Monday, February 18, 2013
Kalaulah ada ibu bapa macam ni.....
Hari ni dah kembali bertugas, alhamdulilah banyak kerja dapat disiapkan walaupun Fik x berapa sihat tetiba pagi tadi. Tapi lps makan ubat terus sihat sebab anak2 murid penyembut sakit Fik. Sebelum Fik tidur, Fik nak kongsikan satu petikan dialog yg Fik jumpa kat FB.. JOM baca..
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia p...ergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulakuntuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang barubalik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesiantauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruksbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolahjugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tupon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgupeah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahanuntuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budaktu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih menghargai dan menghormati jasa guru-guru.
P/S : Kalau korang semua nak tahu inilah keadaan yg berlaku sekarang guru pentingkan kejayaan anak murid berbanding urusan diri sendiri. Klau ada ibu bapa kampung yg macam ni mesti cikgu sangat terharu dan di hargai. Masihkah ada di zaman sekarang? renung2kan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Guru or Cikgu...satu perkataan yang mudah...tapi peranan yang besar...Satu perkataan yang punya seribu tanggungjawab yang bakal melibatkan bangsa,agama dan negara kita...Hope kita sentiasa bersatu bagi mendidik anak bangsa kita...Hope juga kita dapat bersatu dengan semua masyarakat dalam mendidik mereka
ReplyDelete