Setelah lama x mengunjungi blogmu, pagi ini aku mengunjunginya... Ya Allah, walaupun hati ku ini masih lagi mengingatimu tapi aku bersyukur sebab kau telah mendapat kebahagiaan yang kau idamkan walaupun bukan dari diriku ini. Aku harap kau sentiasa taat kepada dirinya. Aku akan sentiasa redha walaupun aku tahu aku masih x dapat melupakanmu. Terima Kasih Ya ALLAH kerana memberi aku peluang untuk merasai perasaan ini. Dulu kau selalu bersedih tapi sekarang kau dah mula tersenyum. aku doakan senyuman itu sentiasa bersamamu buat selamanya. Minta maaf atas segalanya dan terima kasih kerana memberi peluang aku untuk mengenalimu selama tempoh 4 tahun lebih ini. Kini aku hanya boleh mendekatimu melalui penulisan di blogmu.
Jika kau masih seperti dulu membaca blog ini, berjanjilah denganku, jangan kau menangis lagi seperti dulu. Aku tahu semua ini takdir dariNYA yang maha kuasa, ada sebab semua ini terjadi. Aku akan sentiasa mendoakan dirimu dan aku harap kamu juga begitu. Semoga pengalaman ini membuatkan diriku sentiasa kuat dan sentiasa mengingati penciptaku. Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa2 ku. Aku harap aku juga akan mendapat kebahgiaan seperti yang kau rasainya sekarang. Terima Kasih untuk segalanya dan maafkanlah segala kekhilafan yang aku telah lakukan kepadamu. Semoga kita sentiasa dirahmati olehNYA...
Insyallah suatu hari akn ada sinar utk abg, n suatu hari akn ada insan yg benar-benar memberi kebahgian kpd abg.. :)
ReplyDeleteInsan yg baik adalah utk org yg baik :)
Semoga bahagia dunia akhirat..selamat hari raya,maaf zahir dan batin..
ReplyDelete