Followers

Thursday, March 29, 2012

KERJA MESTI IKHLAS...



Salam Khamis semua..... Rasa2 korang senyuman Fik kat atas tu senyuman ikhlas ke senyuman terpaksa? Hihihi.. Sebenarnya tu senyuman yg sangat ikhlas walaupun terpksa control sebab nak nampak hensem. hihihi hensem ke? Gambar tu Fik snap sendiri n masa ni Fik tengah tgu BFF Fik datang. Siapa x happy klau BFF dia datang kan. K.lah kita lupakan pasal gambar ni. 

Sebenarnya Fik nak cerita ttg IKHLAS. Klau kita ikhlas terhadap sesuatu kerja kita tanpa mngharapkan apa2 balasan pasti kita dapat hasil yg sangat baik dan menceriakan hidup kita. Sebagai contoh team bola sepak sekolah Fik. Cikgu2 yg ikhlas melatih walaupun saiz anak2 murid kecil tapi ttp akan membuahkan hasil. Dah lama sek kami kemarau untuk menang perlawanan tapi berkat usaha cikgu2 dan murid akhirnya mereka telah menang 3 daripada 4 perlawanan. Klau korang nak tahu mereka walaupun cacat pendengaran dan perlu bertanding dengan murid2 yang normal, mereka dah buktikan yang mereka pun boleh buat. Mereka x boleh menjerit untuk meminta bola dari kawan mereka tapi penglihatan mereka sangat tajam. Syukur dan Tahniah buat mereka. Esok pagi mereka akan bertanding untuk separuh akhir. Fik doakan mereka berjaya. (Gambar diorg ada dalam entry hari semalam).

Cerita pasal IKHLAS lagi, kita mesti sentiasa buat sesuatu tu bukan untuk nama. Cakap IKHLAS, tapi jumpa semua orang cerita yg dia IKHLAS. Orang yg IKHLAS xkan beritahu apa yg telah dia buat pada orang lain. Fik sangat seronok berada di SK PENDIDIKAN KHAS SELANGOR sebab cikgu2 yg sangat senang untuk memberi kerjasama dan dapat membantu jika rakan setugas mengalami sebarang masalah. Seronok sangat, sbb susah nak dapat di tempat kerja yang lain. 

K.lah Fik dah x nak membebel panjang, untuk semua kawan2 yg baca entry ni kita kena IKHLAS ya. Jangan nakkan nama sangat. Buat kerja perlukan keikhlasan dan juga kejujuran. Sekian.....

P/S: Malam Esok Murid2 Fik buat persembahan KOIR KOD TANGAN dan TARIAN di Palace of the Golden Horses.

3 comments:

  1. All the best to team bola dan team koir sekolah fik..

    betul tuh, ikhlas tak perlu diberitahu =)

    ReplyDelete

Orang yang Comel