Followers

Saturday, February 16, 2013

Saya Bangga Menjadi Seorang Guru




Alhamdulilah sebab Allah telah memberi Fik peluang untuk mendidik anak murid yang Fik sayangi walaupun mereka tidak senormal murid lain. Gambar kat atas ni Fik dapat dari seorang kawan yg mengTAGkannya kpd Fik. Memang ada betulnya apa yg tertulis di atas, Fik pernah melalui semua ini kecuali pemandu ambulans sebab Fik xde kereta. Banyak lagi tugas cikgu yg tersenarai kat atas tu. Sebenarnya, Fik sangat seronok menjadi seorang cikgu sebab Fik blh belajar semua itu. Walaupun x pandai melukis sampai digelakkan oleh anak murid, lama2 lukisan tu menjadi bertambah cantik. Jadi Cikgu sebenarnya kita boleh menambahkan ilmu yg sedia ada. 

Fik memilih kerjaya sebagai cikgu ni sebab cikgu2 Fik dahulu. Mereka sangat baik dan sentiasa membantu anak murid. Masih igt di waktu sek rendah, cikgu2 membuat kelas tambahan tanpa meminta sesen pun bayaran. Yang paling manis buat Fik, cikgu Fik yg mengajar BM ms sekolah rendah melihat Fik menerima Ijazah semasa konvokesyen Fik dahulu. Kenangan yg Fik xkn lupakan sampai bila2.


Cikgu Basri yg sebelah Fik tu... Dialah yg tengok Fik konvo dulu..


Masa Fik di sekolah menengah pun sama, dpt cikgu2 yg berdedikasi yg menjaga ank muridnya umpama anaknya sendiri. Fik masa igt Cikgu Azhar yg sangat sporting, walaupun hanya subjek Sains Pertanian yg dia ajar sama macam subjek Kimia yg di ajar oleh guru lain. Sekarang dia pun dah bergelar doktor, sangat mengagumi beliau. Dia suka buat kelas tambahan hari sabtu n ahad dan siap srh kami pergi kelas tambahan setelah habisnya cerita dragon ball ( masa tu kartun tulah yg famous). Cikgu Normah pun sama, sampai sekarang masih berhubung di FB, dialah org plg rsau masa anak2 muridnya nak amik STPM lagi2 paper dia EKONOMI 2. Korang nak tahu masa Fik duk sibuk exam STPM, Fik boleh kerja di bazar Ramadhan dan terkantoi dgn suami cikgu Normah ni. Apalagi kena berleterlah lps tu, tapi dia faham knp Fik bekerja sbb Fik nak cari duit utk hari raya. Alhamdulilah, Fik sangat seronok bila berjaya. 

Siapa2 yang masih belajar tu, hargailah guru2 anda, kerana kejayaan seseorang itu bukan hanya dari doa ibu bapa tapi juga dari cikgu2 kita. Kerana mereka kita kenal ABC, 123, Alif Ba Ta..... 


3 comments:

Orang yang Comel