Followers

Saturday, November 17, 2012

REKOD TERCIPTA...



Tanggal 16 November 2012 di Pusat Bowling Ole2 Seksyen 18 Shah Alam, Fik dengan ini telah mencipta rekod peribadi tertinggi Fik iaitu sebanyak 256 jatuhan pin bagi satu game berbanding rekod sebelum ini 217. Hihihihi... Fik n kawan serumah Fik main 6 game dari 6 game kawan Fik tu menang 5 game berturut dan Fik hanya menang di game yang ke-6 dengan jumlah ni dah sekali gus mengumpul markah keseluruhan tertinggi... Mmg happy sbb hampir setahun br blh pecah rekod sendiri. Happy sesangat.. 4 tahun dah dengan hobi Fik ni. tiap minggu mesti main... Korang ada x wat rekod tertinggi bagi diri korang, mesti ada kan... Fik nak kongsi je kegembiraan Fik ngan korang.

P/S : Ada x yang nak ajak Fik lawan main bowling...

Salah Sendiri



Atas kesalahan diri sendiri banyak gambar dalam blog Fik hilang....

SORRY.... Fik xkan delete entry2 Fik sebelum ni tapi x cantik sikit sbb gambar dah xde.

SORRY semua....

Tq to PCB sbb bagi nasihat kat Fik agar x delete entry2 sebelum ni.. 

4 Tahun kot....



Wednesday, November 14, 2012

Sabar kan Separuh Dari Iman



Alhamdulilah...... Allah memberi sifat sabar kepada setiap umatnya. Fik pun x terkecuali, banyak sifat sabar yang Allah beri pada Fik dan menjadikan Fik sekuat ini dan berjaya melalui liku2 kehidupan yang penuh cabaran. Sabar Fik bermula Fik dari kanak2 lagi, Fik jarang diberi kebenaran untuk keluar bermain seperti kanak2 lain sbb Fik kn jaga adik2 Fik pd masa tu. Mak ayah Fik orang susah. Fik juga bersabar bila ada kawan2 yang memulau Fik sbb ketidaksempurnaan yang ada pada Fik. Fik sangat bersabar bila berada di Menara Gading, hanya mampu melihat apa yang org beli sedangkan Fik kena berjimat cermat. Alhamdulilah Fik dah pun beroleh Ijazah dan pekerjaan yang sangat Fik sukai. Fik juga bersabar bila berhadapan dengan anak2 istimewa Fik yang x sesempurna orang lain. Fik sangat sayang pada mereka. Fik juga bersabar bila diberikan tugasa secara paksa dan kini alhamdulilah Fik redha dengan ketentuan itu. Fik sangat bersabar dengan kerenah kawan2 sedangkan mereka tahu berjanji tapi x menepatinya. Fik setia menunggu tapi mereka telah mempergunakan kesetiaan Fik itu utk kepentingan dr mereka. Hanya Allah saja yang tahu di tahap mana kesabaran Fik. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali2. dengan harapan dia akan berubah. Oleh itu, rakan2 semua sentiasalah bersabar kerana Allah sentiasa bersama kita.

P/S : Luahan Seorang Yang Di Anugerahkan Sifat Penyabar


Tuesday, November 13, 2012

LEGOLAND : Akhirnya sampai juga...


Selamat bercuti sekolah buat semua anak2 murid dan guru2 di seluruh Malaysia.... Dah lama Fik x update blog ni. Sorrylah busy sangat sampai xde masa. Alhamdulilah pada 3 hb 11 hari tu Fik berkesempatan bersama cikgu2 n anak2 murid berkunjung ke legoland. Selalu Fik tgk iklan je tapi akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi dua bas dan dapat masuk dgn pakej sekolah RM75 1 kepala. RM60 bayaran masuk + RM15 Voucher Makanan.


Tiga orang yang comel lote ni anak-anak murid yang dipertanggungjawab untuk Fik jaga sepanjang lawatan. Klau diorang hilang nahaslah Fik.


Zumar, Syakirah dan Arif.


Dalam keretapi melihat suasana LEGOLAND... (1st activity)


Abang kena jaga adik... Naik jet...


Dalam kumpulan kami bergerak... Banyak game tapi satu tempat sejam nak tunggu giliran baru main. Fik nasihatkan klau korang nak pi, pergilah hari bekerja jangan pergi waktu cuti sekolah. Ramai manusia letih beratur ...


Bergambar kenangan sebelum pulang. Sempat main 7 game jer, dari kul 10 pagi hingga 5 petang... Penat beratur. Tapi memang best, rasa nak pi lagi satu hari nanti.


P/S : RM140 satu kepala jika x pergi secara kumpulan.