Followers

Saturday, August 4, 2012

Xde Kerja Dah...


Gambar ni Fik amik hari semalam bersama dua org anak murid Fik yang sangat sporting ni... Ni masa lepas exam ASL.... Diorang jawab exam mmg cpt n bila dah xde kerja diorg suka kacau cikgu diorang yang cute lagi kacak ni (perasan lak). Hihihihi jangan marah. Kena puji diri sendiri sbb org lain ssh nak puji kita. Tahun ni tahun ke-3 Fik ajar diorang n Fik mmg sangat syg kat diorang ni sbb diorang ni sgtlah rajin n cepat je tangkap apa yang Fik ajar. Anak murid yg lain pun Fik sayang gak... Comel lak bila pkai baju melayu purple ni. hahahahahaha perasan sekali lagi. jangan pengsan ya.

Friday, August 3, 2012

Semoga Berbahagia dan Doakan Aku....


Setelah lama x mengunjungi blogmu, pagi ini aku mengunjunginya... Ya Allah, walaupun hati ku ini masih lagi mengingatimu tapi aku bersyukur sebab kau telah mendapat kebahagiaan yang kau idamkan walaupun  bukan dari diriku ini. Aku harap kau sentiasa taat kepada dirinya. Aku akan sentiasa redha walaupun aku tahu aku masih x dapat melupakanmu. Terima Kasih Ya ALLAH kerana memberi aku peluang untuk merasai perasaan ini. Dulu kau selalu bersedih tapi sekarang kau dah mula tersenyum. aku doakan senyuman itu sentiasa bersamamu buat selamanya. Minta maaf atas segalanya dan terima kasih kerana memberi peluang aku untuk mengenalimu selama tempoh 4 tahun lebih ini. Kini aku hanya boleh mendekatimu melalui penulisan di blogmu. 

Jika kau masih seperti dulu membaca blog ini, berjanjilah denganku, jangan kau menangis lagi seperti dulu. Aku tahu semua ini takdir dariNYA yang maha kuasa, ada sebab semua ini terjadi. Aku akan sentiasa mendoakan dirimu dan aku harap kamu juga begitu. Semoga pengalaman ini membuatkan diriku sentiasa kuat dan sentiasa mengingati penciptaku. Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa2 ku. Aku harap aku juga akan mendapat kebahgiaan seperti yang kau rasainya sekarang. Terima Kasih untuk segalanya dan maafkanlah segala kekhilafan yang aku telah lakukan kepadamu. Semoga kita sentiasa dirahmati olehNYA... 

Wednesday, August 1, 2012

Aku yang x sempurna...


Tiba2 hari ni dada aku rasa sangat sakit. Mungkinkah kesakitan untuk mengingatkn aku atas dosa yg pernah aku lakukan. Ya Allah aku tahu aku memang x sempurna tapi aku mahu berubah menjadi yang lebih sempurna. Sejak kebelakangan ini, aku rasa amat berlainan bila berada di tempat kerjaku. Macam ada sesuatu jer. Mungkin aku ada wat kesilapan yang memang aku x nampak. Aku tahu kadang2 mulut aku ni memang celupar sikit. Hari ini aku pergi melawat salah satu blog yang menceritakan tentang diriku. Walaupun ianya x dinyatakan namaku tapi aku pasti memang perkara itu adalah tentang diriku yang x sempurna ini.

Aku pernah menanya pada si penulis apa yang org pernah cakap tentang diri aku? mungkin aku x sedar kdg2 aku menyakitkan hati orang lain. Tapi sebarang jawapan yang aku kerana dia mungkin takut yang aku akan mencari siapa yg memperkatakan aku itu. Terima Kasih kerana cuba mempertahankan aku semasa orang itu menceritakan tentang keburukanku. Tapi aku rasa sangat tidak adil bila hal yang diceritakan orang itu tidak ditanyakan padaku. Dengan hanya mendengar dari sebelah pihak, ianya xkan tahu mana yang betul mana yang salah.

Terima Kasih kerana menyanjungku tapi aku tidak berhak untuk disanjung. Aku bukan sempurna untuk disanjung. Untuk pengetahuanmu, member2 yang rapat denganku ini, sudah empat tahun bersamaku waktu aku susah @ senang. Mungkin mereka pernah menyakitkan hatiku tapi itu adat bila berkawan. Tapi aku x faham kenapa orang lain ingin memburuk2kan kami.Padahal masa aku susah xde pun yang datang nak hulurkan bantuan kepadaku tapi member2 rapatku inilah yang banyak menolongku. Harap jika kamu membaca terima kasih ya kerana ingin mengeratkan hubungan silaturrahim denganku. Aku minta maaf jika ada salah silap.


Ya Allah,
Kau matikanlah aku di dalam keadaan yang amat suci,
Banyak beribadat, X menyakitkan hati orang,
Ya Allah ampuni dosa2ku,
Dosa2 ibu bapaku, Sahabatku, Anak2 muridku,
Guru2ku dan Orang Islam...
Sesunguhnya aku tahu aku x sempurna...



Walkie Talkie On Phone



Korang pernah x nampak logo kat atas ni...... klau korang nak tau ni salah satu perisian walkie talkie yang boleh digunakan pada smartphone, nama perisian ni Zello Walkie Talkie. Korang x yah dah nak beli walkie talkie sbb dgn menginstallnya di phone anda akan boleh bercakap dengan kawan anda secara free walaupun berkilo meter jauhnya. Klau Walkie Talkie mungkin korang dapat bercakap dlam jarak 100 m je. Fik dapat tau ni pun dari kawan sekerja Fik n sekarang kami dah gunakannya. Yang paling penting korang kenalah ada internet dalam smartphone korang. Klau xde x leh la guna. 

Macam2 perisian skrg ni, klau utk sms free lah leh guna Whatsapp. Mmg best tapi kenalah ada internet ya kawan2. Zello Walkie Talkie ni korang leh borak secara individu or kumpulan. Boleh setting kat situ, mmg best tapi kawan Fik yang baru guna perisian ni baru 3 orang jer. Korang cubalah ya, boleh borak ngan kawan2 korang free jer tp mesti ada internet. Selamat mencuba ya kawan2....