Bila duk kg ni teringat kenangan2 dulu....dah 3 tahun aku meninggalkan UPSI tempat aku menimba pelajaran sebelum bergelar CIKGU, banyak kenangan kat sana. Kenangan manis, kenangan masam, kenangan tawar n kenangan pahit. Kenangan inilah yang memberi aku erti hidup yg sebenar. Gambar kat atas ni adalah gambar masa kami dah habis kelas di Taman U. Masa ni bergambar utk dimasukkan dalam asignment kump. Aku x igt asignment pe, tp kami x letaklah pic ni, ni cuma candid je... selingan.... hehehehe... Ni lah ahli group bl asignment 10 org kalau 5 org kami bahagikan kepada 2. Seronok kenangan ni bl semua org buat asignment sama2 tanpa ada penumpang. hehehe..... Thanks a lot my friend. 1 hari nanti kt wat reunion ya.. Friend Forever.....
Monday, January 31, 2011
KENANGAN LALU : UPSI
Bila duk kg ni teringat kenangan2 dulu....dah 3 tahun aku meninggalkan UPSI tempat aku menimba pelajaran sebelum bergelar CIKGU, banyak kenangan kat sana. Kenangan manis, kenangan masam, kenangan tawar n kenangan pahit. Kenangan inilah yang memberi aku erti hidup yg sebenar. Gambar kat atas ni adalah gambar masa kami dah habis kelas di Taman U. Masa ni bergambar utk dimasukkan dalam asignment kump. Aku x igt asignment pe, tp kami x letaklah pic ni, ni cuma candid je... selingan.... hehehehe... Ni lah ahli group bl asignment 10 org kalau 5 org kami bahagikan kepada 2. Seronok kenangan ni bl semua org buat asignment sama2 tanpa ada penumpang. hehehe..... Thanks a lot my friend. 1 hari nanti kt wat reunion ya.. Friend Forever.....
KENANGAN LALU : UPPER SIX PERKASA 2003

Salam semua... skrg aku tgh bercuti sekolah selama seminggu di kg. tiba2 teringat kenangan2 lalu bila ada kat kg ni. Yg pastinya aku ingat ialah kenangan bersama kawan2 ms UPPER 6 2003. Kelas kami mmg happening gila... Kami dah macam adik beradik. Kami ada ibu yg sentiasa memberi semangat dan doa untuk kami semua berjaya. siapa lagi guru kelas kamilah PN. NORMAH MD NOR. Dia ni baik sangat, selalu membebel tp bebelannya adalah utk kebaikan kami hehe......
Budak kls aku ni ada 23 org semuanya 8 org lelaki yg kacak lg macho n 15 org perempuan yg cantik rupawan. Motto kelas kami 'NOTHING PRECIOUS BUT FRIENDSHIP'.
Aku msh igt sampai hr ni. Kenangan makan sama2 dlm kls waktu pg, kenangan menghias kls, kenangan buat bising, semua aku msh igt.happy sgt kami waktu ni.... tp skrg kami dah jrg jumpa, ramai yg dah kawin, n ramai yg dah merantau kerja kat tmpat lain. kdg2 ada gak kami jumpa lg2 klau member2 kawin wat bising kt knduri. hehe... wei korg aku rindu sgt ngan korg semua, harap2 korg pun sama ya......
Saturday, January 29, 2011
dalam kusut ada tuah
Sunday, January 23, 2011
aku sedar siapa aku......
Aku sedar siapa aku..
x ada apa2...
kereta x ada......
lesen x hbs buat lagi....
br aku tahu aku selalu susahkan org.
sorry ya klau aku sentiasa susahkan korg.
lepas ni aku akn cuba x susahkn korg.
rs macam nak pergi jauh.
x nk sshkn org lg.
Ya Allah, ko berikanlah aku kekuatan...
Kekuatan utk aku menghadapi semua ini...
Hati ini sangat sensitif...
sembuhkanlah hati ku ini....
Friday, January 21, 2011
cuti2 thaipusam....
Sempena cuti thaipusam, geng jalan2 aku pi picnic n memancing kat JORAN RIMBA di Sg Tekala. Ni dah akt kami yg ke- berapa ntah. X igt dah. Kami berkumpul di sek pd pukul 9.00 pg n bertolak ke sana. Sampai kat sana dlm pukul 10 lbh. Sblm memancing kami kemas brg2 n sarapan pg… hehe.
