Followers

Saturday, November 24, 2012

Hi Tea 2012



Hari Khamis yang lalu, jam 3.00 petang berlangsung Jamuan Hi Tea Kelab Kebajikan Guru dan Staf (KKGS) di Hotel Holiday Villa di Subang Jaya. Fik salah sorang AJK yang terlibat dalam Jamuan ini. Tema untuk tahun ni adalah Purple, so kebanyakan yang datang memakai baju berwarna purple. Antara aktiviti yang ada dalam program ni adalah cabutan no bertuah tapi semua dapat dan kemuncaknya ada penyampaian beberapa anugerah dan hadiah GRAND PRIZE.


Pemenang Anugerah Guru Paling Spoting 
Cikgu Faiz


Pemenang Anugerah Staf Paling Spoting
En. M. Syujairi


Queen of The Hi Tea
Cikgu Norhasnizah


King of The Hi Tea
Cikgu Fekhry @ Fik...


Pemenang Grand Prize
Cikgu Haryanti


Anugerah Khas SKPK SELANGOR
Cikgu Fekhry @ Fik

Fik speechless masa diumumkan sebagai pemenang bagi kategori2 tu. Mmg terkejutlah, x sangka leh dapat anugerah paling besar di sekolah. Bak kata seorang senior ni, pihak pengurusan tahu Fik wat kerja. Alhamdulilah rezeki Fik kan. Memamg terkejut dan terharu.. 


K. Nadiah n K.Masetah

Diorang berdua akan berpindah ke sekolah baru tahun depan, sedih suasana majlis masa diorg bg ucapan hampir semua cikgu2 nangis. Fik pun sama, dah lama knl diorang, diorang sangat baik dan senang nak minta bantuan. Harap2 lepas ni kt masih berhubung lagi. Hilang di mata x bererti hilang di hati. Selamat Bertugas Di Sekolah Baru..


Friday, November 23, 2012

Tamat Sudah...



Tamat sudah empat hari kami semua guru dan PPM SKPKS berkampung di Dewan Serbaguna sekolah mengikuti Program Maxis Cyberkids. Banyak sungguh yang kami pelajari, kami x kenal apa itu COURSELAB? WEBNODE? JOOMLA? WEBINAR? dan hari kami dah tau apa fungsi setiap perisian itu. Kami juga belajar tentang cara2mengedit video, bagi Fik sangat menyeronokkan. Fik letak video kumpulan Fik. Mai tengok ya.....




Selain itu juga kami dapat menghasilkan laman web sekolah.Walaupun bukan 100% siap tapi tetap nampak hasilnya. Boleh klik kat pic kat bawah ni terus akan ke laman web sekolah.


"WE ARE STRONGER
WHEN
WE ARE CONNECTED"


Thanks kepada pihak MAXIS CYBERKIDS, lepas ni kami akan teruskan our next project... Tunggu....

Monday, November 19, 2012

Maxis Cyberkid Camp Day 1



Mungkin hari ni cikgu2 lain sudah pun berada di kampung tapi kami guru2 di SKPK Selangor masih diberi tanggungjawab untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak MAXIS. Kami adalah sekolah pendidikan khas pertama yang menjadi rintis bagi program ini. Kami belajar macamana untuk membuat laman web sendiri menggunakan webnode. Sangat seronok walaupun, kami kena jadi pelajar pada hari ini dan mendapat tenaga pengajar yang agak tegas. hihihihi.

Gambar kat atas tu kami sekumpulan memenangi beg setelah menjadi juara dalam aktiviti team building pagi tadi. X sangka leh menang lagi2 bila kata sorakan kami tu dicipta last minute. Cayalah kumpulan THE SHAKERS... Sangat seronok dan x sabar nak sambung belajar lagi hari esok....


Sunday, November 18, 2012

Rindu Mereka.


Salam hujung minggu buat semua... Hari ni genap seminggu cuti sekolah bermula. Tapi Fik dah mula merindui telatah mereka. Perasaan ini datang setelah 2 tahun Fik cuba untuk tidak rapat dengan anak2 murid Fik. Ianya kembali menghantui diri Fik dengan telatah mereka yang comel2 itu. Perasaan ini adalah anugerah tuhan, nak menelefon mereka x boleh sebab mereka x boleh bertutur, nak 3G pun bukan semua ada telefon 3G. Hanya kenangan je lah yang dapat Fik ingati mereka. Tengok rakaman video bersama mereka jadilah. Nak tahu x siapa? 



Si Cantik namanya Aisyah, dah 3 tahun Fik ajar dia dan tahun depan tahun ke4 Fik akan ajar dia. Rindu dengan telatah dia yg cute lagi2 bila bercerita dengan kawan2nya, penuh dengan mimik muka. Sangat rajin dan pandai dalam kelas. Dia cakap dia suka belajar bahasa malaysia lagi2 cikgu Fik yang ajar kan... hahaha perasan.. Cita2nya nak jadi cikgu BM bila besar nanti. InsyaALLAH.


Yang comel ni pula, Daniel abang kepada dua orang adiknya yang kembar. Bila lalu je kelas dia ni, budak2 dia mesti panggil dia untuk beritahu yang Fik baru lalu. Dia ni cute gila, bila jumpa Fik cubit2 pipi dia. Gelagat dia yang kelakar tapi pemalu ni buat Fik mendekati dia dan bila jumpa Fik mesti minta phone nak main game. Kalaulah dia ni anak Fik, mesti hari2 leh cubit pipi dia. hihihihi...



Yang manja ni Naim, dia pun dah 3 tahun Fik ajar BM. Dia ni peminat JB (Justin Bieber), selalu nak pinjam phone nak dengar lagu baby. Dia leh dengar sikit, dia ni klau jumpa Fik mesti nak terkejutkan Fik. Bila besar nanti dia nak kerja kat F1 untuk jadi apa ntah nama pekerjaan tu yang tukar2 tayar pemandu F1 tu. Dia suka tgk cite2 lawak n ngeri2 macam cite SAW.  Fik x mampu nak tengok cite tu. Tapi apa yg Fik tahu ni manja sangat orangnya..


Ramai orang panggil dia ni SAKA Fik, selalu je ada ngan Fik. Ada je benda yang nak dia kacau. Esok dia nak amik result UPSR. Harap2 result dia oklah kan. Dia ni ok cuma kadang2 over sikit, tapi yang bestnya bila minta tolong mesti tolong punya, klau makan berselera je, x padan dengan badan kecik. Lepas ni x jumpa dah dia, sebab tahun depan dia dah masuk sekolah menengah. Fik doakan dia berjaya menjadi manusia yang berguna satu hari nanti.. 



Rindu sangat2 kat bebudak ni.. esok Fik kena pi Sekolah sampai khamis ada kursus. 
Oklah Fik nak tido dulu. Good nite!!!