Followers

Friday, August 10, 2012

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack.






PRIZE x 2

AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)



JOM JOIN contest anjuran blogger terkenal EQBAL ZACK... Fik saja nak cuba2 mana tahu leh dapat hadiah kat atas ni ke.. Klau korang nak join kenalah baca syarat2 yang EQBAL ZACK berikan. Sangat senang tapi kenalah kreatif...  Baca sendiri ya.. Selamat mencuba....


Send a Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in no more than 50 words ................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Rules
1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted viaCONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash. 




Fik nak tagged blogger HAWIS untuk join contest ni...

Wednesday, August 8, 2012

Shopping Raya.......


Tahun ni tahun ke-2, Fik dipilih untuk mengikut murid membeli belah pakaian hari raya untuk murid-murid  yang x berkemampuan. Tahun ni sekali lagi kami berkunjung ke Mydin USJ. Rombongan shopping kami membawa 24 orang murid (sepatutnya 26 orang lagi 2 org x dtang tapi tetap kami shoppingkan untuk mereka) bersama 9 orang guru (termasuk Fik) dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Sampai kat Mydin ni kami disambut oleh beberapa orang staf yg akan membantu kami untuk shopping. 


Ni masa on the way dlm bas nak pi Mydin USJ. Budak comel ni lah yang akan Fik tolong carikan baju untuk dia. Sebenarnya kat sekolah planningnya lain sampai kat Mydin jadi lain, yg penting dapat crkan baju yg terbaik untuk mereka. hihihi...


Yang sorang lagi ni adik dia, Zamir. Kembarnya Zumar xnak pulak tangkap gambar. hihihihi


Ni lah hasil pencarian baju untuk Danial... Dengan budget RM80, Fik berjaya cari sepasang baju melayu, songkok, kasut, butang baju melayu, samping dan sepasang selipar. Hihi.. Seronok si Danial ni sbb dia sorang je yg dapat selipar, orang lain dapat selipar @ kasut je.


Ni lah bakul untuk shopping, tengok Danial ni semangat je dia bawa bakul dia sendiri. Masa nak pilih baju untuk dia xdelah cerewet semuanya dia serah kat Fik... angguk je kepala dia..


Ni masa dah habis bayar, tunggu member2 lain lak... Tengok diorg semua happy dapat beli baju raya. ni acara tahunan sekolah untuk membantu murid2 x berkemampuan.

Sebelum balik kenalah salam dulu dan ucapan terima kasih. Staf kat Mydin USJ ni sangat peramah dan senang hati melayan anak2 istimewa kami ni. Walaupun komunikasi dengan anak2 kami terhad mereka tetap tersenyum. Yang penting banyak diskaun yang kami dapat. Thank u Mydin USJ. Tahun depan ada rezeki kami datang lagi.

Tuesday, August 7, 2012

Masyukkkkk.........



Salam Ramadhan 18 buat semua... Malam tadi sebelum Fik melelapkan mata, Fik sajalah buka dekata laman web penyata gaji.. Sekali tgk adalah penyata gaji untuk bonus yang akan dimasukkan ke dalam akaun pada hari khamis ni... Masyuk... Masyuk... Thanks to pihak kerajaan. Dapatlah wat blnja untuk hari raya tp kena jimat juga sbb gaji bln 8 ni awal masuk dan nak tunggu gaji bln 9 kn tunggu 25 hb. aduh. penat nak tunggu tu.Buat semua kakitangan kerajaan, selamat menerima bonus separuh gaji dan kenalah berjimat cermat ya. Semoga rezeki yg kita dapat ni diberkati oleh-NYA... Amin...

Monday, August 6, 2012

Kawan mencerminkan siapa kita?



Sekejap je bulan ramadhan tahun ni.... Terlalu cepat Fik rasakan. Baru je kejap tadi sahabat baik Fik balik ke rumahnya. Terima kasih temankan Fik selama dua hari ni.... Ntah ada lagi x kenangan macam ni utk tahun hadapan. Fik ada satu persoalan di sini dan ianya sering diperkatakan oleh ramai orang. Betul ke kawan kita ni mencerminkan diri kita? Maksudnya jika kawan kita tu jahat so kita pun akan jadi jahat dan jika kawan kita baik, kita pun akan jadi baik.

Pada pendapat Fik, semuanya terletak pada hati kita dan kekuatan iman kita. X semestinya bila kita berkawan dengan kawan kita yang dr zahirnya nampak jahat, kita akan jadi jahat juga. Kadang2 manusia ni nampak jahat pada sesuatu perkara je tapi benda lain dia baik. Begitu juga bila kawan kita ni memang baik, kita akan terus jadi baik. Kadang2 kita still buat benda yang jahat tu di belakang kawan kita. Sebagai contohnya, Fik ramai kawan yang merokok tapi Fik x pernah pun terjebak dengan gejala ni. Ada gak orang cakap" Iman x boleh diwarisi". Walaupun ayah kita ustaz x semestinya anaknya akan menjadi baik seperti ayahnya. Begitu juga dengan kawan kita, walaupun dia x berapa nak baik kita jangan ikut kelakuannya tapi kita kena terima sifatnya itu dan sentiasa mendoakan dia supaya berubah pada suatu hari nanti.

Fik terpanggil untuk mengutarakan isu ini sebab ada segelintir orang disekeliling Fik mengatakan yang Fik ni terikut2 dengan kawan2 Fik. Fik x pernah pun ikut mereka kerana tindakan yang Fik lakukan itu datang dari diri Fik sendiri. So sahabat2 semua, anggaplah kawan2 kita yang jahat or baik tu sbg orang yang paling faham mengenai diri kita. Kita x perlu mengikut perkara2 yang jahat mereka lakukan tapi ambil yang positif dari diri mereka. Yang buruk itu sesungguhnya datang dari diri kita sendiri dan Yang baik itu dari Allah S.W.T. Renung2kan, so hargailah kawan2 kita, selagi mereka ada disekeliling kita. Dan selalulah memaafkan kawan2 kita walaupun ada perkara yang x baik pernah mereka lakukan kpd diri kita... Mudah-mudahan mereka akan menjadi yang terbaik nanti. InsyaALLAH...