Followers

Saturday, February 5, 2011

Teman Persekolahan

Cuti sempena tahun baru cina dah habis. aku dah pun blk shah alam.. sebelum balik, nak gak jumpa member2 aku.. akhirnya kami dapat lah jumpa walaupun ber6 je. nak wat camne perancangan ad-hoc so yg dtg pun ad-hoc lah.

Selalu port kami kat KFC bandar jerantut. Kali ni kami tukar port baru, kami bertemu di Pizza. Macam biasalah, yg ambik aku En. Kamarul (thanks ya). Terima kasih gak pada yg sudi datang, Jue, Maz, Zuera & her husband (pengantin baru ni). hehehe... Ari tu masa zuera kawin aku x pi last2 dpt gak jumpa.

Sebenarnya ni lah geng2 yg selalu memeriahkan majlis. Ada lg tapi diorg busy. Xpe lain kali kt plan lg ya... Seronok sekali sekala bercerita. hehehe...... Rindu Bangat Sama Korang Semua......



kami berlima........


zuera, jue & kamarul


aku ngan husband zuera


aku ngan maz (bakal bergelar bapa x lama lg)


aku ngan jue (posing kat uptown jantut)


singgah kt kedai member kt uptown
(tp dia x ada)

Thursday, February 3, 2011

happy birthday !!!!!!


Selamat Hari Jadi!!!!!
Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki......
Semoga Sentiasa Tabah Dan Terima Dugaan Sebagai Pengalaman.......

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2011


Aku nak ucapkan selamat tahun baru cina to all chinese member...
Thn ni thn arnab..hehehe
Nak angpow n limau mandarin leh.......

Tuesday, February 1, 2011

PELIK TAPI BENAR


Korang percaya x tiap kali aku blk kampung mesti kucing2 kat umah aku ada yg beranak/melahirkan anak. Kali ni 2 ekor kucing betina kat umah aku beranak. Pagi td br je yg putih beranak, beberapa hr sebelumnya yg hitam. Kedua2nya dapat 2 ekor anak. Benda ni selalu terjadi bl sekali sekala aku balik kg. Bila aku blk mesti ank kucing yg lahir sblm ni dah besar. Sekarang ni dah ada 10 ekor kesemuanya kucing kat umah aku.



Tentang pengalaman ngan kucing ni, 7 tahun lps aku ada sekor kucing ni, dia mmg rapat sgt ngan aku. selalu tido ngan aku. Pada 1 hr tu dia nak beranak siap panggil aku untk temankan dia beranak. hehehe... lucu gila tp ia kenyataan. Aku tertido tgu dia nak beranak. hehehehe... PELIK tapi BENAR kan? sekian
......


** Pic kucing hanya hiasan (nak isi pic kucing aku x leh sbb org tua ckp
x baik
tangkap gambar kucing nanti kucing mati) hehehe....