Followers

Wednesday, August 8, 2012

Shopping Raya.......


Tahun ni tahun ke-2, Fik dipilih untuk mengikut murid membeli belah pakaian hari raya untuk murid-murid  yang x berkemampuan. Tahun ni sekali lagi kami berkunjung ke Mydin USJ. Rombongan shopping kami membawa 24 orang murid (sepatutnya 26 orang lagi 2 org x dtang tapi tetap kami shoppingkan untuk mereka) bersama 9 orang guru (termasuk Fik) dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Sampai kat Mydin ni kami disambut oleh beberapa orang staf yg akan membantu kami untuk shopping. 


Ni masa on the way dlm bas nak pi Mydin USJ. Budak comel ni lah yang akan Fik tolong carikan baju untuk dia. Sebenarnya kat sekolah planningnya lain sampai kat Mydin jadi lain, yg penting dapat crkan baju yg terbaik untuk mereka. hihihi...


Yang sorang lagi ni adik dia, Zamir. Kembarnya Zumar xnak pulak tangkap gambar. hihihihi


Ni lah hasil pencarian baju untuk Danial... Dengan budget RM80, Fik berjaya cari sepasang baju melayu, songkok, kasut, butang baju melayu, samping dan sepasang selipar. Hihi.. Seronok si Danial ni sbb dia sorang je yg dapat selipar, orang lain dapat selipar @ kasut je.


Ni lah bakul untuk shopping, tengok Danial ni semangat je dia bawa bakul dia sendiri. Masa nak pilih baju untuk dia xdelah cerewet semuanya dia serah kat Fik... angguk je kepala dia..


Ni masa dah habis bayar, tunggu member2 lain lak... Tengok diorg semua happy dapat beli baju raya. ni acara tahunan sekolah untuk membantu murid2 x berkemampuan.

Sebelum balik kenalah salam dulu dan ucapan terima kasih. Staf kat Mydin USJ ni sangat peramah dan senang hati melayan anak2 istimewa kami ni. Walaupun komunikasi dengan anak2 kami terhad mereka tetap tersenyum. Yang penting banyak diskaun yang kami dapat. Thank u Mydin USJ. Tahun depan ada rezeki kami datang lagi.

3 comments:

  1. baguslah.at least diorg rasa jugak hari raya nanti. wah, fik x shopping sekali ke

    ReplyDelete

Orang yang Comel