Followers

Sunday, April 1, 2012

DEAFINITE

Korang tahu x gambar apa tu? Hihihi... Ni lah nak kasi jeles sikit... Ni gambar PALACE OF THE GOLDEN HORSES. Nak tahu kenapa Fik letak gambar ni? Hihihi Byklah tanya2... Sebenarnya sekolah Fik dijemput membuat persembahahan pada majlis DEAFINITE, iaitu MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Menaiki bas menuju ke PALACE OF THE GOLDEN HORSE.

Dah sampai posing2 dulu...

Kalah anak murid bila cikgu2 bergambar.
Posing lagi.....

Kat dalam bilik persalinan standby sebelum wat show...

Putih muka budak2 ni...

Bersama penari samrah lelaki, perempuan tengah make up.

Kumpulan KOIR KOD TANGAN memulakan persembahan dengan 3 buah lagu. Lagu pertama Hari Ini dan Semalam di conduct oleh Fik, lagu kedua Kisah Dongeng di conduct oleh kak Masetah n lagu terakhir Ku Ada Kamu di conduct oleh kak Laila.

Tarian Samrah di bawah bimbingan guru pelatih dari IPGIK, Syar Mezee dan Hafizin.

Masa makan telah tiba apa lagi makan habis-habisan.

Bayak giler makanan pecah perut dibuatnya. Chinese Food best2.. Lagi2 bila makan free... Murid2 pun teruja.

Sebelum balik VVIP bergambar kenangan dengan semua student... Seronok2..

P/S : Terima Kasih kepada Cikgu Ain sebab sudi menjadi jurumekap... 

Thursday, March 29, 2012

KERJA MESTI IKHLAS...



Salam Khamis semua..... Rasa2 korang senyuman Fik kat atas tu senyuman ikhlas ke senyuman terpaksa? Hihihi.. Sebenarnya tu senyuman yg sangat ikhlas walaupun terpksa control sebab nak nampak hensem. hihihi hensem ke? Gambar tu Fik snap sendiri n masa ni Fik tengah tgu BFF Fik datang. Siapa x happy klau BFF dia datang kan. K.lah kita lupakan pasal gambar ni. 

Sebenarnya Fik nak cerita ttg IKHLAS. Klau kita ikhlas terhadap sesuatu kerja kita tanpa mngharapkan apa2 balasan pasti kita dapat hasil yg sangat baik dan menceriakan hidup kita. Sebagai contoh team bola sepak sekolah Fik. Cikgu2 yg ikhlas melatih walaupun saiz anak2 murid kecil tapi ttp akan membuahkan hasil. Dah lama sek kami kemarau untuk menang perlawanan tapi berkat usaha cikgu2 dan murid akhirnya mereka telah menang 3 daripada 4 perlawanan. Klau korang nak tahu mereka walaupun cacat pendengaran dan perlu bertanding dengan murid2 yang normal, mereka dah buktikan yang mereka pun boleh buat. Mereka x boleh menjerit untuk meminta bola dari kawan mereka tapi penglihatan mereka sangat tajam. Syukur dan Tahniah buat mereka. Esok pagi mereka akan bertanding untuk separuh akhir. Fik doakan mereka berjaya. (Gambar diorg ada dalam entry hari semalam).

Cerita pasal IKHLAS lagi, kita mesti sentiasa buat sesuatu tu bukan untuk nama. Cakap IKHLAS, tapi jumpa semua orang cerita yg dia IKHLAS. Orang yg IKHLAS xkan beritahu apa yg telah dia buat pada orang lain. Fik sangat seronok berada di SK PENDIDIKAN KHAS SELANGOR sebab cikgu2 yg sangat senang untuk memberi kerjasama dan dapat membantu jika rakan setugas mengalami sebarang masalah. Seronok sangat, sbb susah nak dapat di tempat kerja yang lain. 

K.lah Fik dah x nak membebel panjang, untuk semua kawan2 yg baca entry ni kita kena IKHLAS ya. Jangan nakkan nama sangat. Buat kerja perlukan keikhlasan dan juga kejujuran. Sekian.....

P/S: Malam Esok Murid2 Fik buat persembahan KOIR KOD TANGAN dan TARIAN di Palace of the Golden Horses.

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY 2012 # 4


P/S : Mereka sedang bertanding dalam Perlawan Bola Sepak MSSD. Semoga Berjaya....

Friday, March 16, 2012

HAPPY BIRTHDAY ISHA.....

Salam Jumaat semua..... sorry dah lama Fik x update blog sebab Fik balik kg. Cuti sek kan... So Fik pun cutilah sama. Best x kek kat atas tu? Sebenarnya masa balik kg kami adik beradik adalah wat makan2 sempena birthday adik bongsuku... Mesti dah tahu kan siapa adik bongsu Fik? Mestilah ISHA... Dah 8 tahun dah umur dia... Terasa tua lak Fik sbb beza umur Fik ngan dia 20 tahun..... Jom nak tengok BIRTHDAY GIRL ni berposing.... Ni mak Fik yg srh Fik snap PICTURE dia.....



SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-8 

Semoga adik jadi anak yg baik, adik yang baik, murid yang berdisiplin,berjaya dalam hidup, dan yang paling penting jangan nangis2 dah ya. Adik dah besar... Nanti dah besar leh tolong mak ayah n abg ya dik... hihihi...