Salam semua...... Dah lama Fik dah mengupdate blog. Busy je memanjang...Start dr sukan sekolah hinggalah ke minggu lepas. Fik nak cerita sikit tentang pengalaman yang x dapat dibeli di mana-mana supermarket mahupun di butik. hehe * mengarut lak. 14-17 Nov yg lalu Fik telah membawa pasukan sekolah yg mewakili negeri Selangor ke pertandingan Koir Bahasa Isyarat Peringkat Kebangsaan di Hotel Marina Best Western , Lumut Perak. *mmg sgt best hotel ni. Kali pertama beraksi di pertandingan koir yg penuh gemilang ni. Biasanya bertanding kat sek n buat persembahan je. Bagi yg x tahu, pertandingan Koir Kod Tangan ni disertai oleh Murid-Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Mereka menggunakan isyarat tangan untuk memberikan makna bagi setiap patah lagu. Fik yg conduct mereka kerana mereka tidak dapat mendengar.*skemanya ayat kan....hihihi. Pasukan Selangor mempersembhkn 2 buah lagu iaitu Tekad nyanyian Hazami dan I have a dream dr Westlife.
yg sorg lg tu kak epy, rakan sekuliah dulu.

Koir Kod Tangan terbesar di Malaysia (241 orang)
Fik, Ismadi n Kak epy antara 5 org yg conduct Koir ni.
Kontinjen Selangor hanya dapat Hadiah Saguhati je.
P/S: Pengalaman ni x kan Fik lupakan. Terima kasih pada semua yg membantu Fik, klau x Fik x dpt melaksanakannya. Tahun dpn kt masuk lagi buat yg lagi mantap.
No comments:
Post a Comment
Orang yang Comel