Salam semua... Semalam kat sek Fik ada sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan tahun 2012. Fik ditugaskan melatih persembahan murid bersama cikgu haizar dan cikgu khairi a.k.a pak ngah. hihihi. Fik latih bahagian sajak n membantu bahagian lakonan. hihihi.
Siti Syahrina & Jonathan yang Fik latih membaca sajak dan juga mengisyaratkannya kerana mereka berdua ni boleh mendengar sedikit dan juga bertutur.
Negaraku Bebas
Merdeka
Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
keseorangan lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
55 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya
Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyeksaan..
tanah air ditadbir insan bijak pandai..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..
55 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman
Maju
berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa di dalam hati
semoga kekal selamanya
Merdeka tetap
merdeka
(sajak yang diorang berdua baca).
Rundingan Baling
Serangan Komunis
Tugu Negara
Pengisytiharan Merdeka
Tukang catwalk...
5 gambar kat atas ni antara babak lakonan yang kami bertiga ajar dengan bantuan cikgu Faiz gak. Nak tahu kami berlatih hari isnin n buat persmbhan smlm. hebat x? hihihi...
Ni pulak pertandingan pakaian beragam... Ni lah juaranya bdk tahun 1. Comel2 je diorang. (yang budak laki tgh2 tu anak angkat Fik, Daniel)...
Bergambar kenangan Fik bersama mereka....
Bersama budak comel ni.... Tengok tu nakal kan dia..
P/S : X sabar nak tunggu sambutan merdeka tahun depan lak. hihihi
comel budak-II ni ... kreatif !
ReplyDeletebesar dah fatin..darjah berapa dah dia?
ReplyDeletecomel2 anak fik ye. berbakat plak tuh.huhu.baguslah terapkan nilai kemerdekaan dalam diri mereka
ReplyDelete