Dlm kul 10.45 bermulalah aktiviti memncg kami. Hehehe… Tunggu punya tunggu bl lah mata kail aku ni nak kena. Smpai kul 1 pun x kena2 lg.. last2 give up n lapar pi mkn dl. Dlm kul 3 lbh km smbg blk. Akhirnya mata kail aku mengena, tp terlepas. Bukan rezeki, hehehe… pi tempat lain lak. Last umpan mengena lgi. Perghh berpeluh2 aku nak lwn ikan ni.(pada hal ada org lain tlg) Akhirnya dapat juga di naikkan… hehehe ikan pacu. Dalam 1 kilo lbh… Excited gila aku. Hehehe. Member2 lain x dpt lg. Sorry geng. Hahaha…
Sambung blk pncg. Aku tgu lama, last aku nk tgk umpan takut dah hbs baru nak tarik umpan aku mengena lg. hehehe…. Bikin panas member lain je. Hehehe…. Kali ni aku bertarung dgn penuh konsentrasi. Tanpa bantuan ikan tersebut dinaikkan di permukaan air, ikan Pacu lg. hehehe…. Kali ni kami lpskan ikan ni. Sbb sama spesis, kemudian otai pancing lak mengena, pergh berpeluh tgk dia, rupanya ikan patin bkn terkena kat mulut tp kat perut,. Hehehe dlm 3 kg. sampai situ jelah kami memncing. Kami pun mengemas2 n bertolak blk ke Shah Alam……
Thanks to mr pai pinjamkan aku pancing dia. lps ni knlah bl sendr......
Next trip 25hb Februari....
Thursday, January 20, 2011
Road Run 2011
Monday, January 17, 2011
Bukan Rezeki Mereka.......
Ari yg ditunggu mereka telah tiba....
Aku pulak yg nervous. Lps je hbs waktu aku mengajar aku trs buka laptop n buka lmn web tu. tapi masih belum lg kuar. Letih aku tgu kat laptop tp msh blm muncul link tu.
Tibalah waktu meeting utk ROAD RUN x leh lah aku nk buka laptop dah. Lps meetg pi Klang ngan cikgu lain untuk tempah medal... Dlm pkl 4 .33 p.m aku dpt msj ni. "da tau da result. xdpt pun. he"... x sampai bbrp saat aku dpt pglan phone dr sorg lg. Dgn nada yg sedih aku ingat dia main2 dia pun x dpt.. sedihnya dgr nada suara dia. menitis air mata aku. Tapi aku x leh menangis aku kena beri kekuatan dan semangat pd dia. Aku paksa kedua2 mereka buat rayuan. aku akan doakan mereka dapat. klau x dapt mereka blh cuba lagi. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi. Allah sentiasa membantu org yg sentiasa berusaha n berdoa padaNYA... Ya Allah kau berikanlah mereka peluang sekali lg... pada mereka berdua bl baca blog ni. Aku ada n sentiasa menyokong kamu berdua. Jangan sedih2. Aku akan doakan untuk korg ber2. Pada kwn2 yg baca blog ni doakan juga utk mereka ya...
Sunday, January 16, 2011
KAWAN, SAHABAT ATAU TEMAN
Selamat berhujung minggu...
Entry kl ni psl kawan, sahabat atau teman?
Korang ada x kawan?
Aku kawan mmg ramai, lg2 kawan di Facebook.
Teman?
Ada tp x lah ramai kot.
Sahabat?
X tahulah ada ke x?
Betul ke org ckp bila seseorg tu kawin dia dah xleh jadi kawan,teman @ sahabat kita?
x juga bkn semua kan mcm tu.
Aku ada seorg kawan lelaki di alam maya iaitu di FB yg sentiasa menemani aku setiap hr, waktu aku gembira atau waktu sedih.
Perkenalan hanya di FB tp mcm pernah berjumpa. hr minggu aku yg sunyi dia ada menemani aku utk bercerita, memberi semangat, dan wat lawak. tp adakah ianya hanya akan di FB. biar masa yg tentukan.
Esok result KPLI akan kuar dia tgh nervous skrg ni. Aku hanya mampu doakan dia dapat je.
Ada org yg special dlm hidup aku pun tgh nervous menanti result KPLI. Harap2 dia dapat. Wlaupun dia x brp confident. Tp aku tetap doakan juga dia dapat.
Teman? Kawan? Sahabat?
Mana yg plg setia?
Suka Duka Bersama.........
Sekarang aku betul2 kosong...
Doakan aku semua...
Saturday, January 15, 2011
Minggu Yang Busy.....
Hari ni baru aku free untuk update blog.
Seminggu kerja hari2 busy. Banyak betul kerja yg aku kena siapkan.
Isnin (10 Jan 2011)
- Jururawat datang sek untuk pemeriksaan gigi. Aku kena handle sebab aku slh sorg AJK Kesihatan. Macam biasa susun kad pergigian n sediakan tempat utk nurse guna masa pemeriksaan gigi dijalankan.
- Petang lak ada latihan ROad Run tp hujan lebat pulak trn x jd lak latihan tp ada perbincangan rumah sukan msg2. thn ni aku diamanakan sebagai Ketua Guru Rumah Sukan Yakin (Merah).
Sampai umah penat gila.. siapkan RPH utk ajar esok.
Selasa (11 Jan 2011)
- Sambung uruskan pemeriksaan gigi. Kena panggil setiap kls utk pemeriksaan. Lps2 hbs semua kelas diperiksa aku kn panggil murid2 yg kn rawatan. Kenalah cr budak lak. Huhu.. Penat2 tp nsb baik sek kecik je. Murid yg kena rawatan lanjutan pun x ramai.
- Petangnya pula ada lagi latihan Road Run. Biasalah latihan diadakan di taman rekreasi dihadapan sek. Cikgu x lari pun penat. Ni kan anak murid yg lari.
