day 1



Mungkin hari ni cikgu2 lain sudah pun berada di kampung tapi kami guru2 di SKPK Selangor masih diberi tanggungjawab untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak MAXIS. Kami adalah sekolah pendidikan khas pertama yang menjadi rintis bagi program ini. Kami belajar macamana untuk membuat laman web sendiri menggunakan webnode. Sangat seronok walaupun, kami kena jadi pelajar pada hari ini dan mendapat tenaga pengajar yang agak tegas. hihihihi.

Gambar kat atas tu kami sekumpulan memenangi beg setelah menjadi juara dalam aktiviti team building pagi tadi. X sangka leh menang lagi2 bila kata sorakan kami tu dicipta last minute. Cayalah kumpulan THE SHAKERS... Sangat seronok dan x sabar nak sambung belajar lagi hari esok....


Sunday, November 18, 2012

Rindu Mereka.


Salam hujung minggu buat semua... Hari ni genap seminggu cuti sekolah bermula. Tapi Fik dah mula merindui telatah mereka. Perasaan ini datang setelah 2 tahun Fik cuba untuk tidak rapat dengan anak2 murid Fik. Ianya kembali menghantui diri Fik dengan telatah mereka yang comel2 itu. Perasaan ini adalah anugerah tuhan, nak menelefon mereka x boleh sebab mereka x boleh bertutur, nak 3G pun bukan semua ada telefon 3G. Hanya kenangan je lah yang dapat Fik ingati mereka. Tengok rakaman video bersama mereka jadilah. Nak tahu x siapa? 



Si Cantik namanya Aisyah, dah 3 tahun Fik ajar dia dan tahun depan tahun ke4 Fik akan ajar dia. Rindu dengan telatah dia yg cute lagi2 bila bercerita dengan kawan2nya, penuh dengan mimik muka. Sangat rajin dan pandai dalam kelas. Dia cakap dia suka belajar bahasa malaysia lagi2 cikgu Fik yang ajar kan... hahaha perasan.. Cita2nya nak jadi cikgu BM bila besar nanti. InsyaALLAH.


Yang comel ni pula, Daniel abang kepada dua orang adiknya yang kembar. Bila lalu je kelas dia ni, budak2 dia mesti panggil dia untuk beritahu yang Fik baru lalu. Dia ni cute gila, bila jumpa Fik cubit2 pipi dia. Gelagat dia yang kelakar tapi pemalu ni buat Fik mendekati dia dan bila jumpa Fik mesti minta phone nak main game. Kalaulah dia ni anak Fik, mesti hari2 leh cubit pipi dia. hihihihi...



Yang manja ni Naim, dia pun dah 3 tahun Fik ajar BM. Dia ni peminat JB (Justin Bieber), selalu nak pinjam phone nak dengar lagu baby. Dia leh dengar sikit, dia ni klau jumpa Fik mesti nak terkejutkan Fik. Bila besar nanti dia nak kerja kat F1 untuk jadi apa ntah nama pekerjaan tu yang tukar2 tayar pemandu F1 tu. Dia suka tgk cite2 lawak n ngeri2 macam cite SAW.  Fik x mampu nak tengok cite tu. Tapi apa yg Fik tahu ni manja sangat orangnya..


Ramai orang panggil dia ni SAKA Fik, selalu je ada ngan Fik. Ada je benda yang nak dia kacau. Esok dia nak amik result UPSR. Harap2 result dia oklah kan. Dia ni ok cuma kadang2 over sikit, tapi yang bestnya bila minta tolong mesti tolong punya, klau makan berselera je, x padan dengan badan kecik. Lepas ni x jumpa dah dia, sebab tahun depan dia dah masuk sekolah menengah. Fik doakan dia berjaya menjadi manusia yang berguna satu hari nanti.. 



Rindu sangat2 kat bebudak ni.. esok Fik kena pi Sekolah sampai khamis ada kursus. 
Oklah Fik nak tido dulu. Good nite!!!

Saturday, November 17, 2012

REKOD TERCIPTA...



Tanggal 16 November 2012 di Pusat Bowling Ole2 Seksyen 18 Shah Alam, Fik dengan ini telah mencipta rekod peribadi tertinggi Fik iaitu sebanyak 256 jatuhan pin bagi satu game berbanding rekod sebelum ini 217. Hihihihi... Fik n kawan serumah Fik main 6 game dari 6 game kawan Fik tu menang 5 game berturut dan Fik hanya menang di game yang ke-6 dengan jumlah ni dah sekali gus mengumpul markah keseluruhan tertinggi... Mmg happy sbb hampir setahun br blh pecah rekod sendiri. Happy sesangat.. 4 tahun dah dengan hobi Fik ni. tiap minggu mesti main... Korang ada x wat rekod tertinggi bagi diri korang, mesti ada kan... Fik nak kongsi je kegembiraan Fik ngan korang.

P/S : Ada x yang nak ajak Fik lawan main bowling...

Salah Sendiri



Atas kesalahan diri sendiri banyak gambar dalam blog Fik hilang....

SORRY.... Fik xkan delete entry2 Fik sebelum ni tapi x cantik sikit sbb gambar dah xde.

SORRY semua....

Tq to PCB sbb bagi nasihat kat Fik agar x delete entry2 sebelum ni.. 

4 Tahun kot....