Sekejap je bulan ramadhan tahun ni.... Terlalu cepat Fik rasakan. Baru je kejap tadi sahabat baik Fik balik ke rumahnya. Terima kasih temankan Fik selama dua hari ni.... Ntah ada lagi x kenangan macam ni utk tahun hadapan. Fik ada satu persoalan di sini dan ianya sering diperkatakan oleh ramai orang. Betul ke kawan kita ni mencerminkan diri kita? Maksudnya jika kawan kita tu jahat so kita pun akan jadi jahat dan jika kawan kita baik, kita pun akan jadi baik.
Pada pendapat Fik, semuanya terletak pada hati kita dan kekuatan iman kita. X semestinya bila kita berkawan dengan kawan kita yang dr zahirnya nampak jahat, kita akan jadi jahat juga. Kadang2 manusia ni nampak jahat pada sesuatu perkara je tapi benda lain dia baik. Begitu juga bila kawan kita ni memang baik, kita akan terus jadi baik. Kadang2 kita still buat benda yang jahat tu di belakang kawan kita. Sebagai contohnya, Fik ramai kawan yang merokok tapi Fik x pernah pun terjebak dengan gejala ni. Ada gak orang cakap" Iman x boleh diwarisi". Walaupun ayah kita ustaz x semestinya anaknya akan menjadi baik seperti ayahnya. Begitu juga dengan kawan kita, walaupun dia x berapa nak baik kita jangan ikut kelakuannya tapi kita kena terima sifatnya itu dan sentiasa mendoakan dia supaya berubah pada suatu hari nanti.
Fik terpanggil untuk mengutarakan isu ini sebab ada segelintir orang disekeliling Fik mengatakan yang Fik ni terikut2 dengan kawan2 Fik. Fik x pernah pun ikut mereka kerana tindakan yang Fik lakukan itu datang dari diri Fik sendiri. So sahabat2 semua, anggaplah kawan2 kita yang jahat or baik tu sbg orang yang paling faham mengenai diri kita. Kita x perlu mengikut perkara2 yang jahat mereka lakukan tapi ambil yang positif dari diri mereka. Yang buruk itu sesungguhnya datang dari diri kita sendiri dan Yang baik itu dari Allah S.W.T. Renung2kan, so hargailah kawan2 kita, selagi mereka ada disekeliling kita. Dan selalulah memaafkan kawan2 kita walaupun ada perkara yang x baik pernah mereka lakukan kpd diri kita... Mudah-mudahan mereka akan menjadi yang terbaik nanti. InsyaALLAH...
lebih baik jadi diri sndiri kn... apa yg penting, abg percaya pd diri abg..
ReplyDelete