Followers

Sunday, September 30, 2012

Fakta Nombor Di Bulan September


Hari ni dah hari terakhir kita berada di bulan September 2012. Dalam post sebelum2 ni Fik ada kata yang bulan ni bulan yang sangat bermakna bagi Fik. Sini Fik rangkumkan peristiwa2 manis ini mengikut no, iatu no haribulan lah...








                                        


P/S: X sempat nak update. Tu buat ringkasan je tu. hihihi

Thursday, September 20, 2012

Sweet 12.....



Happy Birthday Naim.... Semoga panjang umur, murah rezeki, hormat ibu bapa, guru dan menjadi anak murid cikgu Fik yang berjaya. Jangan nakal2 ya. Klau korang nak tau Naim ni antara anak murid Fik yang baik dan rapat dengan Fik. Dah hampir 3 tahun Fik ajar dia BM. Dia blh belajar tapi kena selalu beri teguran klau x dia x serius. Tapi dalam kelas oklah dia fokus bila cikgu ajar. Alhamdulilah.....

Wednesday, September 19, 2012

Penutup Bulan Kemerdekaan



Salam semua... Semalam kat sek Fik ada sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan tahun 2012. Fik ditugaskan melatih persembahan murid bersama cikgu haizar dan cikgu khairi a.k.a pak ngah. hihihi. Fik latih bahagian sajak n membantu bahagian lakonan. hihihi. 




Siti Syahrina & Jonathan yang Fik latih membaca sajak dan juga mengisyaratkannya kerana mereka berdua ni boleh mendengar sedikit dan juga bertutur.

Negaraku Bebas Merdeka 

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
keseorangan lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala

55 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyeksaan..
tanah air ditadbir insan bijak pandai..
memimpin negara mengukir nama..

Kini..
55 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa di dalam hati
semoga kekal selamanya
Merdeka tetap merdeka

(sajak yang diorang berdua baca).


Rundingan Baling



Serangan Komunis



Tugu Negara


Pengisytiharan Merdeka


Tukang catwalk...


5 gambar kat atas ni antara babak lakonan yang kami bertiga ajar dengan bantuan cikgu Faiz gak. Nak tahu kami berlatih hari isnin n buat persmbhan smlm. hebat x? hihihi...


Ni pulak pertandingan pakaian beragam... Ni lah juaranya bdk tahun 1. Comel2 je diorang. (yang budak laki tgh2 tu anak angkat Fik, Daniel)...


Bergambar kenangan Fik bersama mereka....


Bersama budak comel ni.... Tengok tu nakal kan dia..


P/S : X sabar nak tunggu sambutan merdeka tahun depan lak. hihihi

Monday, September 17, 2012

Jangan Mempergunakan Orang Untuk Kepentingan Diri Sendiri.



Semalam Fik ada post satu status kat FB tapi xdelah ramai pun yang komen dan Fik x nak pun orang komen. Fik hanya meluahkan apa yg terbuku di hati ini. Korang pernah x terkena dengan situasi macam ni, x kiralah di mana korang berada di tempat kerja, di rumah, dengan kawan2 ke? ada x? Fik adalah byk kali kena gak dan Fik dah bersedia dengan apa yg berlaku ni. Kenapa lah kita nak cari org tu bila kita nakkan sesuatu je pada dia. Apa salahnya kita baik dengan semua orang kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin kita ada kawan yg rapat dengan kita tapi kita x semestinya kita hanya akan rapat dengan mereka saja kan. Pendapat Fik lah klau adalah orang mcm ni, kita wat biasa2 je bila dia tegur kita jawab n then x yah nak bgtau rahsia korang kat orang macam ni sbb orang macam ni muka ada banyak. Nanti habis semua org tahu tentang rahsia kita. 

Kadang2 Fik takut nak luahkan perasaan or rasa tidak puas hati Fik di FB bila teringat waktu mula2 kerja dulu sampai masuk dalam meeting sbb isu Fik wat status FB tu. Wlaupun Fik x dipersalahkan tapi macam Fik yang menyebabkan situasi itu berlaku. Walhal Fik x nyatakan langsung nama or individu yang Fik x puas hati itu. Klau korang malu x? mestilah kan... So Fik dah berhati2 skrg n Fik dah semakin matang. Fik ingat kisah yang berlaku dulu xde dah orang nak ungkit tapi masih lagi ada yg bergosip2 seolah2 diri ini buat kesalahan menfitanah or membunuh orang. Padahal hanya keluhan atas kestressan kerja. Lagi sakit hati bila ada orang yang x sepatutnya tahu, tahu mengenai hal ini yang dah berlalu begitu lama. Geram tapi senyap kan diri jer. Biar Allah yang membalasnya. 

Status Fik tu xde pun Fik tujukan pada sapa2, just peringatan untuk kawan2 dan juga diri sendiri. Klau ada yang tersentap, terasa, Fik minta maaf.... So kawan2 semua marilah kita hidup dengan suasana yang ceria lagi happy supaya dr kita x di landa STRESS.... STRESS boleh wat kita jadi gila.. So happy2kan diri di hari cuti. Salam Hari Malaysia... "Peace No War".