Followers

Thursday, February 21, 2013

RELIEF KELAS SENI...



Hi semua... hari ni Fik dapat relief ajar pendidikan seni ganti cikgu yana yg x datang hari ni. Relief tu pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulilah kelas Fik habis kul 9.10, sempat lah cari idea utk buat pe waktu relief seni nanti. So Fik buatlah origami kotak dan di tambah dengan gambar2 doodle comel yg Fik amik dari blog fizgraphic.com. Fik ni bukanlah berseni sangat tapi bolehlah dr satu jam tu murid2 x buat pe, baik Fik buat sesuatu. Fik suruh diorg siapkan dua origami kotak tu. Itulah hasilnya.. Comel x?


Pandangan dari atas...


Hasil terbaik perempuan dan lelaki.


Mereka2 nilah tuan punya origami tu..


P/S : Harap2 lepas ni leh dapat lagi relief kls seni.. seronok sangat.

Wednesday, February 20, 2013

Fik dan Oh My English....



Salam Rabu buat semua, ada masa free sikit hari ni, so bolehlah update blog. Dalam pukul 12.00 tghari nanti bermulalah pengajaran pertama mengantikan Kak Darwina mengajar English di kelas LD @ 4S1. Kelas yg sangat special di sekolah ini, murid2 yg ada masalah pendengaran dan di tambah lagi dengan masalah pembelajaran. Ada yg x boleh menulis, ada yg hiperaktif dan ada juga yang autisme. Bolehkah Fik mengajar mereka dengan jayanya dalam 3 bulan ni. Harap2 mcm tu lah.. Pagi2 kena ajar BM n lepas rehat kena ajar BI.. di tambah pulak mengajar dalam bahasa isyarat. Berapa byk bahasa dah tu. hihihihi... Harap2 dapat boleh lakukan yg terbaik.

P/S : Doakan untuk Fik ya semua.

Monday, February 18, 2013

Kalaulah ada ibu bapa macam ni.....


Hari ni dah kembali bertugas, alhamdulilah banyak kerja dapat disiapkan walaupun Fik x berapa sihat tetiba pagi tadi. Tapi lps makan ubat terus sihat sebab anak2 murid penyembut sakit Fik. Sebelum Fik tidur, Fik nak kongsikan satu petikan dialog yg Fik jumpa kat FB.. JOM baca..

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…

A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia p...ergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulakuntuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang barubalik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesiantauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruksbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolahjugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tupon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgupeah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahanuntuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budaktu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih menghargai dan menghormati jasa guru-guru.


P/S : Kalau korang semua nak tahu inilah keadaan yg berlaku sekarang guru pentingkan kejayaan anak murid berbanding urusan diri sendiri. Klau ada ibu bapa kampung yg macam ni mesti cikgu sangat terharu dan di hargai. Masihkah ada di zaman sekarang? renung2kan...

Sunday, February 17, 2013

Lelaki dan Novel...




Esok dah kembali bertugas setelah bercuti selama seminggu.. Semalam duk terbaca 1 blog member yg memberi cadangan dengan satu cite novel dan hari ni Fik pergi mencari novel tersebut dan sudah membacanya 100 mukasurat. Mmg best jalan ceritanya, bila dah baca novel kt meletakkan dr kita salah satu watak dlm novel tu. Mestilah watak hero kan... 

Korang rasa pelik x bila lelaki baca novel? Lagi2 novel cinta. Rasanya x pelik kan, sbb membaca hak individu semua org. X kisahlah apa jenis bacaan selagi x kacau org. Fik x suka bila sesetengah org memandang pelik dan mengatakan org lelaki yg membaca novel ni berjiwa lembut or dlm bhs kasarnya pondan. Tolonglah hentikan pandangan itu, daripada membaca benda yg x berfaedah or x berapa elok baik baca novel kan.....

X sabar Fik nak habiskan pembacaan novel ni. Harap2 minggu ni habislah. Tq sangat pada member blogger Lulu Caldina sebab bg suggestion ni.

P/S : x sabar nk jumpa anak murid esok.