Rabu (12 Jan 2011)
- Hari ni aku xde kat sek kena pi meetg kat SJK (C) kat Subang Jaya. Dr kul 9 pg sampai 2 petang baru habis meeting.Sampai sek aku kena printkan semua data guru untuk aku updatekan. Due dia hr jumaat ni. Aduh penat2.
- Ingat nak mengelat dr pi latihan Road Run tapi x boleh aku kena bertgungjawab. Kena semangat. Apa lg blk umah membongkang awal lah.
Khamis (13 Jan 2011)
- Pagi2 bg data yg aku print smlm kat cikgu2. Suruh diorg betulkan apa yg salah. Lupa lak aku ada 1 lagi kerja iaitu lengkapkan butiran utk Elaun Murid Khas. Nasib baik murid 101 org je. Klau 1000 org matilah aku. berpinar2 aku siapkan2. Lps rehat sampai kul 2 pun x siap lg. Aduh blk umah smbg tp migrain dtg lak. Berdenyut2 kepala aku. aduh2. Last2 siap kul 7 malam. Lpas maghrib sambg lak update data guru. ada gak cikgu yg blum hantar. dlm 25 org siap. Esk kat sek aku sambg lg 10 org. Kul 1 aku membongkang. Penat gila dah lah ptg jumpa ngan agen insurans nak bl insurans.
Jumaat (14 Jan 2011)
- Lengkapkan enrolmen murid. Itu pun sejam je aku free. Lps rehat apa lg mengadap laptop wat kerja smbg update cikgu lg 10 org tu n update enrolmen murid. perghh 11.30 tepat siap. lega giler. Tp kerja masih ada kul 11.30 pi dewan untuk perasmian program MAJU. Aku tlg skt je. Lega kerja dah siap tp migrain x hlg lagi. aku tahan je. penat2. Kerja dtg serentak.
Saturday, January 8, 2011
Anak2 Comel.....
Hasil Kerja Murid...
Tuesday, January 4, 2011
1st Day
Macam biasa ada lah nmpk kelibat murid baru yg mempunyai pelbagai kerenah. kelakar pun ada. Hari ni aku ada 2 kls waktu pg mcm thn lps kls yg aku pnh ajar. Seronok dpt ajar mereka lagi. Lps rehat aku dapat relief. aku kn relief tahun 1. Kls ni ada 2 org je. 1 org lg x dtg. Pengalaman baru bl tengok murid2 yg hiper skt wlaupun 2 org mcm 6 org. Seorg tu budak perempuan cina, dia ni special sbb mak n ayah dia pun deaf. Dia sgt pandai, aku kena ajar tajuk TAPAK PERHIMPUNAN aku bwlah pi tapak perhimpunan tu. Aku pun ceritalah kat budak 2 org ni. yg budak perempuan cina ni pandai sgt isyarat. Masuk kls aku suruh diorg lukis pic yg ada tapak perhimpunan. Aku bglah contoh kat depan. Budak perempuan cina ni siap lukis pic org beratur, pic cikgu yg duduk kat atas pentas n pic org sedang naikkan bendera. Mmg kreatif. Seronok je tgk dia. Yang sorg lagi budak lelaki, tahun lps dia PRA tp dia ni malas sikit bnyak main. Dia pun special sbb abg n kakak dia pun pnh sek kat sek ni. Seronok sgt tengok gelagat diorg. Sbnrnya aku lemah skt nak handle murid kecik ni. Tu je cerita aku di hari pertama persekolahan....
Sunday, January 2, 2011
ADIKKU KE SEKOLAH.............

Ni adik aku yg bongsu... Namanya FARISHA IRWAYU... Tahun 2011 ni dia masuk tahun 1. Rugi aku x dapat tgk dia pakai baju sekolah. Hehe.. Dia excited sgt nak pergi sek. Adik bongsuku ni seorg yg bersemangat. Masa blk kg sempatlah aku shopping baju sekolah ngan family. hehe... mesti dia bangun awal esok utk ke sekolah. Aku pun akan ke sekolah esok utk meneruskan tugasku mendidik anak bangsa... Aku pun mesti bersemangat seperti adikku ini. Abang amier mahu icha belajar rajin2 lagi2 adikku ini akan ikut kurikulum baru KSSR. Caiyok2 adikku...Abang amier doakan kejayaan icha.. amin............
Saturday, January 1, 2011
1.1.11

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011.....
Sedih terpaksa tinggalkan 2010 yg penuh dgn kenangan manis. Aku xkan lupa semua kenangan itu. Harap tahun 2011 Dapat cipta kenangan yg lebih manis yg pasti aku xkan lupakan. AZAM? apa ek azam tahun baru ni. Jap aku senaraikan.
- Sentiasa Happy
- Komited pada kerja yg diamanahkan
- Nak capai azam 2010 yg belum tercapai
- Jadi cikgu bm yg bagus
- Beli apa yg blum ada
- Tidak berdendam n kurang mengumpat
- Jadi lebih baik dr sebelum ni
Aku harap azam aku ni akan tercapai. Kawan2 doakan ya...