Followers

Wednesday, August 1, 2012

Aku yang x sempurna...


Tiba2 hari ni dada aku rasa sangat sakit. Mungkinkah kesakitan untuk mengingatkn aku atas dosa yg pernah aku lakukan. Ya Allah aku tahu aku memang x sempurna tapi aku mahu berubah menjadi yang lebih sempurna. Sejak kebelakangan ini, aku rasa amat berlainan bila berada di tempat kerjaku. Macam ada sesuatu jer. Mungkin aku ada wat kesilapan yang memang aku x nampak. Aku tahu kadang2 mulut aku ni memang celupar sikit. Hari ini aku pergi melawat salah satu blog yang menceritakan tentang diriku. Walaupun ianya x dinyatakan namaku tapi aku pasti memang perkara itu adalah tentang diriku yang x sempurna ini.

Aku pernah menanya pada si penulis apa yang org pernah cakap tentang diri aku? mungkin aku x sedar kdg2 aku menyakitkan hati orang lain. Tapi sebarang jawapan yang aku kerana dia mungkin takut yang aku akan mencari siapa yg memperkatakan aku itu. Terima Kasih kerana cuba mempertahankan aku semasa orang itu menceritakan tentang keburukanku. Tapi aku rasa sangat tidak adil bila hal yang diceritakan orang itu tidak ditanyakan padaku. Dengan hanya mendengar dari sebelah pihak, ianya xkan tahu mana yang betul mana yang salah.

Terima Kasih kerana menyanjungku tapi aku tidak berhak untuk disanjung. Aku bukan sempurna untuk disanjung. Untuk pengetahuanmu, member2 yang rapat denganku ini, sudah empat tahun bersamaku waktu aku susah @ senang. Mungkin mereka pernah menyakitkan hatiku tapi itu adat bila berkawan. Tapi aku x faham kenapa orang lain ingin memburuk2kan kami.Padahal masa aku susah xde pun yang datang nak hulurkan bantuan kepadaku tapi member2 rapatku inilah yang banyak menolongku. Harap jika kamu membaca terima kasih ya kerana ingin mengeratkan hubungan silaturrahim denganku. Aku minta maaf jika ada salah silap.


Ya Allah,
Kau matikanlah aku di dalam keadaan yang amat suci,
Banyak beribadat, X menyakitkan hati orang,
Ya Allah ampuni dosa2ku,
Dosa2 ibu bapaku, Sahabatku, Anak2 muridku,
Guru2ku dan Orang Islam...
Sesunguhnya aku tahu aku x sempurna...



1 comment:

  1. sabar fik. dugaan bulan puasa.. bagi alamat umah ye, nak bagi kad raya

    ReplyDelete

Orang yang Comel