Followers

Monday, September 17, 2012

Jangan Mempergunakan Orang Untuk Kepentingan Diri Sendiri.



Semalam Fik ada post satu status kat FB tapi xdelah ramai pun yang komen dan Fik x nak pun orang komen. Fik hanya meluahkan apa yg terbuku di hati ini. Korang pernah x terkena dengan situasi macam ni, x kiralah di mana korang berada di tempat kerja, di rumah, dengan kawan2 ke? ada x? Fik adalah byk kali kena gak dan Fik dah bersedia dengan apa yg berlaku ni. Kenapa lah kita nak cari org tu bila kita nakkan sesuatu je pada dia. Apa salahnya kita baik dengan semua orang kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin kita ada kawan yg rapat dengan kita tapi kita x semestinya kita hanya akan rapat dengan mereka saja kan. Pendapat Fik lah klau adalah orang mcm ni, kita wat biasa2 je bila dia tegur kita jawab n then x yah nak bgtau rahsia korang kat orang macam ni sbb orang macam ni muka ada banyak. Nanti habis semua org tahu tentang rahsia kita. 

Kadang2 Fik takut nak luahkan perasaan or rasa tidak puas hati Fik di FB bila teringat waktu mula2 kerja dulu sampai masuk dalam meeting sbb isu Fik wat status FB tu. Wlaupun Fik x dipersalahkan tapi macam Fik yang menyebabkan situasi itu berlaku. Walhal Fik x nyatakan langsung nama or individu yang Fik x puas hati itu. Klau korang malu x? mestilah kan... So Fik dah berhati2 skrg n Fik dah semakin matang. Fik ingat kisah yang berlaku dulu xde dah orang nak ungkit tapi masih lagi ada yg bergosip2 seolah2 diri ini buat kesalahan menfitanah or membunuh orang. Padahal hanya keluhan atas kestressan kerja. Lagi sakit hati bila ada orang yang x sepatutnya tahu, tahu mengenai hal ini yang dah berlalu begitu lama. Geram tapi senyap kan diri jer. Biar Allah yang membalasnya. 

Status Fik tu xde pun Fik tujukan pada sapa2, just peringatan untuk kawan2 dan juga diri sendiri. Klau ada yang tersentap, terasa, Fik minta maaf.... So kawan2 semua marilah kita hidup dengan suasana yang ceria lagi happy supaya dr kita x di landa STRESS.... STRESS boleh wat kita jadi gila.. So happy2kan diri di hari cuti. Salam Hari Malaysia... "Peace No War".

3 comments:

  1. berani ko..sentapp jgk sesape yg disentap tu..kahkah tp ak sokong 100 % lah.

    ReplyDelete
  2. konsepnye sape mkn cili die yg merah muke hihi..;D

    ReplyDelete
  3. setuju sgt. jgn gunakan orang bila kita susah. bila senang, hilangkan diri mcm tu je

    ReplyDelete

Orang yang Comel